CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Pengarah Syarikat Hartanah Direman 4 Hari Berhubung Kes 1MDB

22-7-2015 10:53 AM| Diterbitkan: CARI-LTS| Dilihat: 2054| Komen: 1

Description: Pengarah sebuah syarikat pembangunan hartanah direman selama empat hari bermula semalam untuk membantu siasatan berhubung kes berkaitan 1Malaysia Development Bhd. (1MDB).

sumber foto : http://www.utusan.com.my/



Pengarah sebuah syarikat pembangunan hartanah direman selama empat hari bermula semalam untuk membantu siasatan berhubung kes berkaitan 1Malaysia Development Bhd. (1MDB).

Lelaki tersebut adalah individu pertama yang diberkas pasukan petugas khas yang ditubuhkan untuk menyiasat pelbagai tuduhan melibatkan 1MDB.

Perintah reman ke atas lelaki berumur 39 tahun itu dikeluarkan Majistret Lau Eric di Mahkamah Majistret semalam.

Suspek ditahan di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), Sepang, Isnin lalu sejurus melakukan urusan daftar masuk sebelum berlepas ke Taiwan atas urusan peribadi.

Suspek dipercayai diberkas selepas pihak berkuasa mendapati syarikat pembinaan yang disertainya mempunyai kaitan dengan SRC International Sdn. Bhd. yang sedang disiasat bersama dua syarikat lain iaitu Gandi-ngan Mentari Sdn. Bhd. dan Ihsan Perdana Sdn. Bhd. berhubung isu 1MDB.


Penahanan dilakukan berikutan siasatan ke atas dokumen-dokumen yang dirampas daripada SRC International Sdn. Bhd. dan suspek diyakini dapat membantu siasatan yang dijalankan.

Suspek direman bagi membantu siasatan di bawah Seksyen 17(a) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009.

Dalam pada itu, peguam, Tan Sri Dr. Muhammad Shafee Abdullah yang mewakili suspek menyuarakan rasa tidak puas hati kerana tidak diberitahu maklumat lanjut mengenai penahanan tersebut.


sumber : http://www.bernama.com/

32

Bagus
30

Marah
22

Terkejut
33

Sedih
37

Lawak
17

Bosan

Friends Rank (171 people)

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini

Komen Terbaru

Quote Wazzul 23-7-2015 07:37 AM
saja jer nak cari kambing hitam.

Lihat semua komen(1)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

26-4-2024 08:30 AM GMT+8 , Processed in 0.030806 second(s), 22 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top