CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

The EDGE Pula Digantung Permit Penyiaran Selama 3 bulan

24-7-2015 10:57 PM| Diterbitkan: CARI-LTS| Dilihat: 12189| Komen: 106

Description: Susulan laman web Sarawak Report disekat Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) Ahad lalu, hari ini pula Kementerian Dalam Negeri (KDN) mengumumkan penggantungan permit penyiaran bagi d ...

Oleh : LTS

sumber foto : http://media.therakyatpost.com/



Kemelut 1MDB semakin hari semakin dramatik jalan ceritanya. 


Susulan laman web Sarawak Report disekat Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) Ahad lalu, hari ini pula Kementerian Dalam Negeri (KDN) mengumumkan penggantungan permit penyiaran bagi dua akhbar utama dibawah The Edge Media Group, selama tiga bulan. 

Menurut laporan BH Online, kedua-dua akhbar utama tersebut adalah The Edge Weekly dan The Edge Financial Daily. Tarikh penggantungan mula berkuatkuasa daripada 27 Julai ini.

Menurut kenyataan dikeluarkan The Edge Media Group petang tadi, perkara itu dinyatakan dalam satu surat daripada KDN. 


Surat itu antara lain menyatakan bahawa penyiaran artikel menerusi dua akhbar itu berkaitan isu 1Malaysia Development Berhad (1MDB) memudaratkan ketenteraman awam dan negara.

KDN menyatakan kegagalan kumpulan media tiu untuk menghentikan penerbitan selama tiga bulan itu akan menyebabkan penarikan balik permit penerbitan. 

Sementara itu, Penerbit dan Ketua Pegawai Eksekutif The Edge Media Group, Ho Kay Tat, yang sebelum ini dipanggil polis untuk siasatan berhubung kes 1MDB, menyatakan rasa kecewa terhadap tindakan KDN dan pihaknya akan membuat permohonan kepada mahkamah supaya penggantungan itu ditarik balik

Dalam kenyataan itu, Ho turut menyeru pembaca setia dan masyarakat umum boleh terus membaca laporan terbaru The Edge melalui internet. - CARI Infonet
16

Bagus
19

Marah
15

Terkejut
11

Sedih
18

Lawak
15

Bosan

Friends Rank (94 people)

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote NAT_11 24-7-2015 04:40 PM
Takpalah, yang penting Najib dapat diselamatkan...............
Quote ultra78 24-7-2015 04:41 PM
Pelik jugak MCMC tak block website malaysian insider

Quote kasibiman 24-7-2015 04:53 PM
tindakan bodoh.

saman the edge. bukan tarik permit.


as it is after the annoouncmenet RM makin jatuh, malaysian sovereign cds +7% to 136bps.
bagus sgt la tu pangai.


dari smalam lagik masa si ahmad dahlan ke apa nama dok ugut dlm tb aku dok terpikir jaman IT millenia ni masihkah tua kerepot umno berpikiran mcm jaman feudal dlm nak control info flow...


malangnya persoklan aku terjawab. sad day. seriously fucking sad day we are now in the same boat mcm kominis china on the info flow control.
Quote amal12bh 24-7-2015 04:56 PM
dia suspend printed version jek..online masih jalan..
Quote EJALTI 24-7-2015 05:00 PM
Menteri: The Edge tak bermaruah

4:37PM - 24 Jul 2015
http://www.malaysiakini.com/news/306071



Menteri Umno, Datuk Abdul Rahman Dahlan berkata The Edge kini tidak boleh mendabik dada sebagai akhbar yang bermaruah kerana terbukti menipu dalam mendapatkan maklumat untuk laporan 1MDB.

Apatah lagi, The Edge menipu sumber mereka untuk mendapatkan maklumat yang dicuri, kata menteri kesejahteraan bandar, perumahan dan kerajaan tempatan itu lagi.

“Jangan cuba cari jalan keluar dengan mendakwa (diri mereka) bermaruah. Encik Ho (Kay Tat) dan Encik Tong (Kooi Ong), ingatlah, tiada maruah di kalangan penjahat,” katanya yang menambah, beliau tidak hairan jika The Edge juga akan menipu rakyat Malaysia.

Katanya lagi, The Edge sepatutnya menerbitkan maklumat yang diperolehi itu sejak awal dan mengisytiharkan bagaimana mereka memperolehinya.

“Malangnya, The Edge tidak berbuat demikian. Mereka memperdaya rakyat Malaysia supaya percaya bahawa mereka mendapatkan maklumat itu dengan amanah melalui sumber yang dipercayai.

“Mereka memerah laporan itu selama beberapa bulan untuk kepentingan politik dan berharap tiada siapa tahu siapakah (bekas kakitanan PetroSaudi International, Xavier Andre) Justo.

“Sekarang, dalam keadaan terdesak, mereka berkata penerbitan maklumat yang dicuri dan yang diragui adalah perkara yang bermaruah,” katanya.

Abdul Rahman berkata demikian susulan pengakuan The Edge bahawa akhbar itu memperdaya Justo untuk mendapatkan dokumen berhubung 1MDB.
Quote EJALTI 24-7-2015 05:02 PM
Saifuddin kecam gantung The Edge, Financial Daily

4:44PM - 24 Jul 2015
http://www.malaysiakini.com/news/306072



Bekas anggota Majlis Tertinggi Umno Datuk Saifuddin Abdullah mengecam tindakan Kementerian Dalam Negeri (KDN) menggantung permit penerbitan akhbar The Edge Media Group.

"Saya mengutuk sekeras-kerasnya tindakan menggantung selama tiga bulan The Edge dan Financial Daily," kata Saifuddin melalui status terbaru di Facebook beliau petang ini.



Status tersebut dimuat naik susulan pengumuman The Edge Media Group mengenai tindakan kerajaan hari ini.

