CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Rebut Tak Meratap Pun Tak, Wanita Nekad Kahwinkan Suami Curang

9-12-2021 02:20 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 2186| Komen: 14

Seorang wanita di Indonesia menjadi sensasi Internet ekoran tindakannya yang nekad mahu mengahwinkan suaminya dengan perempuan simpanan lelaki tersebut selepas mendapat tahu mengenai kecurangan mereka, lapor laman berita Berita Hits.


Berdasarkan satu klip video yang dikongsikan di TikTok, wanita berkenaan mendedahkan bahawa dia baru sahaja mengetahui kisah kecurangan suaminya yang sudah dua tahun menjalin hubungan sulit dengan wanita lain.


Kredit foto: TikTok

“Suami mempunyai perempuan simpanan selama dua tahun, saya baru tahu. Selama 13 tahun pernikahan saya, insya Allah saya ikhlas,” tulisnya pada keterangan video tersebut.


Wanita itu kemudiannya memberitahu mengenai cara dia berdepan dengan keadaan tersebut dengan mengambil pendekatan berbeza berbanding kebanyakan wanita lain.

“Cara saya menghadapi mereka. Merampas kembali (tidak), merebut suami (tidak), menangis (tidak),” tulisnya.

Dia kemudiannya berkongsikan klip rakaman yang menunjukkan dia pergi menemui suami dan teman wanitanya serta menyuruh mereka berkahwin.

“Menemui keluarganya (ya), minta kahwinkan mereka (ya), minta wakil penduduk halalkan mereka (ya),” tulisnya.

Suami wanita berkenaan turut dilihat terduduk dan memohon maaf daripadanya sambil menangis.

Teman wanitanya turut menangis serta meminta maaf daripada wanita tersebut dan memberitahu bahawa dia enggan dikahwinkan.

Video itu menjadi tular dengan ramai netizen memberikan pelbagai pendapat mengenai kisah tersebut.

“Sudah diberi kebenaran, tidak mahu berkahwin pula sedangkan mereka telah dipermudahkan untuk bersama,” kata seorang netizen.

“Puan ternyata seorang wanita yang hebat. Anda layak untuk bersama dengan lelaki yang lebih baik,” kata seorang pengguna lain.


Sumber: Kosmo

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote fealefea 9-12-2021 02:32 PM
hebat oit. aku nmpk byg ex pon tak tabah.
Quote kakikuDibibirmu 9-12-2021 02:33 PM
Friska madu jusa c minus tersenyum sinis
Quote Decaffeinated 9-12-2021 02:50 PM
berskandal lagi sedap ofkos lah suruh kawin tak nak

Quote prince_marhaen 9-12-2021 03:35 PM
nangis lahhhh..sebab tahu bakal laki tu jantan kemprettt...tapi nak sedap je..sebab skandal lagi sedap..main rushing-rushing gittew... hahahahaha dasarrrrrr pelakor dan jantan kehphammm
Quote sukacactus 9-12-2021 03:43 PM
Hahaha
Dah disuruh kawin xmo pulak
Dasar kemaruk berskandal
Quote damian_lee 9-12-2021 04:09 PM
bila dah pompuan berani mcm tu
haruslah she sejenis berdikari
ada takde laki sama je

dia xrugi apa2
yang rugi tu haruslah jantan keparat itu dan perempuan skandal tu haruslah tau betapa sengkeknya jantan itu ....

selama ni perabih duit isteri tu la agaknya
Quote Artemesiaa 9-12-2021 04:15 PM
Yang menangis tu tahu kalau sah nikah belum tentu dia akan dapat layanan sama
Quote mbhcsf 9-12-2021 04:20 PM
wow, bless u lady, another Young eun in the making.  Yups, jenis tabanh and diberikan kudrat rezeki sabar and berdikari ni.

Tapi EQ dia tinggi - buat ape bising2 , just get on with her life. Petanda org yang sayang diri dia dulu which is good.

Hubby dia tau pulak menangis? and minta maaf ? selalunya wat macam ni ? bila dah tembelang pecah baru tahu maaf, baru tahu malu tak pandai jaga amanah and baru tahu cara yang beradab?
Quote nolya 9-12-2021 04:21 PM
sukacactus replied at 9-12-2021 03:43 PM
Hahaha
Dah disuruh kawin xmo pulak
Dasar kemaruk berskandal

Bak kata sape ntah hari tu "Rancak2 berdoso"
Quote Hatida 9-12-2021 04:51 PM
Edited by Hatida at 9-12-2021 04:52 PM

lahhh..menangis pulakk. yang betina tu plak taknak dikahwinkan? dah bagi green light pun taknak jugak? apa yang dia nak sebenarnya? saje buat isi masa lapang main ngan laki orang? si jantan tu pun satu hal.. "menangis kononnn!" ayat mak dara dalam filem Ibu Mertuaku. elok tambat je 2 2 ekor ni kat pokok...taruk kerengga banyak2.
Quote mistified 9-12-2021 05:17 PM
You go girl. Mmg strong woman. She would do better without him.
Quote sukacactus 9-12-2021 05:20 PM
nolya replied at 9-12-2021 04:21 PM
Bak kata sape ntah hari tu "Rancak2 berdoso"

Ha itu la
Ntah mana asalnya,  semua di sini sana rancak, berdosa hahaha
Quote nolya 10-12-2021 12:24 AM
sukacactus replied at 9-12-2021 05:20 PM
Ha itu la
Ntah mana asalnya,  semua di sini sana rancak, berdosa hahaha

Sebentar lagi tahun 2021 akan melabuhkan tirai, bergantian dgn tahun 2022. Apakah mentari 2022 akan menyemarakkan sinar yg dapat diandalkan keadaan yg lebih segar dn membahagiakan? Ataukan kita sekalian masih belum cukup lelah dn akan terus rancak mengira dosa2 kita shnga ke hujung nyawa. Nampaknya mengira2 dosa itu lebih gampang dn rancak drp mengira pahala agaknya.  

Quote cik_kuntum36 10-12-2021 03:20 PM
Bagus sgt isteri nye...

Lihat semua komen(14)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-11-2024 06:41 PM GMT+8 , Processed in 0.059757 second(s), 31 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top