CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Arab Saudi Haramkan Jemaah Tabligh, Tapi Bangga Anjur Konsert Justin Bieber?

8-12-2021 04:51 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 2775| Komen: 11

Arab Saudi dihujani kecaman daripada warga Twitter susulan arahan Kementerian Hal Ehwal Agama negara itu yang mahu khutbah Jumaat minggu ini memberi amaran terhadap jemaah Tabligh.


Sedangkan, dalam masa sama Arab Saudi dengan penuh rasa bangga menganjurkan konsert Justin Bieber di Formula 1 Grand Prix, bandar Laut Merah, Jeddah, Ahad lalu.


Kredit foto: HIGHXTAR

Acara itu dilaporkan dihadiri seramai 70,000 penonton sekali gus merekodkan sebagai kehadiran tertinggi dalam sejarah penganjuran konsert di Arab Saudi.

Konsert yang diadakan pada waktu malam itu menerima kecaman daripada aktivis hak asasi manusia yang menggesa Bieber membatalkan persembahannya.


Sebelum ini, Human Rights Watch menyeru selebriti itu memboikot kerajaan Arab Saudi kerana terpalit dengan banyak rekod isu hak asasi manusia.

Bagaimanapun, konsert tersebut tetap berjalan seperti biasa dan isteri penyanyi terkenal itu, Hailey Baldwin Bieber turut memuat naik video persembahan suaminya dalam Instagram.


Kredit foto: Billboard

Sedangkan beberapa tahun lalu, sebarang penganjuran konsert adalah diharamkan di Arab Saudi serta golongan lelaki dan wanita yang belum berkahwin perlu diasingkan di ruang awam.

Putera Mahkota Arab Saudi, Mohammed Salman dilihat berada di sebalik perubahan besar tersebut ketika beliau berusaha memodenkan masyarakat, menarik pelaburan asing dan mewujudkan pekerjaan untuk golongan belia.

Pengguna Twitter yang dikenali sebagai Abul Maali memuat naik hantaran yang menzahirkan kekecewaan kerana khutbah Jumaat di seluruh Arab Saudi bukan lagi memberi peringatan tentang konsert ataupun percampuran lelaki dan perempuan bukan mahram, tetapi hanya memfokuskan tentang Jemaah Tabligh.



“Besar kemungkinan kerana mereka adalah kumpulan yang menyebarkan dakwah mengenai bentuk hiburan yang haram di tanah orang Islam,” tulisnya.


Sumber: Utusan

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote keane.somewhere 8-12-2021 05:28 PM
Terbaik........Malaysia kena follow
Quote namemysoul 8-12-2021 06:33 PM
Adakah arab nak cepatkan proses???....
Quote kakikuDibibirmu 8-12-2021 08:08 PM
Aliff Aziz tersenyum sinis
Quote Zazama 8-12-2021 11:34 PM
Wajarlah arab dikecam.
Quote sekngucing 9-12-2021 12:01 AM
Tabligh ni amalan kaum.india muslim..arba mnaa ada tabligh
Quote kakikuDibibirmu 9-12-2021 12:20 AM
sekngucing replied at 9-12-2021 12:01 AM
Tabligh ni amalan kaum.india muslim..arba mnaa ada tabligh

Madrasah keling Deoband, mazhab Deobandi Saharan Pur tersenyum sinis
Quote CikYaYaYa 9-12-2021 12:22 AM
Arobbb mendoniaaa
Quote FOTHER-MUCKER 9-12-2021 12:25 AM
Memang lah Arab tak mau, tabligh nampak kotor..selekeh…berdebu kaki pun hitam berdebu tak ada std.

Negara miskin tak ada std sahaja yang terima tabligh ni.


Gila ke bangsa Arab nak Terima tabligh.
Quote Mulotkoyak 9-12-2021 12:42 AM
Malaysia dah lama lakukan weiii… kesian arab ni kan. First time tgk konsert live.
Quote FOTHER-MUCKER 9-12-2021 11:09 AM
Seperti ini nak berdakwah di Arab Saudi? Silap silap kena ludah sahaja oleh saudis. Selayaknya lah di haramkan.
dan sepatutnya di malaysia juga di haramkan kerana membawa image yang selekeh.



Quote kakikuDibibirmu 9-12-2021 12:23 PM
India memang ladang ternak ajaran sesat

Lihat semua komen(11)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

21-11-2024 10:07 PM GMT+8 , Processed in 0.066771 second(s), 27 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top