CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Pindah Lagi, Rihana Oksana Kongsi Kepayahan Besarkan Leon Seorang Diri

9-12-2021 11:56 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 15263| Komen: 120

Description: Bekas ratu cantik Rusia, Rihana Oksana atau nama sebenarnya Rihana Oksana Gorbatenko berkongsi kisah perjalanan hidupnya di akaun Instagram semalam(Selasa). Perkongsian mengenai kehidupan peribadi mod ...
Bekas ratu cantik Rusia, Rihana Oksana atau nama sebenarnya Rihana Oksana Gorbatenko berkongsi kisah perjalanan hidupnya di akaun Instagram semalam(Selasa). Perkongsian mengenai kehidupan peribadi model ini telah menarik perhatian orang ramai di media sosial.


Rihana,29 yang kini berhijrah ke London, berkongsi serba sedikit perjalanan hidup dirinya yang sering berpindah-randah sewaktu berusia 17 tahun hinggal kini menetap di kota raya tersebut bersama anak lelakinya.

Menurut bekas ratu cantik ini, meski berpindah ditempat yang baru, dirinya yakin segalanya akan berjalan dengan lancar. Malah Rihana sendiri beranggapan dirinya tidak takut dengan perubahan dan akan bergerak kehadapan demi mencapai impian.


Foto: IG


“Kehidupan baru lagi. Ini kali ketiga saya berpindah dan mulakan hidup baru saya pada 29 tahun..

"Perpindahan pertama saya di Moscow semasa saya berusia 17 tahun, ketika saya masuk universiti. Kemudian pada usia 24 saya pindah ke Malaysia. Dan sekarang 5 tahun kemudian, saya kemas bagasi saya sekali lagi, bawa Leon bersama saya dan mulakan hidup baru.

"Kali ini saya fokus eksklusif pada anak saya. Semenjak saya lahirkan dia seorang diri dan besarkan dia seorang diri, jadi segala-galanya mesti dilakukan untuk masa depan dia kerana tiada siapa selain saya yang akan lakukannya.



"Di Moscow, saya tinggalkan segalanya, keluarga, kawan-kawan, apartment, kereta, cagaran.. Terdapat isu perniagaan yang saya uruskan dari jauh.

"Segalanya baru di London, tapi saya tak pernah takut pada perubahan dan kemungkinan sebab itu banyak cabaran berlaku dalam hidup saya sama ada baik atau buruk atau tidak seberapa.

"Tapi dalam satu hal yang lain, saya boleh katakan yang saya tidak berpernah duduk diam, berehat di sofa atau menonton televisyen. Saya selalu bergerak ke depan untuk capai matlamat saya dan segera set yang baru. Oleh itu, saya pasti segalanya akan berjalan dengan baik di sini,” luahnya.




Perkongsian wanita cantik itu mendapat pelbagai reaksi dan respon orang ramai, dan rata-ratanya memberi komen dengan mendoakan kesejahteraan buat ibu dan anak ini.

“Semoga segalanya dipermudahkan @rihanapetra sayang”

“Supermom Rihana dan Putera Leon. Jaga keselamatan.”

“Jaga diri anda Rihana. Saya doakan kebahagian dan kegembiraan dalam membesarkan Leon.”





“Tahniah.. Harapkan yang terbaik untuk anda dan sudah tentunya putera kecil kita Leon.. Dia akan berjaya dalam hidup seperti anda seorang ibu yang hebat.. Semoga berjaya dan yang terbaik @rihanapetra” komen mereka.

“Saya harapkan anda sentiasa berjaya. Aamiin”

“Semoga Allah SWT rahmati anda dan Leon”

“Yang terbaik untuk anda dan Leon”

“Jaga keselamatan. Anda boleh lakukannya”

“Semoga segalanya berjalan lancar untuk anda dan Leon,” komen mereka lagi. -CARI

Sumber: Murai.my

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote krustykrab 9-12-2021 12:04 PM
Eleh sembang kencang mcm ibu tunggal tak de duit
Quote keane.somewhere 9-12-2021 12:04 PM
Padan muke kau kahwin dengan Jate Melayu. Anak raje Nye pun sama x gune
Quote KIM.K 9-12-2021 12:06 PM
Edited by KIM.K at 9-12-2021 12:07 PM

Oo i see acik oks baca forum
Sheol ni boleh accept humiliation and controversies with class eh. Dalam merempan tu
Leon nak masuk 3 tahun

Rasanya dah ada new bf, pindah umah org tu kot
Susfishy lak gi maldives sorang2
Quote kucingitam 9-12-2021 12:20 PM
ah kau.. pindah randah pun bukan duduk bawah kolong macam kassim selamat...
Quote musangbodoh 9-12-2021 12:23 PM
kwn tu x syg ke anak laki dia tggl ngan ex
Quote jejaka_hensem 9-12-2021 12:25 PM
Comel leon
Quote shahirakay 9-12-2021 12:38 PM
muka melayu betul dak leon ni. anyway i duk wonder ni pindah randah ni ekceli dapat belanja dari apaknya ke?
Quote Dwdrum 9-12-2021 12:41 PM
Muka bapa... Harap perangai tidak ikut bapa...
Quote jas7512 9-12-2021 12:42 PM
Perlu ke kongsi cite dia ni kat isu semasa..gi masuk board kenamaan lah...adoi
Quote newyork 9-12-2021 12:44 PM
Stress pindah randah pi riled kat Maldives.. best gilaa
Quote jahcomel 9-12-2021 12:46 PM
idung melayu leon nih
Quote chinta89 9-12-2021 12:47 PM
ko ada duit tang mana payahnya. lainlah ko hidup susah merempat..

aku ni kalau duit berkepuk mcm ko pun nk pindah gak london.

ya, aku simpati nasib dia tp nk ckp tang susah tu mcm x kena. susah dari segi urus anak sorang tu ye lah mmg susah jd ibu tunggal tp duit berkepuk2 x perlulah nk kesian kat dia lbh2.

duit tak blh beli kebahagiaan tp dah settlekan satu masalah lain dlm sisi hidup kita. cth dia berduit, dpt pindah ke mana yg dia nak, beli brg branded utk anak, bercuti sama sini, maintanace lifestyle yg mewah..
Quote kakikuDibibirmu 9-12-2021 12:49 PM
Serambi Moscow tersenyum sinis:

MISS SYABU.jpg

MISS SYABtU.jpg
Quote hayati_hassan 9-12-2021 12:50 PM
sedih tgk anak yg tak berdosa jd mangsa
chomeiii kau leon ....nmpk mcm cerdik budaknya
Quote naina 9-12-2021 12:50 PM
Bukan ibu tunggal yang kesurupan pun
Still ada duit, baju branded dan holiday
Ntah2 hidup mewah hasil beranakkan putera raja ittew..berbaloi
Quote sukacactus 9-12-2021 12:58 PM
Acah2 strong woman la khenn
Quote kakikuDibibirmu 9-12-2021 01:02 PM
Harap-harap tak latih anak makan budu
Quote KIM.K 9-12-2021 01:02 PM
musangbodoh replied at 9-12-2021 12:23 PM
kwn tu x syg ke anak laki dia tggl ngan ex

Akbar: 'Boleh jadi anak lelaki mana-mana'
Quote Samerosie 9-12-2021 01:10 PM
Ada duit pun susah tak de duit pun susah ye.
Comel anaknya, rupa anak kawan I french kawin mexican.

Lihat semua komen(120)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

23-4-2024 06:31 PM GMT+8 , Processed in 0.065924 second(s), 50 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top