CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Ketua Dewan Ulama PAS Menggesa Pemimpin GHB Segera Keluar Pas

22-7-2015 12:35 PM| Diterbitkan: CARI-LTS| Dilihat: 12220| Komen: 121

Description: Kesemua pemimpin Pas yang terlibat dalam Gerakan Harapan Baru (GHB) diminta segera keluar daripada Pas jika masih berhasrat membentuk sebuah parti politik baharu pada 14 September ini. 24 0 Go ...



Kesemua pemimpin Pas yang terlibat dalam Gerakan Harapan Baru (GHB) diminta segera keluar daripada Pas jika masih berhasrat membentuk sebuah parti politik baharu pada 14 September ini.


Ketua Dewan Ulama Pas, Datuk Dr. Mahfodz Mohamed berkata, para pemimpin berkenaan tidak perlu menunggu sehingga tertubuhnya parti politik baharu untuk meninggalkan Pas secara automatik kerana tindakan mereka pada ketika ini merupakan satu bentuk pengkhianatan.

Beliau turut mengingatkan pemimpin yang terlibat dengan GHB agar tidak menggunakan platform Pas untuk menarik ahli-ahli parti untuk menyertai mereka.

Beliau mengulas kenyataan bekas Ahli Jawatankuasa Kerja Pas Pusat, Khalid Abdul Samad yang mengesahkan semua pemimpin Pas yang terlibat dalam GHB akan meninggalkan parti itu secara automatik apabila sebuah parti politik baharu ditubuhkan secara rasmi pada 14 September ini. 


Mengulas lanjut, Mahfodz berkata, keahlian pemimpin-pemimpin Pas yang terlibat dengan GHB akan terbatal sekiranya parti politik baharu itu berjaya dibentuk pada September ini. 

Sementara itu, Ketua Penerangan Pas, Nasrudin Hassan mengingatkan pemimpin Pas yang terlibat dengan GHB agar tidak mengganggu hal ehwal dalaman parti itu lagi. 


“Terpulang kepada mereka bila nak tubuhkan parti baharu kerana itu hak mereka. Cuma, apa yang kita harapkan agar mereka tidak ganggu Pas dari dalam,” 


sumber : http://www.utusan.com.my/
8

Bagus
12

Marah
11

Terkejut
6

Sedih
10

Lawak
6

Bosan

Friends Rank (53 people)

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote bluehedgehog 20-7-2015 11:36 AM
utusan dah x relevan
Quote creep_bite 20-7-2015 11:37 AM
parti Dajal akan muncul....tujuan dia nak pedajal PAS...hehe renung2 kan....
Quote Sandal 20-7-2015 11:53 AM

Quote Sandal 20-7-2015 11:57 AM



Quote Anak_Nogori 20-7-2015 12:01 PM
DI HADAPAN LIM GUAN ENG, MAT SABU KATA PAS SUDAH TIDAK RELEVAN LAGI
7/20/2015 |

PAS Sudah Tidak Relevan Lagi - Mat Sabu
KEPALA BATAS, 19 Julai (Bernama) -- Parti PAS sudah tidak relevan lagi dalam landskap politik masih kini dan perlu melakukan pembaharuan, dakwa bekas Timbalan Presiden PAS Mohamad Sabu.

Mohamad, yang lebih dikenali sebagai Mat Sabu, berkata penubuhan Gerakan Harapan Baharu (GHB) merupakan cara untuk membuat pembaharuan terhadap parti Islam itu supaya kekal relevan.

PAS masih menggunakan kaedah lama dalam berpolitik sedangkan rakyat berbilang kaum turut terlibat dalam proses membuat keputusan, katanya kepada pemberita selepas menghadiri majlis Rumah Terbuka Aidilfitri anjuran DAP negeri di sini hari Ahad.

Beliau berkata GHB akan membuat penerangan di seluruh negara sebelum meneruskan proses pendaftaran dengan Pendaftaran Pertubuhan dalam tempoh lebih sebulan lagi.

Isnin lepas, beberapa bekas pemimpin kanan PAS termasuk Mat Sabu melancarkan sebuah pergerakan, dikenali sebagai Gerakan Harapan Baharu, yang dikatakan bertujuan menyatukan semula parti politik pembangkang.

Terdahulu, Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng berkata beliau mengalu-alukan penubuhan GHB sebagai sebuah parti politik namun menafikan GHB adalah proksi DAP.

"Parti yang baru ditubuhkan itu harus memperjuangkan nasib rakyat Malaysia dan perlu fokus peningkatan ekonomi dan mampu mentadbir kerajaan dengan baik," katanya.

-- BERNAMA
Quote Anak_Nogori 20-7-2015 12:04 PM
Sila baca apa LGE kata terhadap Islam yg disanjung oleh Mat Sabu & G18:

"Nowadays, people do not want race-based or religion-based political parties. Such parties are so divisive. Worse still is when parties claim that they are for freedom and democracy and yet use Islam as its platform.

"Most Muslims may not want to admit it, although progressive Muslims would, but Islam is a male-centric religion while women are treated as the property of men.

.....There should be freedom and civil liberties for women and this is where Islam does not recognise such western values as emancipation for women.

"Hopefully, with the new Gerakan Harapan Baharu Islamic party, they will do away with the shackles that women are subjected to, which are actually pre-Islamic tribal laws, customs and traditions.
This is going to be a very bold move and it should bring progress to Malaysia in line with the ideals of the progressive Muslims.

