CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Pasukan Liverpool, Selamat Tiba Di Malaysia!

22-7-2015 11:12 AM| Diterbitkan: CARI-LTS| Dilihat: 2043| Komen: 2

Description: Selain bertemu peminat, kehadiran Liverpool ialah untuk beraksi dalam perlawanan persahabatan menentang skuad Pilihan Malaysia yang dikendalikan jurulatih, Dollah Salleh pada Jumaat ini.

sumber foto : http://www.utusan.com.my/


Setelah empat tahun berlalu, keterujaan penyokong setia Liverpool kembali menggegar! 

Semalam selepas rangka jelajah di Australia berakhir, skuad bimbingan Brendan Rodgers itu tiba di ibu negara.

Kelab Liga Perdana Inggeris itu kali terakhir menjejakkan kaki di bumi Malaysia ialah pada 2011 yang mana kunjungan tersebut merupakan kali pertama buat The Reds. 

Kali ini, mereka datang lagi untuk kali kedua yang nyata berjaya membuat penyokong Liverpool di negara ini melonjak kegembiraan.

Selain bertemu peminat, kehadiran Liverpool ialah untuk beraksi dalam perlawanan persahabatan menentang skuad Pilihan Malaysia yang dikendalikan jurulatih, Dollah Salleh pada Jumaat ini.


Semalam, mereka tiba di Hotel Saujana, Subang pada pukul 9.00 malam dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA).

Ketibaan mereka disambut meriah oleh lebih 100 peminat fanatik yang berkumpul di perkarangan hotel sambil menyanyikan lagu Liverpool, ‘You ll Never Walk Alone’ beserta palunan kompang dan kalungan bunga kepada setiap pemain The Reds.

Pada kunjungan Liverpool sewaktu melakukan Jelajah Asia empat tahun lalu, skuad kebangsaan yang dibimbing oleh Datuk K. Rajagobal menjadi lawan mereka pada ketika itu kecundang 3-6 di hadapan 80,000 penonton yang hadir menyaksikan perlawanan di Stadium Nasional Bukit Jalil.

Namun, untuk kali ini, perlawanan persahabatan yang juga akan dilangsung di stadium sama, membabitkan gabungan pemain import dan barisan pemain tempatan yang beraksi dalam Liga Malaysia.


sumber : http://www.bernama.com/


6

Bagus
7

Marah
17

Terkejut
12

Sedih
6

Lawak
9

Bosan

Friends Rank (57 people)

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini

Komen Terbaru

Quote boyagombak 23-7-2015 10:22 AM
GO GUNNERS GO!!!
GUN DOWN THE HARIMAU & KEEP THEM AT ZOO until new keepers are hired
Quote boyagombak 23-7-2015 10:20 AM
Wak Dollah harap turunkan semua player import cuma keeper either Apex @ Masrizal Marlias sajalah. Player tempatan tgh mabok lemang dan rendang berat perut jer. Kalau kalah teruk jgk bermakna coach haruslah dipecat

Lihat semua komen(2)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

19-4-2024 09:23 AM GMT+8 , Processed in 0.062165 second(s), 22 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top