CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Bekas Suami Irma Hasmie Seronok Luang Masa Dengan Anak & Isteri – ‘Semua Yang Berlaku Ada Hikmah’

24-6-2024 08:33 AM| Diterbitkan: CARI-HBZ| Dilihat: 18100| Komen: 94

Description: Bekas suami kepada pelakon Irma Hasmie iaitu Redza Syah Azmeer Mohd Radzuan meluahkan rasa gembira dapat meluangkan masa bersama dua cahaya matanya, Syed Irfhan dan Irma Nur Naylie.

Bekas suami kepada pelakon Irma Hasmie iaitu Redza Syah Azmeer Mohd Radzuan meluahkan rasa gembira dapat meluangkan masa bersama dua cahaya matanya, Syed Irfhan dan Irma Nur Naylie.

Menerusi hantaran di Instagram, Redza mengucapkan terima kasih kepada dua anaknya itu dan isteri iaitu Fiza atau dikenali sebagai Cacha Salim kerana menjadi sumber kekuatan diri.

"Alhamdulillah, dapat meluangkan masa bersama keluarga, mengeratkan hubungan, bina kualiti masa dan perhubungan."

"Semua yang berlaku ada hikmah. Terima kasih dan saya sangat hargai baby (panggilan isteri), abang Irfan (anak sulung) dan kak Naylie (anak bongsu) kerana menjadi sumber kekuatan untuk daddy. Semoga kita bersyukur sentiasa, insya-Allah."

Pada hantaran sama, Redza turut berkongsi beberapa keping foto memaparkan momen mereka sekeluarga ketika bercuti dan berkelah bersama.

Sementara itu, rata-rata wargamaya yang singgah ke ruangan balas mendoakan kebahagiaan buat Redza dan keluarganya.

Imbas kembali, Irma dan Redza mendirikan rumah tangga pada 2012 dan dikurniakan dua cahaya mata iaitu Syed Irfhan, 11, dan Irma Nur Naylie, 10.

Bagaimanapun, pasangan itu disahkan sudah berpisah sekitar Oktober tahun lalu selepas berita perceraian dimaklumkan oleh rakan Irma yang dikenali sebagai Reen Emran menerusi hantaran di IG Story.

Redza kemudian mengumumkan sudah menamatkan zaman duda pada April lalu bersama wanita bernama Fiza.

Sumber: Instagram/OhBulan

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote noor2 24-6-2024 08:35 AM
Euwww........
Quote rain2169 24-6-2024 08:38 AM
lawanya wife Redza.....
Quote toxicated 24-6-2024 08:40 AM
Iols syak dia ni biasa2 je bukan alim pun. Irma kena scam kot ingt nak bimbing etc. Rupanya selama ni cari agama sndiri2.
Quote miss_strangers 24-6-2024 08:52 AM
Ni semua Salah mak redza...dah tau Anak jantan ko fetish pompuan free hair yg sexy, xpayah la Susah payah nak carikan jodoh pempuan yislamik utk Anak jantan ko! Xmemasal Irma Jadi mangsa
Quote songket_merah 24-6-2024 08:58 AM
wow pakai baju hijau sedondon..
Quote MisXoXo 24-6-2024 09:04 AM
A ah..anak dia jenis nk perempuan yg open kot..irma agaknya dah betul2 nk berubah.if irma membosankan kot faktor juga..laki dia nk wanita heppening
Quote Lulu_717 24-6-2024 09:07 AM
Mungkin heolls rasa Irma boring kot..kalau tgk Irma bukan jenis suka aktiviti2 mcm ni. Papepun, semoga Irma jumpa org yg lebih baik.
Quote Thunderclouds 24-6-2024 09:08 AM
Retis ke ni?
Ex pon former retis.
Quote chocobozhere 24-6-2024 09:09 AM
Aku rasa ni yang dia nak selama ni kot, yang kena di hati dia. Panggilan pun baby. (wpun aku cringe). Maybe yang ni jenis manja. Yang lama jenis garang ke..... Mcm aku, aku garang dan tegas, tak sesuai di pangil baby, takut gaduh laki panggil babi. Huhu.... Apa pun harap irma dapat pengganti yg sesuai dgn dia. Bila laki ni tak abis update pasal new life dia aku rasa dia bitter dengan life dia yang lama agaknya.. So now dia dah jumpa kebahagian sejati dia.. Agaknya..
Quote jambatannetizen 24-6-2024 09:13 AM
miss_strangers replied at 24-6-2024 08:52 AM
Ni semua Salah mak redza...dah tau Anak jantan ko fetish pompuan free hair yg sexy, xpayah la Susah  ...

