CARI Infonet

 Forgot password?
 Register
Search
Carian Terbanyak:
CARI Infonet Portal Portal Utama Fokus Lihat artikel

'Layak Jual Kek, Kopi Je Kot' - Gaji Tak Setimpal, Graduan Niaga Sendiri Dipandang Serong

8-12-2021 04:15 PM| Diterbitkan: ameenarara| Dilihat: 2046| Komen: 12|Original author: ameenarara

Description: Seorang pengguna Twitter mengecam seorang netizen di Facebook yang memberikan komen negatif tentang graduan yang meniaga seperti yang dilaporkan Utusan Malaysia.
Seorang pengguna Twitter mengecam netizen di Facebook yang memberikan komen negatif tentang graduan berniaga seperti yang dilaporkan Utusan Malaysia. 

Kenyataan lelaki tersebut yang mengatakan graduan universiti hanya layak berniaga kek dan kopi saja menganggap ianya adalah sesuatu yang tidak baik pada pandangannya.



Disebabkan komen itu, pengguna Twitter tersebut meluahkan pendapatnya bahawa sesetengah generasi terdahulu telah sebati dengan persepsi bahawa selepas keluar dari universiti perlu kerja dengan kerajaan atau menjawat jawatan tertentu.


Realiti hari ini, tidak semestinya kita perlu bekerja dalam bidang yang sama dengan apa yang dipelajari.


Foto: Utusan Malaysia

Artikel di Utusan Malaysia mendedahkan seorang graduan UiTM dalam jurusan akaun, Nur Syuhada telah berjaya menceburi bidang perniagaan dengan membuka kedai kopi dan kek di Rembau Sentral.

Gaji yang tidak setimpal dengan kerja yang dipohon menjadi punca dia nekad untuk berniaga dan mempunyai kedai sendiri dengan duit modal yang ada.

Bersetuju dengan luahan pengguna Twitter tersebut, berniaga juga memerlukan ilmu dan tahap pendidikan seseorang itulah yang menjadi penentu masa depan perniagaannya.

Netizen juga turut menghentam komen negatif yang diberikan lelaki di Facebook itu dan harap ada kesedaran.

Foto: Twitter

Lagi banyak orang berniaga lagi bagus. Tidaklah ada pihak cuba memonopoli pasaran. Pelanggan juga untung sebab ada banyak pilihan. - CARI

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote hareeeesah 8-12-2021 04:37 PM
Shukri sulong tu tengok sikit dia pangkat GM ke? Atleast ada la usaha orang tu nak kerja juga. ingat nak bukak cafe pakai air liur je ke?
Quote makita 8-12-2021 05:37 PM
Mamat Shukri tu sebenarnya perli gov yg tak mampu tarik pelabur melabur ke Msia. Pelaburan ni penting sebab sediakan peluang pekerjaan pada rakyat Msia khususnya. Memang lah sapa2 yg masuk uni tak semestinya mkn gaji. Tap situasi skrg tinggi sgt pengganguran. Shukri ni tak perli keluaran universiti pon sebab di uni byk je subjek2 keusahawanan untuk student. Biar bila msuk ke sektor pekerjaan bekas pelajar tadi ada byk pilihan nak perolehi pendapatan.
Quote Normabaru 8-12-2021 08:41 PM
kaka baca xbunyi sarkastik pon..dh btol la ko bukak kedai kek dgn jual kopi..kaka sendri dulu pnh ada impian sama lps tgk cite kpop..hihi

org ckp gitu pon nk mlatah apooooo

klu takut org xpuji sila tutup komen..lg baik..xpyh post lgsg..aman2 ja hidop ko dikkk…lols
Quote Lagubestbest 8-12-2021 08:56 PM
alah, time kau belajar, sape je tolong? dah grad modal free air liur nak ngata komen itu ini macam2.
Quote ufc148 9-12-2021 07:24 AM
kena tengok balik,,, tujuan hidup ko apa sebenarnya dan knp ko ada kat sini
Quote annehuda 9-12-2021 09:19 AM
yelah dik ko ada duit makpak boleh sponsor modal nak bukak kedai kek dan kopi tu.  bank pun tak berani nak kasi loan utk fresh grad ni. org dulu-dulu makpak diorg keje kebun je mmg kenelah makan gaji
Quote doubleharmonic 9-12-2021 09:24 AM
macam tak lalu jah nak telan kopi dengan kek tu yachh. tengok gambar pon dah kembang tekak boleh rasa manis leting yahamat yachh
Quote akies 9-12-2021 01:50 PM
Salah pilih kursus atau bidang masa di universiti pun menyumbang kpd statistik jobless dan susah nk dapat kerja sesuai.

Bila ada modal sikit, ramai je cuba utk berniaga.
Why not?
Quote krustykrab 18-12-2021 02:26 PM
doubleharmonic replied at 9-12-2021 09:24 AM
macam tak lalu jah nak telan kopi dengan kek tu yachh. tengok gambar pon dah kembang tekak boleh ras ...

Tp kan org msia mmg gila makanan minuman manis2...aku tgk berbuih2 berkrim2, bercheese2 pun rasa geli tekak..
Quote songket_merah 18-12-2021 05:01 PM
Normabaru replied at 8-12-2021 08:41 PM
kaka baca xbunyi sarkastik pon..dh btol la ko bukak kedai kek dgn jual kopi..kaka sendri dulu pnh ad ...

betul, setuju sangat sis
Quote axl_bach 21-12-2021 02:45 PM
apsal aku baca macam dia nk kondem sistem jer, bkn nak kondem mahasiswa
Quote Fazsemput 23-12-2021 12:08 AM
Rezeki masing2... Tapi iols masih berharap.. Kebnykkn graduan dpt bekerja dibidng masing2..  Bukan saja dh pent belajar berthun2 bidng tu.. Tapi kite nk meramaikan golongn melayu professional.. Bile iols tgk.. Org melayu ramai.. Dan berjaya Di sesuatu bidng.. Lebih 2 lagi yg kritikal.. Iols tumpng bangga..  Ada iols kenal sorg pakcik homestay ni.. Kaya la jugk.. Ada bnyk homestay.. Kedai mkn.. Kedai runcit.. ..anak die belajar acc.. Tpi die frust sgt ank die xnk kerja dlm bidng acc. Ank die meniaga brng2 kecntikan.. Udh la.. Yurn pengajian.. Bapak die sponsor.. Bpk die Kate.. At least kerja la bidng apa yg die belajar.. Kalau nk niaga.. Dr awal x yh smbung belajar.. Blh belajar ngn die.. Iols nasihat la.. Xpe pakcik.. Mana tau Sebb die ada ilmu acc.. Biz die lebih maju..

Tapi ye lah..x salah pun org yg tukar bidng.. Or meniaga.. Zaman sekrang ni bukn boleh memilih.. Perut harus diisi..

Lihat semua komen(12)

Kategori Berkaitan




Mobile|Archiver|Mobile*default|CARI Infonet

23-5-2022 07:58 PM GMT+8 , Processed in 0.089251 second(s), 30 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top