CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

1234Next
Return to list New
View: 11284|Reply: 65

[Tempatan] Lelaki kiciwa Restoran Di Kampung Baru Kenakan Caj Tambahan RM5, Alasan ‘Denda’ Sebab Meja Kotor.Wajar atau tidak?

[Copy link]
Post time 23-6-2024 12:28 AM From the mobile phone | Show all posts |Read mode
Sebuah restoran tempatan yang mengenakan caj tambahan RM5 kerana meja kotor kepada pelanggannya kini menjadi topik utama di media sosial.



Dalam satu mesej tanpa nama yang dikongsi dengan @meinmokhtar dan dikongsikan ke X (dahulu Twitter), seorang lelaki berkongsi rasa terkejut selepas sebuah restoran di Kuala Lumpur mengenakan caj tambahan RM5 sebagai ‘denda’ kerana meninggalkan meja dalam keadaan kotor selepas makan.

Ketika makan bersama keluarganya, termasuk seorang anak di bawah umur 2 tahun, di restoran di Kampung Baru, lelaki itu mengeluh tentang harga makanan yang dianggap mahal dan caj denda yang tidak masuk akal.

“Ini kali pertama saya dikenakan ‘denda’ RM5 di restoran kerana meja kotor (anak saya di bawah umur 2 tahun). Kailan ikan masin, telur dadar, siakap 3 rasa, tiada Tom Yum, RM55. Sangat mahal. Ditambah dengan ‘denda’ juga.”

Kecewa, lelaki itu bertanya sama ada restoran dibenarkan mengenakan caj tambahan kepada pelanggan kerana meninggalkan meja kotor dan sama ada beliau boleh melaporkan perkara ini kepada Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN).

Di ruangan komen, ramai rakyat Malaysia keliru dengan caj RM5 yang dikenakan kerana meja kotor, walaupun ramai berpendapat bahawa harga RM55 adalah munasabah.

Seorang netizen berkata ini kali pertama mereka mendengar tentang restoran mengenakan ‘denda’ kepada pelanggan kerana meja kotor.

Mereka menambah bahawa lelaki tersebut boleh melaporkan kepada KPDN jika restoran tersebut tidak mengeluarkan sebarang notis mengenai caj tersebut.

Sementara itu, seorang netizen lain bergurau bahawa pemilik restoran mungkin seorang pengawas yang pantang lihat kelas kotor.

Selain itu, seorang netizen turut menyalahkan keluarga tersebut kerana tidak mempunyai rasa hormat untuk membersihkan meja selepas makan dan ‘denda’ tersebut adalah wajar kerana staf restoran terpaksa membersihkan meja tersebut.

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 23-6-2024 10:40 AM | Show all posts
mmg patut denda parent yg guna alasan buat onar guna nama anak kecil 2 tahun. amboiii.. ko suruh anak 2 tahun ko tu makan pakai sudu garpu sendiri ke?
Reply

Use magic Report

Post time 23-6-2024 04:06 PM | Show all posts
Mungkin patut bagi pilihan nak bayar denda atau kemas meja (yang aku pasti tonggang langgang dia kerjakan) pakej mop lantai sekali.

btw RM55 tu tak ada nasi dan air ka?
Reply

Use magic Report

Post time 23-6-2024 04:11 PM From the mobile phone | Show all posts
Memang ada spesis pelanggan babi yang buat perangai babi kotorkan meja & lantai atas alasan mereka pelanggan yg membayar.

Sememangnya mereka adalah babi.
Reply

Use magic Report

Post time 23-6-2024 04:20 PM From the mobile phone | Show all posts
Patut je. Kalau dah sampai kena denda tu rasanya memang berkecah betul meja yang kau tinggalkan tu dik. Nasi berterabur dari meja, membawak ke kerusi lantai semua
Reply

Use magic Report

Post time 23-6-2024 04:33 PM From the mobile phone | Show all posts
Kalau ada resit, terpapar caj rm5 kat resit tu rasanya boleh bawak ke kpdnkk. Kalau takda pun kene buat penyamaran lah
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 23-6-2024 04:37 PM From the mobile phone | Show all posts
_blackbird replied at 23-6-2024 10:40 AM
mmg patut denda parent yg guna alasan buat onar guna nama anak kecil 2 tahun. amboiii.. ko suruh ana ...

Eh mmg ada tau skrg ni trend ajar anak kau sekecil setahun makan sendiri pakai tangan ke atau garfu/sudu. Aku tk hingat apa ke nama training tu. Aku tgk kt tiktok..mmg bersepah la budak tu makan.
Reply

Use magic Report

Post time 23-6-2024 04:46 PM From the mobile phone | Show all posts
krustykrab replied at 23-6-2024 04:37 PM
Eh mmg ada tau skrg ni trend ajar anak kau sekecil setahun makan sendiri pakai tangan ke atau garf ...