Dalam kenyataan kumpulan media itu menyebut, penggantungan berkuat kuasa selama tiga bulan bermula 27 Julai ini.

KDN dilaporkan bertindak demikian berdasarkan laporan media terbabit dalam isu 1MDB yang didakwa “memudaratkan atau mungkin memudaratkan ketenteraman awam, keselamatan atau mungkin menggemparkan pendapat umum atau mungkin memudaratkan orang awam atau kepentingan awam”.

KDN juga memberi amaran menarik balik permit The Edge Media Group jika syarikat itu terus menerbitkan akhbar berkenaan dalam tempoh penggantungan.

Ketua pegawai eksekutifnya Ho Kay Tat berkata syarikat penerbitan itu akan mendapatkan perintah mahkamah bagi membatalkan penggantungan tersebut.

Katanya, penggantungan itu adalah usaha untuk “menutup (The Edge) bagi menutup mulut” penerbitan berkenaan.

Beliau turut menafikan tuduhan KDN bahawa laporan The Edge berhubung 1MDB boleh memudaratkan keselamatan awam.
Quote kemaruk 24-7-2015 05:05 PM
walaupon dah terbukti fitnah, tapi fitnah tetap dipercayai dan diterima sebagai fakta oleh macai selama-lamanya....

serupa fitnah cincin menabung rosmah.....
Quote harkktuih 24-7-2015 05:14 PM
loyer najib taknak antar surat kat the edge gak ke?
Quote rogayahtop 24-7-2015 05:28 PM
Helok sgt lah ban lah apa2 yg mengganggu kestabilan politik negara. Selamatkan birkin.
Quote dcruins 24-7-2015 05:39 PM
kena gantung  3 bulan jerrr?? kenapa tak tutup terus jer macam gomen dinasti Lee temasek buat ke atas website popular mereka "The Real Singapore", lagi gempak....

tu pun baru isu2 ringan gomen temasek terlebih import cina PRC dan terlebih hired expats2 yang degree dan master nya datang dari university2 yang meragukan, apa barang isu macam ni pun dah kena tutup berbanding isu 1MDB yang silap haribulan boleh meruntuhkan ekonomi malaysia. tu pun kena gantung jerrr, apa barang main gantung2 jer, ternyata dinasti Lee lebih paranoid rupa nya....
Quote Anak_Nogori 24-7-2015 05:39 PM
Tahniah kerajaan Malaysia walaupun agak lambat ambil tindakan tegas.

Malayiakini dan Malaysian Insider bila lagi nak digantung?....tu media perosak jugak tu..
Quote Anak_Nogori 24-7-2015 05:51 PM
dcruins replied at 24-7-2015 05:39 PM
kena gantung  3 bulan jerrr?? kenapa tak tutup terus jer macam gomen dinasti Lee temasek buat ke ata ...

Dynasti Lee tutup terus...kata macai....kena ikut undang2...

Malaysia tak boleh tutup...baru gantung 3 bulan...tu menyalahi kebebasan bersuara...
Quote lkick2113 24-7-2015 05:56 PM
kasibiman replied at 24-7-2015 04:53 PM
tindakan bodoh.

saman the edge. bukan tarik permit.

rahman dahlan nama dia sis kabu.....

Quote dcruins 24-7-2015 05:58 PM
Anak_Nogori replied at 24-7-2015 05:51 PM
Dynasti Lee tutup terus...kata macai....kena ikut undang2...

Malaysia tak boleh tutup...baru ga ...

dinasti Lee memang gila dan paranoid, baru isu import rakyat PRC dan isu2 ijazah meragukan dari expats2 yang di import pun dah kecoh nak tutup terus The Real Singapore. apa kelas isu macam tu dengan isu 1MDB yang dah sampai kucar kacirkan ekonomi M'sia, dah kes berat macam ni pun gomen M'sia main gantung 3 bulan jer, Sarawak Report pun khabarnya masih boleh access lagi guna alternative dns atau VPN....
Quote taikor 24-7-2015 06:06 PM
harkktuih replied at 24-7-2015 05:14 PM
loyer najib taknak antar surat kat the edge gak ke?

"Sila beri penjelasan, adakah benar kamu, The Edge, yg sebar berita ini, walaupun adalah fakta, tetapi menjatuhkan imej pelanggan kami... Betul ker The Edge yg tulis semua ni??"



Quote Anak_Nogori 24-7-2015 06:09 PM
dcruins replied at 24-7-2015 05:58 PM
dinasti Lee memang gila dan paranoid, baru isu import rakyat PRC dan isu2 ijazah meragukan dari ex ...

sebab tu singapore mudah dikawal rakyatnya..zalim macam mana pun undang2 mereka..demi kesejahteraan negaranya mereka lakukan juga.

kan Malaysia tak boleh...kerajaan tegas...macai kata, langgar kebebasan bersuara...bila kerajaan tak tegas, berlaku pergaduhan, berlaku kerosakan dsb...macai yg sama..ni salah kerajaan tak tegas...ada undang2 pun tak tahu guna.

macai is always a macai...
Quote sgbuloh 24-7-2015 06:14 PM
silap the edge ialah tanak jadi paper tak bermaruah macam utusan malaysia.  
Quote ninjago 24-7-2015 06:14 PM
hahh padan muka! takyah theedge nak paksa2 ktrg jual newspaper dia yg biadap tu. puas hati mak!
Quote dcruins 24-7-2015 06:19 PM
sampai tahap dijahanamkan pun gomen malaysia masih main gantung jer, cuba lah main cara pulau dinasti Lee tu sikit, baru gempak....

Lihat semua komen(106)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

20-4-2024 02:56 AM GMT+8 , Processed in 0.193750 second(s), 48 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top