CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Fokus Lihat artikel

Cinta Palsu Laman Sosial: Mencuri Hati & Wang Ringgit!

22-7-2015 04:53 PM| Diterbitkan: CARI-MAMS| Dilihat: 8484| Komen: 41|Original author: R2D2

Oleh Adib Za

Hanya dengan berbekalkan kata-kata manis dan kisah sedih, ramai wanita telah terpedaya dengan penipuan 'cinta palsu'.


Bermula dengan perkenalan melalui laman sosial, hati wanita yang mudah tersentuh, berasa simpati dan kesunyian dikatakan punca terbesar mengapa golongan terbabit sering ditipu oleh lelaki materialistik. 

Walaupun kisah penipuan 'cinta palsu' melalui laman sosial ini bukan perkara baharu, namun ia seolah-olah berlaku dan terus berlaku tanpa henti.

(Sumber foto: Daily Mail)


Seperti 'drama' terbaru yang dipaparkan melalui Harian Metro, seorang wanita sanggup berhabisan sehingga RM70,000 hanya semata-mata termakan rasa simpati dan cinta terhadap seorang lelaki.

Memetik laporan portal tersebut, suspek yang mendakwa mengidap kanser tahap 4 berjaya meyakinkan wanita malang melalui cerita sedihnya umpama episod drama air mata.

Taktik tersebut bukan sahaja membuatkan wanita yang ingin dikenali sebagai Yi, 32 itu berhabisan ribuan ringgit, malah sanggup bersabung nyawa demi kekasihnya itu. 

Menurut Yi, suspek mendakwa berasal dari Taiwan dan dikenali menerusi laman sosial sekitar awal tahun ini. Lelaki itu dikatakan pandai bermain kata dan membuatkan Yi percaya bahawa sakit kansernya bakal membawa kepada kematian.

(Sumber foto: Poker download)


Kisah ini sebenarnya menunjukkan bagaimana perasaan terdesak dan lembut hati seorang wanita dimanipulasi oleh lelaki durjana yang hanya mengharapkan wang ringgit. Habis madu, sepah dibuang. Lebih teruk jika si mangsa terpaksa menanggung beban hutang kerana 'membiayai' si kekasihnya itu.

Oleh itu, buat kaum wanita, anda haruslah lebih berhati-hati, usah cepat bersangka baik pada lelaki yang baru dikenali. Yang penting jangan pernah menyerahkan apa-apa sahaja milik anda kepada kaum lelaki!

Kepada yang telah menjadi mangsa, segeralah menghubungi pihak polis dan berikan segala butiran yang menjadi bukti penipuan tersebut. Jangan malu dan berdiam diri. Minta bantuan rakan atau ahli keluarga. Mendiamkan diri hanya memburukkan lagi keadaan.

Buat si penipu 'cinta palsu', hari anda tidak berakhir di sini. Ingatlah, setiap kezaliman anda akan dibalas lambat laun nanti! Segeralah bertaubat! - CARI Infonet
9

Bagus
4

Marah
6

Terkejut
4

Sedih
6

Lawak
9

Bosan

Friends Rank (38 people)

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Vellfire 22-7-2015 03:04 PM
hmm tak serik2 senangnya kena tipu
Quote rogayahtop 22-7-2015 03:05 PM
Nigerian taiwanese kut.
Quote mak_wa95 22-7-2015 03:10 PM
citer yang sama2 diulang2.

xambik pengajaran ke..

ni mesti jenis kesepian xde kawan, xde life,kurang kasih sayang..

bodo sangat2
Quote idadzira 22-7-2015 03:12 PM
x baca surat khabar kot. x pun desperate sangat,
Quote ogata 22-7-2015 03:12 PM
i nak teka...mangsa adalah cinone..
Quote miabebe 22-7-2015 03:15 PM
Aik....

Yi??? Chinese kew???...inat malay je slalu kene tipu...Chinese pon sama kew..hihihi...ok yg ni mia xrasis...kihkihkih
Quote bellaa 22-7-2015 03:17 PM
ce tayang sikit gambo kasanova on9 nih
Quote tightcherry 22-7-2015 03:30 PM
Musti andartu
Quote ana_una 22-7-2015 03:31 PM
ni smua pasai lelaki tu xmati2 lps 40hari la ni br sedor kena tipu..? kalo betoi2 mati..kira rm70k tu hangus gitu2 pun xpe ke..?
Quote ogata 22-7-2015 03:31 PM
miabebe replied at 22-7-2015 03:15 PM
Aik....

Yi??? Chinese kew???...inat malay je slalu kene tipu...Chinese pon sama kew..hihihi...ok  ...

kena tipu cinta internet bagi duit ribu riban ni banyak cinone mia....
kan mereka agak hard up dengan mat salleh... captain america...
Quote miabebe 22-7-2015 03:33 PM
ogata replied at 22-7-2015 03:31 PM
kena tipu cinta internet bagi duit ribu riban ni banyak cinone mia....
kan mereka agak hard up de ...

Owhhhhh..

Nk memperbaiki keturunan eyh...lol...

Maap kn mia...hihihi...
Quote Mary_jane 22-7-2015 03:34 PM
Mulayu pun ada bermodalkan sakit begini merayu simpati. Tok sah dilayan kan dah rugi.
Quote tatirania 22-7-2015 03:37 PM
senangnya kaum perempuan nie kene tipu...........
Quote ogata 22-7-2015 03:38 PM
miabebe replied at 22-7-2015 03:33 PM
Owhhhhh..

Nk memperbaiki keturunan eyh...lol...

back on 2010-2012..one of my ex manager..abang dia polis...

dia sendiri cakap yang banyak kena tipu cinta online ni orang cina..yang paling vuduh nye just tengok tengok gambar je dalam chat...tak pun call..tak pernah video call or jumpa face to face pun..tu pun orang boleh jatuh cinta and percaya..
yang banyak kena tipu beli brg online ni orang kita jah..melayu..
Quote melia_star 22-7-2015 03:40 PM
dah jd buhsan nk baca kisah2 gini.....nk padankn muka cam kesian plak...tp awk2 tu yg ignorant sgt...bersepah kes2 camni tp x reti2 lagi....
Quote tightcherry 22-7-2015 03:47 PM
ogata replied at 22-7-2015 03:38 PM
back on 2010-2012..one of my ex manager..abang dia polis...

dia sendiri cakap yang banyak kena  ...

Pompuan yg fefeling nk kawen dgn mat saleh...so kesian.

Dulu masa I muda..Ada gak chat dgn mamat Arab duk ostolia.. Tp time tu I dah pikir ni musti jual dadah... Nak Cari keldai dadah..
Quote ogata 22-7-2015 03:50 PM
tightcherry replied at 22-7-2015 03:47 PM
Pompuan yg fefeling nk kawen dgn mat saleh...so kesian.

Dulu masa I muda..Ada gak chat dgn mama ...

same goes to me dear...

konon dari arab saudi.
nak bank in duit untuk i beli laptop supaya i senang nak video chat dengan dia...

fikir kita vudus sangat kot..
Quote gekkou 22-7-2015 03:59 PM
byknya saving sampai rm70 k
aku 7k pun sesak
Quote yayangmama 22-7-2015 04:03 PM
haih.....ade aje kes gini....

knapa la x sedar2....mesti desperado sgt ni....pastu duit banyak, tapi sepi....

alahaiiii

Lihat semua komen(41)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-11-2024 03:36 AM GMT+8 , Processed in 0.047116 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top