Buat kat rumah sendiri je la. Kecah2 kedai orang. I memang anti family yang bawak anak kecik tak behave or buat sepah. Sorry not sorry. If your kids ada disability ke apa...pepandai la control situation. Kalau tak duk je kat rumah, order food from grab.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 23-6-2024 04:57 PM From the mobile phone | Show all posts
Dulu2 ada cust arab setiap kali dtg, meja mkn mcm baru lepas perang. Mmg dia xde kisah apa2 etika. Setiap inci meja nasi sepah2. Sudu garpu pinggan terbalik. Mujur meja msih ada rupa meja lah.
Reply

Use magic Report

Post time 23-6-2024 05:05 PM From the mobile phone | Show all posts
Momohizan replied at 23-6-2024 04:46 PM
Buat kat rumah sendiri je la. Kecah2 kedai orang. I memang anti family yang bawak anak kecik tak b ...

Kan.
Tapi budak kecil ni bila ko dh train dia mcm tu, nt pegi mana2 pun dia tetap nk buat mcm tu. Kalau ko tk bg mmg buat perangai la dia.
Reply

Use magic Report

Post time 23-6-2024 05:16 PM | Show all posts
krustykrab replied at 23-6-2024 04:37 PM
Eh mmg ada tau skrg ni trend ajar anak kau sekecil setahun makan sendiri pakai tangan ke atau garf ...

kat rumah sendiri lantak parent la nak train anak mcm mana. ni kat kat kedai makan kalau pakai baby chair tu anak bersepah makan, bersih kan ler baby chair tu. gross kot.
Reply

Use magic Report

Post time 23-6-2024 05:18 PM | Show all posts
Next time beli bungkus dan boleh sepahkan kat rumah sendiri...
Reply

Use magic Report

Post time 23-6-2024 05:22 PM From the mobile phone | Show all posts
Lengkali jgn bawak anak.. tapau atopon masak kat umah jahh
Reply

Use magic Report

Post time 23-6-2024 06:05 PM From the mobile phone | Show all posts
tidak wajar melainkan dah ada dlm klausa peraturan di restoran berkenaan

atau atleast cust dah diinfo awal²  kalau kotorkan tmpt akan dicaj
Reply

Use magic Report

Post time 23-6-2024 06:36 PM From the mobile phone | Show all posts
iols bila ada anak kecik..kat rumah dia makan sendiri bila kat kedai suapkan sbb taknak sepah..bila dah 5 6 thn tahu adab makan x sepah makan sendiri la..
Reply

Use magic Report

Post time 23-6-2024 06:40 PM From the mobile phone | Show all posts
rm55 mahal nak mampus?
ada siakap 3 rasa bagai
betoi ke rege tu
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 23-6-2024 07:10 PM | Show all posts
Kalau dah tunggang terbalik pinggan mangkuk meja kusi tu ko ghaserrr
RM55 untuk lauk semua tu standard rege sekarang deknon
Kalau tak mamfu, mohon train tekak cekik nasik + kuah sajork
Reply

Use magic Report

Post time 23-6-2024 07:15 PM From the mobile phone | Show all posts
Tuhari aii p Langkawi makan set budget 29.90 kat kedai jalan tepi kg sanpai hari ni teringat2 kesedapan masakan dia nasi putih 2, ayaq sirap, telur dadar, kailan ikan masin & siakap 3 rasa..kenyang gila makan. Ikan besaq. Tp tuu laa kedai kampung xdak nama..xtau nk habaq kedai apa..kedai sebelum masuk pantai cenang tuu..
Reply

Use magic Report

Post time 23-6-2024 07:17 PM From the mobile phone | Show all posts
Momohizan replied at 23-6-2024 04:46 PM
Buat kat rumah sendiri je la. Kecah2 kedai orang. I memang anti family yang bawak anak kecik tak b ...

Kan yuuu..aii ni masa ank kecik2 mampu memendam keinginan nk makan kat kedai..ni dah besaq baru bawak makan luaq.
Reply

Use magic Report

Post time 23-6-2024 07:20 PM From the mobile phone | Show all posts
Padan la muka kau kena denda sapa suruh anak mkn mcm ayam. Kalo iya pun kauorang makbapak kemas2 la sikit, lap2 apa yg patut.. ni mesti tinggal berkecah mcm tu ja.
makan siakap 3 rasa bagai kena rm50  pun dah menggelupur, datang dari lembah mana kau..
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

13-5-2025 09:30 PM GMT+8 , Processed in 0.595773 second(s), 38 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list