CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 12271|Reply: 9

Dituduh macam-macam, bapa terasa hati tengok anak berwajah helok dimaki acik porum!

[Copy link]
Post time 23-6-2024 09:11 PM | Show all posts |Read mode


KUALA LUMPUR: Pelakon veteran, Dharma Harun Al-Rashid, 68, terasa hati apabila dua anaknya dituduh enggan bekerja.

Sejak isu tidak mampu membayar tunggakan sewa rumah sebanyak RM7,500 menjadi tular, dua anaknya, Siti Qurratu Aini, 36, dan Muhammad Al Syafiq Mohamad Azman, 35, dikecam hebat netizen.

Mereka dituduh tidak mempunyai inisiatif mencari pekerjaan, sebaliknya terlalu bergantung kepada bapa yang sudah uzur untuk mencari jalan menyelesaikan sewa rumah yang tertunggak.

Menjelaskan apa yang berlaku, Dharma berkata, dua anaknya sudah dikerah bekerja dengan syarikat produksi miliknya, WWS Studios Sdn Bhd sejak tamat persekolahan.

"Saya sedar mengenai kecaman dilemparkan kepada mereka. Sebagai bapa tentu saya sedih anak-anak dituduh macam-macam.

"Sejak usia 18 tahun lagi mereka sudah bantu produksi saya yang menghasilkan drama dan program televisyen.

"Merekalah yang berlakon, tulis skrip, menerbit dan mengarah. Sebelum fasa Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), kami memang tak berdepan masalah kewangan kerana aktif dengan kerja penerbitan," katanya kepada BH Online.

Dharma ditemui selepas terima sumbangan RM9,000 daripada bekas Menteri Kebudayaan, Kesenian dan Warisan dan pengasas Yayasan Budi, Tan Sri Dr Rais Yatim di pejabat Yayasan Budi, Jalan Tuanku Abdul Rahman, di sini, petang semalam.

Kehidupan Dharma sekeluarga melalui episod sukar sejak setahun lalu apabila sebuah stesen televisyen (TV) mendiamkan diri selepas berjanji membeli rancangan terbitan syarikatnya, Deko Ibadah.

"Sementara tunggu kontrak daripada stesen TV, saya adalah duit, jadi saya suruh anak-anak sambung pengajian.

"Kontrak dijanjikan sebanyak RM312,000, jadi legalah sedikit, tapi bila sampai masa tak dibayar, itu membuatkan saya terkejut.

"Itu jugalah punca kami jadi susah. Sekiranya stesen TV bayar kontrak dijanjikan, kami takkan menagih bantuan orang ramai untuk selesai tunggakan sewa rumah.

"Saya pun tak faham kenapa orang luar marah anak-anak saya sambung pengajian.

"Kalau anak-anak saya hanya melepak di pusat beli-belah, bolehlah mereka marah, tapi mereka sambung belajar," katanya sebak.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 23-6-2024 09:45 PM From the mobile phone | Show all posts
Jenayah apakah ni TT?
Reply

Use magic Report

Post time 23-6-2024 10:09 PM From the mobile phone | Show all posts
Momohizan replied at 23-6-2024 09:45 PM
Jenayah apakah ni TT?

Jenayah membiawakkan anak pula, selepas membiawakkan lelaki.
Reply

Use magic Report

Post time 23-6-2024 10:11 PM From the mobile phone | Show all posts
Hahahahhaha tajukkkk  lengkap dan padat terus straight ke kesimpulan artikel
Reply

Use magic Report

Post time 23-6-2024 10:16 PM | Show all posts
Ye lah dah bapak sendiri back up anak camtu, kita org luar ni tak payah la bising pape lagi. Biorler deme pandai2 nak hidup
Reply

Use magic Report

Post time 23-6-2024 10:24 PM From the mobile phone | Show all posts
Kena belajar Yusof selam
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 23-6-2024 10:34 PM From the mobile phone | Show all posts
Anak2 dia tanak kawen plak kan walau umur kira dh byk juga
Maybe mmg tanak kawen nk jaga bapak dorang kot
Reply

Use magic Report

Post time 24-6-2024 12:55 AM | Show all posts
Acik2kepam replied at 23-6-2024 10:34 PM
Anak2 dia tanak kawen plak kan walau umur kira dh byk juga
Maybe mmg tanak kawen nk jaga bapak doran ...

Aduhai A2K, jauh pulak perkara yg ditanyakan. Eloklah mereka belum kawen sementara ekonomi keluarga belum mantap dn masih belajar. InsyaAllah, adalah nanti rezeki dn jodohnya.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 24-6-2024 10:20 AM | Show all posts
koser mak nyahh
Reply

Use magic Report

Post time 24-6-2024 02:30 PM | Show all posts
dh ada ke belum thread psl payment tv stesen yg x byr tu

based on artikel katanya 312k tu dana yg company dia dh terima dpd geran finas
tgl lg tv tu x beri kata putus nk beli ke tak
tp pelik mcmn x beli tp siap dh tayang 2 thn lps

ke sape yg lbh arif blh explain based on artikel di metro isu payment utk company darma ni

ni artikel:

https://www.hmetro.com.my/rap/20 ... dari-finas-namanzee
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
Clash of Titan:TMJ tak puashati MFL kurangkan denda Selangor FC.Sindir Sultan Selangor?
YgBenarClash of Titan:TMJ tak puashati MFL kura
Views : 10462 Replies : 62
Bangi rekod angka penduduk tertinggi
mojarean_XBangi rekod angka penduduk tertinggi
Views : 8587 Replies : 39
Hanis Haizi Misqueen, Babutam, Nwantiti V79
syitaeyqaHanis Haizi Misqueen, Babutam, Nwantiti
Views : 267538 Replies : 6691
[LAGU2 LEMBUT UNTUK SAYA]: Songs That I Lie Down Looking At The Starry-Sky To
ipes2[LAGU2 LEMBUT UNTUK SAYA]: Songs That I
Views : 14698 Replies : 85
[KUIZ PERUBATAN MINGGUAN VOL. 7]: Mudah aje, ilmu harian! VOL.7
ipes2[KUIZ PERUBATAN MINGGUAN VOL. 7]: Mudah
Views : 106011 Replies : 2908
Bumbung parking TRX bocor:Wanita Pemilik Kereta   Volkswagen Beetle   Terkena Air Sisa Makanan Ditawarkan Pakej Cucian Kereta Percuma Setahun.Kini dalam keadaan trauma.Hanya naik pengangkutan awam
YgBenarBumbung parking TRX bocor:Wanita Pemilik
Views : 13830 Replies : 19
Mari Tepek Gif Picture V.7
tariMari Tepek Gif Picture V.7
Views : 77359 Replies : 3190
KUIZ..Bolehkah anda kenal watak-watak ini dalam filem P Ramlee?
akuperatijeeKUIZ..Bolehkah anda kenal watak-watak in
Views : 77001 Replies : 260
Korang beli lagi tak surat khabar
makitingKorang beli lagi tak surat khabar
Views : 11080 Replies : 75
...Skrin TV...
seribulan...Skrin TV...
Views : 5223 Replies : 5

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

28-6-2024 05:49 PM GMT+8 , Processed in 0.328852 second(s), 36 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list