CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Dipaksa Kahwin, Gadis 14 Tahun Dipenjara Sebab Larikan Diri

9-12-2021 12:05 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 1332| Komen: 7

Description: Mexico– Seorang remaja berusia 14 tahun dari Mexico dipenjarakan kerana melarikan diri dan ingkar untuk berkahwin secara paksa menerusi perkahwinan yang diatur oleh keluarganya, lapor akhbar Daily St ...
Mexico– Seorang remaja berusia 14 tahun dari Mexico dipenjarakan kerana melarikan diri dan ingkar untuk berkahwin secara paksa menerusi perkahwinan yang diatur oleh keluarganya, lapor akhbar Daily Star. 


Gadis yang dikenali sebagai Anayeli N itu sepatutnya melangsungkan perkahwinan bersama jirannya di sebuah perkampungan di Guerrero.

Ibunya dikatakan telah menerima bayaran melebihi £7,000 (RM39,177) daripada jirannya untuk mengahwinkan anak perempuannya itu, namun ditentang oleh gadis berkenaan.


Ibu Anayeli menerima bayaran melebihi £7,000 (RM39,177) daripada jirannya untuk mengahwinkan anak perempuannya. - MilenioTV


Walaupun perkahwinan bawah umur diharamkan di Mexico, kebanyakan kawasan luar bandar di negara itu dilaporkan masih menjalankan kegiatan tersebut termasuk di Guerrero.

Sementara itu, Pengarah Pusat Hak Asasi Manusia Tlachinollan, Abel Barrera berkata, Anayeli akan dipaksa melakukan semua kerja rumah setelah wang diterima oleh ibunya.

“Gadis itu memilih untuk melarikan diri walaupun ibunya telah menerima wang dan perbelanjaan perkahwinan sudah dibayar oleh keluarga pihak lelaki,’’ jelas Barrera kepada laman berita The Daily Beast.

Tambah Barrera, bapa Anayeli telah dibunuh oleh penyerang yang tidak dikenali, manakala ibunya pula mengalami masalah kewangan.

Anayeli bertindak melarikan diri pada hari perkahwinannya ke rumah jirannya yang berusia 15 tahun yang dikenali sebagai Alfredi N.

Kedua-dua mereka ditangkap dan dipenjarakan setelah jirannya menghubungi polis komuniti. Dia diminta untuk membuat pilihan sama ada meneruskan perkahwinan atau memulangkan wang yang diterima ibunya.

Mereka kemudiannya dibebaskan oleh anggota polis serta wakil pejabat peguam daerah dan diletakkan di bawah perlindungan keselamatan. – CARI

Sumber: Kosmo

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote VirusDetected 9-12-2021 12:44 PM
mak jual anak
Quote chinta89 9-12-2021 12:48 PM
dah mcm india kawin paksa bawah umur
Quote glump 9-12-2021 01:41 PM
Perkahwinan bawah umur diharamkan tetapi melarikan diri dari perkahwinan bawah umur dapat hukuman penjara.
Quote nononcrux 9-12-2021 03:43 PM
undang undang dunai entei yang punya
Quote I.K.A888990 9-12-2021 04:37 PM
kesian anak tu
xtau nk ckp mcm.mana undang2 depa kan
Quote krustykrab 9-12-2021 04:59 PM
Mak tu je la yg kawin ganti anak..
Quote Artemesiaa 9-12-2021 05:22 PM
Demi duit apa pun sanggup

Lihat semua komen(7)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

20-4-2024 09:43 AM GMT+8 , Processed in 0.049745 second(s), 36 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top