Waktu dulu dia cerita masa jumpa itu. Nampak sweet je kan, iya lah jumpa dekat Makkah Pandangan pertama. Tgk tu, tak semesti jumpa makkah, hubungan berkekalan. Jumpa kat club pun, boleh kekal tau. Kalau ada rasa sayang. Ini semua salah mak redza.
Quote jambatannetizen 24-6-2024 09:14 AM
chocobozhere replied at 24-6-2024 09:09 AM
Aku rasa ni yang dia nak selama ni kot, yang kena di hati dia. Panggilan pun baby. (wpun aku cringe) ...

Dulu yang dijodohkan itu mak dia kan. At first sight masa irma pusing belakang terus jumpa lelaki itu. Paling cinta islamic dekat makkah. Tak semesti berkekalan
Quote aemon 24-6-2024 10:15 AM
Muka wife dia seiras betul dgn bedah bedron
Quote CoffeeOverdose 24-6-2024 10:18 AM
klu jmpa lelaki melayu kata dia suka wanita bertudung tp dia bercinta dgn ko yg free hair dan kababooom, run bestie run...
Quote watachiwa 24-6-2024 10:24 AM
jambatannetizen replied at 24-6-2024 09:13 AM
Waktu dulu dia cerita masa jumpa itu. Nampak sweet je kan, iya lah jumpa dekat Makkah  Pandan ...

kes jumpa di Mekah ni teringat kat abanglong korang dgn bini org trg dulu tu jumpe di mekah ke br blk mekah?
sudahnya ke mana? eddah pon abis sbb menikah x regist yg previous marriage tu kan? x memasal kene pisahkan eh peninglah
Quote nolya 24-6-2024 10:32 AM
jambatannetizen replied at 24-6-2024 09:13 AM
Waktu dulu dia cerita masa jumpa itu. Nampak sweet je kan, iya lah jumpa dekat Makkah  Pandan ...

Tak boleh salahkan emak Reza kerana semua yg berlaku adalah di luar jangkaan dn perkiraan manusia. Berkahwin tentu tak mengharapkan cerai apa lagi bila dah ada anak.  Namun kekadang ada hal2 yg tidak lagi dpt disepakati dn redha atas apa adanya, maka mebawa haluan masing2 adalah hal yg terbaik.
Sedar bahawasanya tidak ada yg kekal dlm hidup ini, berubah dan berganti2 itulah taqdir yg di luar kawalan. Sudah lakukan yg terbaik namun Allah tetap menguji dn menentukan. Maka tidaklah yg patah akan tumbuh yg hilang akan berganti. Itulah warna2 kehidupan. Mengharapkan ada syurga di wajahmu tetapi rupanya hati tidak merasakan, maka dicarilah syurga yg lain.

Sabar kerana esok belum kiamat dn Allah itu ada.
Quote cikpah27 24-6-2024 11:32 AM
bukan sebab free hair semua ni rasanya.. sebab previous wife yang pertama dulu free hair jugakkan? Irma pun boleh tahan juga sebelum bertudung.. Dah kahwin, kat rumah takkan la bertudung litup juga.. Maybe jenis tak mampu setia pada yang satu..
Quote KamikuP 24-6-2024 12:54 PM
Org Arab yg duduk kat Mekah pun ada yg bercerai cuolls..
Quote edayildiz 24-6-2024 01:15 PM
lelaki kalau dia suka free hair,seksi nape kawen ngn yg bertutup..xfhm bethol..
mcm kazen i..dia suka perempuan yg seksi..yg rambut xpnh hitam..sekalo arrange married dpt cikgu sekolah..
dah cerai la..ank 3 ..
mak ayh yg suka paksa ank kawen ikot taste..pelis la jgn masuk campur ok..xsuka
Quote edayildiz 24-6-2024 01:17 PM
chocobozhere replied at 24-6-2024 09:09 AM
Aku rasa ni yang dia nak selama ni kot, yang kena di hati dia. Panggilan pun baby. (wpun aku cringe) ...

i pun rasa dia bitter ngn ex wifey kot
tgu ex wifey kawwn baru nnti ..irma tu masih cantik lg..sopan lak tu..jgn dia slh pilih jd bini bernombor pulak

Lihat semua komen(94)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

14-7-2024 12:54 PM GMT+8 , Processed in 0.058753 second(s), 47 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top