"Islam is also supposed to be opposed to nationalism and racism. At least that is what progressive Muslims tell us. Malaysians should no longer be classified as Muslims and/or Bumiputera on their identity cards and all others documents, birth certificates included. We only need to note their gender and citizenship and that is all.....

"Why should the relationship between God and humans be that of lord and slave? Muslims are being indoctrinated into believing that they are mere slaves and that they must serve God, even to die for God....

"One you are born a Muslim or convert to Islam you are not allowed to leave Islam.....

"It is comforting to know that the progressive Muslims oppose Hudud ..... Under Hudud, Muslims may not leave Islam. Muslims must be allowed to leave Islam if they want to. That is what civil liberties and progress is all about — your right to believe or to not believe in God.

Most of the problems in the Muslim world are due to religious extremism. And this extremism is the result of religious schools or madrasas. The Taliban is one classic example. If you want to end religious extremism then religious schools should be closed down. Children should not be forced to attend religious schools that poison their minds and turn them into Islamic nut cases.

" We do not want to see just another Muslim party that is the clone of PAS or a Muslim party that is only minus-Hudud. That is not good enough. It has to be a complete package that includes your right to become an atheist or to enter into a gay union, if that is your inclination.

"The only way to end racism is to push for integration. And we cannot have integration as long as Malays, Chinese, Indians and ‘others’ are divided by religion, language, culture and the education system.

"...Race and religion need to be eliminated from all documentation and the education system. Malaysians must not see themselves as Muslims and non-Muslims or Bumiputeras and non-Bumiputeras.

"This may take one or two generations to achieve but finally when Malaysians no longer speak Chinese or Indian but just the National Language and Malays no longer place Islam as their priority (or, better still, leave Islam in large numbers) we just might be able to bring sanity back to the country.
And the new Gerakan Harapan Baharu Islamic party is going to be the vehicle to achieve this. And that must include removing Article 153 from the Constitution plus ending Malay privileges and the New Economic Policy.
Quote NAT_11 20-7-2015 12:12 PM
SAPA yang dah tak RELEVAN - PAS ke MAT SABUN........????????

Renong-renongkanlah...............................
Quote oranjes 20-7-2015 12:58 PM
ini betul punya sore loser...
Quote Maideen. 20-7-2015 01:16 PM
Ostad Tuan Haji Mustapha Spender belum disahkan lagi kekal sebagai Setia Usaha Agong PAS ka AN?
Quote raxief 20-7-2015 02:14 PM
kalau nengok dlm fb, mcm kuat juga sokongan kpd harapan baru. tp dlm dunia realiti xtau la.
Quote axl_bach 20-7-2015 02:24 PM
raxief replied at 20-7-2015 02:14 PM
kalau nengok dlm fb, mcm kuat juga sokongan kpd harapan baru. tp dlm dunia realiti xtau la.

Sama la dlm dunia fb tgk PR seolah2 kuasa utama dunia, tp bila PRU terdampar di tasik madu jer...
Quote harmerz01 20-7-2015 02:37 PM
Kumpulan ni sampai sekarang pun tak berani istihar penubuhan parti baru, kurang keyakinan diri. Macam mana nak berjuang untuk masyarakat jika masih tidak ada pendirian hingga kini.
Quote creep_bite 20-7-2015 05:58 PM
berjuang untuk mat sabu plk....geng2 klh yg tak puas hati...sbb tak dpt jd presiden....dulu ada sorang tu tak puas ati sbb tak dpt jd pm....sepesen ajaaa hehe
Quote apam 20-7-2015 06:22 PM
Tubuh parti utk cari macai sendri,,bila macai dah banyak boleh demand macam2 ade bargaining power katanya......tektik biasa ahlulpolitaik
Quote missus_meow 20-7-2015 07:07 PM
Mat sabu ... yg tak pernah relevan ......
Quote namirulmukminin 20-7-2015 07:09 PM
Ko tu yg dh x releven Mat Sabun ooiii... Muka ada bauu...
Quote zach2008 20-7-2015 07:45 PM
Bila kepentingan diri mengatasi segalanya. Itulah wajah2 ahli politik malaysia tak kira apa partinya
Quote 5997 20-7-2015 08:26 PM
axl_bach replied at 20-7-2015 02:24 PM
Sama la dlm dunia fb tgk PR seolah2 kuasa utama dunia, tp bila PRU terdampar di tasik madu jer...



BN 47% , PR 53%
Quote Bini_Maidoon 20-7-2015 08:31 PM
harmerz01 replied at 20-7-2015 06:37 AM
Kumpulan ni sampai sekarang pun tak berani istihar penubuhan parti baru, kurang keyakinan diri. Maca ...




alahai lobai, kau tak membaca ke lobai?

kan Khalid Samad & Mat Sabu kata lepas raya ni dalam proses penubuhan parti baru dan kalau diterima ROC,
16 September akan diberi nama baru dan pelancaran terus.....


akak yg mengangkang utk abg lobai mamak pun tau gerak kerja GHB ni, takkan ko tak tawwwww




ppprrrfffggghhhhtttggghhh!!!

Lihat semua komen(121)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

15-7-2024 01:50 PM GMT+8 , Processed in 0.083992 second(s), 48 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top