Kepada Beast. Ditanya adakah mereka akan bakal meletakkan Malaysia dalam senarai concert '2013 Beautiful Show Tour' yang bakal bermula di Seoul pada July ini dan apakah anggota lain iaitu HyunSeung, Yeseob dan DongWoon akan juga turut mengikut jejak langakh berlakon seperti DooJoon, Kikwang dan JunHyun. Concert mereka akan bakal berlangsung pada 20 & 21 July di Seoul. Mereka juga berharap akan dapat mengunjungi Malaysia sekiranya berpeluang dan untuk berlakon pula sudah tentu keinginan itu ada apatah lagi apabila melihat kejayaan anggota yang lain. Oleh itu mereka juga ingin mencuba sekiranya mendapat peluang. Untuk 4Minute Ditanya berkenaan dengan 'dance theme' untuk single terbaru iaitu 'It's Popping' yang akan dilancarkan pada 28 June 2013 dan apakah perbezaan 4Minute dengan kumpulan wanita lain di Korea. Harapan mereka cuma peminat melihat dan menilai sendiri lagu tersebut bila lagu tersebut dilancarkan dan mereka percaya dengan kelainan 5 peribadi dan caracter didalam 4Minute maka itulah yang mereka tampilkan. Ketika Beast dan 4minute ditanya di manakah Malaysia yang ingin mereka lawati? 4minute kata sekiranya berpeluang mereka teringin untuk ke bersantai di pantai kerena banyan mendengar Malaysia mempunyai banyak pantai yang menarik manakala Beast pula lebih teruja untuk membeli belah dan meninjau ibu kota. Concert tajaan AIA Bhd in bertemakan 'Be real. Love it. Live it' dengan dihadiri oleh 12,000 penonton yang terdiri dari kalangan warga kerja AIA Bhd bersama keluarga, rakan kongsi, agen dan pelanggan juga para peminat kpop kelihatan begitu teruja. Tepat pukul 8.30 malam tirai persembahan dimulakan dengan kemunculan GNa dengan lagu 'Supa Solo', '2Hot', dan ketika menyanyikan 'I'll Get Lost, You Got your Way' dalam versi Inggeris dengan penampilan istimewa JunHyung membuatkan stadium dihangatkan dengan jeritan para peminat. GNa yang mencuri tumpuan dengan gaya seksi dan manjanya menyampaikan lagu seterusnya iaitu 'Banana', 'Take A Bow + Rude Boy', 'First Kiss', 'Top Girl' dan diakhiri dengan lagu yang telah mempopularkan beliau iaitu 'Black & White'. GNa yang fasih berbahasa English ini meluahkan kegembiraannya kerana dapat kembali lagi dan ini adalah kali ketiga beliau melawat Malaysia. GNa juga berpesan kepada peminat untuk menantikan album mini terbarunya 'Beautiful Kisses'. Dalam pada itu juga GNa juga merupakan penterjemah untuk kumpulan 4Minute dan Beast ketika 2 kumpulan Idol ini berinteraksi dengan peminat. 4Minute yang kemudian mengambil alih selepas persembahan GNa. Tidak seperti kedatangan mereka dahulu semasa DiGi Kpop Party 2011 yang tampil dengan gaya seksi. Pada kali ini pula mereka tampil dengan pakaian sopan dan funky. Muncul dengan intro persembahan lagu terbaru mereka 'What's Your Name'. Seperti kebiasaan Hyuna yang paling banyak mencuri tumpuan dengan renungan mata yang tajam sering saja melakukan aksi-aksi nakal dihadapan peminat. Ketika ini juga para peminat sudah tidak boleh duduk diam sehingga para petugas yang berkawal dihadapan pentas sudah tidak boleh membuat apa-apa lagi apabila peminat menyerbu relung penghadang yang memisahkan pentas dan peminat. Hmm..nasib baik saja relung itu sangat kuat. Dengan bantuan terjemahan GNa, 4Minute juga menyapa riang para peminat dan sempat berpesan untuk menantikan single terbaru mereka iaitu 'It's Popping'. Seperti juga GNa, mereka membuat cabutan tiket bertuah untuk penonton memenangi hadiah-hadiah yang disediakan oleh AIA Bhd. Mereka meneruskan persembahan dengan 'Mirror, Mirror', 'I'm Ok', 'Huh', 'Muzik', 'Pretend', 'Ment 4', 'Heart to Heart', dan lagu penutup yang membuatkan peminat bernyanyi bersama iaitu 'Hot Issue'. Kumpulan yang paling dinanti-nantikan, Beast disambut dengan hamparan lampu berwarna merah jambu oleh peminat dan berlatarbelakangkan skrin LED 'BEAST' muncul dengan lagu 'Beautiful Night'. Permulaan yang hebat tapi terganggu dengan masalah teknikal mikrofon terutamanya KiKwang dan pada lagu seterusnya Yeseob juga mengalami masalah yang sama. Namun pengalaman mengajar mereka, tetap tenang Beast dengan bijak mengawal persembahan mereka. Lagu seterusnya 'Bad Girl', ' Shock', 'Special' dan 'Fiction'. Sekali lagi dengan bantuan terjemahan GNa, Beast yang terkenal dengan layanan 'fanservice' menyapa riang peminat. Mereka juga gembira kerana dapat kembali lagi di Malaysia apatah lagi Malaysia adalah istimewa kerana tempat pertama mereka mengadakan 'Fanmeet' diluar Korea. Mungkin masih terkesan dengan pertanyaan media semasa sidang media sebelum konsert berjalan, mereka berjanji dihadapan peminat bahawa pada kali ini mereka akan memasukkan Malaysia dalam senarai konsert Tour mereka. (Nah...nampaknya B2UTY di Malaysia kini boleh menarik nafas lega). Dalam masa yang sama, Yeseob meluahkan kebimbangannya terhadap jerebu yang melanda Malaysia. Beliau berpesan supaya peminat sambil berhibur jangan lupa menjaga kesihatan diri. Ketika menyampaikan lagu balada mereka hasil ciptaan JunHyun iaitu 'On Rainy Days' yang pernah diban pada tahun 2011 kerna mwngandungi perkataan berkenaan arak dan lagu juga terbaru 'Will You Be Alright' dinyanyikan untuk pertama kalinya dihadapan peminat. Kelihatan JunHyun menitiskan airmatanya. Peminat seperti boleh merasakan perasaan JunHyun melalui lagu terbarunya tersebut. Suasana bertukar ceria kembali ketika mereka menyampaikan lagu seterusnya iaitu 'I Knew It', 'Freeze', 'Beautiful'. Beast kelihatan begitu gembira melayan, menyapa dan sempat bergambar dengan peminat sambil itu melontar hadiah-hadiah kecil kearah peminat. Malahan mereka bergurau sesama mereka dengan melakukan perang air keatas DooJoon dan Yesoeb. Persembahan mereka diakhiri dengan encore 'V.I.U' sebelum mengucapkan salam perpisahan dengan peminat. Artikel ini tidak lengkap tanpa ucapan ribuan terima kasih kepada penganjur utama AIA Bhd kerana memberi peluang kepada CARI Malaysia untuk turut serta meraikan ulangtahun ke-65 dengan persembahan yang hebat ini. Artikel oleh : isabel Gambar oleh : AIA dan CARI Malaysia. |
ADVERTISEMENT