CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Suka Atau Tak Nabila Razali Masih Ampuh, Bolosi 4 Kategori ABPBH34

28-9-2021 11:04 AM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 4195| Komen: 15

Description: Suka atau tidak, nama Nabila Razali masih ampuh meskipun dihimpit pelbagai kontroversi sepanjang bergelar anak seni.
Suka atau tidak, nama Nabila Razali masih ampuh meskipun dihimpit pelbagai kontroversi sepanjang bergelar anak seni.

Meskipun bakat nyanyian sering dipersoalkan, namun satu perkara harus diingat iaitu lagu Peluang Kedua terus menjadi talian hayat buat Nabila untuk mempertahankan popularitinya dalam dunia showbiz.


Foto: IG Nabila

Jika tidak, masakan membolosi empat kategori, Penyanyi Wanita Popular, Pelakon TV Wanita Popular dan dua menerusi kategori online iaitu Gandingan Serasi Drama Popular menerusi pencalonan awal Anugerah Bintang Popular BH (ABPBH) Ke-34.

Menerusi kategori Gandingan Serasi Drama Popular, Nabila dicalonkan bersama aktor, Aiman Ridza Hakim bagi drama Biar Mereka Cemburu dan pelakon sasa, Fahrin Ahmad dalam drama Kebaya Kasut Kanvas.

Saban tahun dicalonkan dan pernah beberapa kali membolosi senarai Top 5, Nabila atau nama sebenarnya, Nur Nabila Mohd Razali mengakui tidak pernah meletakkan sebarang harapan.

Namun, kata Nabila, dia bersyukur namanya masih kekal relevan walaupun sudah lama tidak muncul dengan produk terbaharu.

"Alhamdulillah, pencalonan ABPBH 34 membuktikan saya masih relevan walaupun sudah lama berehat berikutan pelaksanaan Fasa Satu Pelan Pemulihan Negara.

"Saya amat terharu apabila orang masih memberi perhatian pada perkembangan kerjaya dan menantikan produk terbaharu dalam nyanyian mahupun lakonan," katanya kepada BH Online.

Memasang impian tidak salah, Nabila berkata, dia mengharapkan kemenangan datang daripada trofi Penyanyi Wanita Popular, tahun ini.

"Nyanyian adalah kecintaan saya. Justeru, sudah tentu saya memilih gelaran Penyanyi Wanita Popular jika ditanya kategori yang diharapkan.

"Bagi saya, gelaran ini mampu mengukuhkan jenama saya dalam bidang nyanyian. Bukanlah kategori lain saya tidak mahu menang, tetapi dunia nyanyian lebih dekat di hati saya.

"Saya bersyukur lagu Peluang Kedua berjaya mempertahankan populariti dalam nyanyian. Saya harap, lagu ini terus membawa tuah kepada saya," luahnya.

Walaupun sering dihambat cerita panas, namun anak jati Kuala Lumpur itu tidak pernah menganggap kontroversi mampu memberi impak negatif terhadap kerjaya seninya.

"Kontroversi adalah asam garam yang perlu dilalui setiap anak seni. Setakat ini, saya tidak anggap cerita panas yang melingkari hidup saya memberi reputasi buruk kepada kerjaya.



"Saya melihat perkara ini daripada aspek positif, ia boleh menjadi pengajaran kepada generasi muda," ujarnya.

Mengulas pembikinan single terbaharu, Nabila berkata, ia masih dalam proses penghasilan karya.

"Saya harap peminat dapat menantikan projek single baharu yang akan dilancarkan, tidak lama lagi.

"Insya-Allah, saya akan berkongsi dalam media sosial apabila sudah siap rakaman," janjinya.


Sumber: BH Online




Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Tukul.Besi 28-9-2021 11:10 AM
Nak menamg penyanyi wanita popular? Mimpi je lah dik non. Fanbase pun x sebesar ctnana, terbaik pun tak setaraf ernie zakri.
Quote princessmiang 28-9-2021 12:29 PM

Quote Kurex 28-9-2021 12:35 PM
Anugerah yg dah tak relevan
Quote Mawar91 28-9-2021 12:42 PM
Edited by Mawar91 at 28-9-2021 01:14 PM
Tukul.Besi replied at 28-9-2021 11:10 AM
Nak menamg penyanyi wanita popular? Mimpi je lah dik non. Fanbase pun x sebesar ctnana, terbaik pun  ...


Menangis di bucu katil chouls ckp sheols sebegitu .Sekali tgok mmg betul sheols menang chouls pulak menganga
Quote tipahketipung 28-9-2021 11:45 PM
Rosak teruk jenama ABPBH ni.
Tunggu masa nak kabus je….
Quote Hoola 29-9-2021 12:34 AM
Dasyat bakat2 msia.thniah lah.ajl hr tu pun masuk
Korg undila.achik taste lg tinggi
Quote Dewi2020 29-9-2021 12:56 AM
Kalau utk Penyanyi Wanita Popular, lambetttt lagi bak kata Mendoza
Quote nakkomenjugak 29-9-2021 02:18 AM
Iol dah lama tak layan award Malaya so haukkan lagi award ni
Quote Perawankota 29-9-2021 03:58 AM
Memandangkan ni anugerah popular, apapon tak mustahil terjadi...
Quote pencintaABC 29-9-2021 04:35 AM
Elok tutup jela ABPBH ni tak relevan pon dah..dgn punya ramai artis yg tarik diri...bakalan jadi anugerah sendu utk BBNU je.
Quote aderaderker 29-9-2021 07:01 AM
Sapa lagi calon?

Dia ni ramai fans bbnu,  so potensi nak menang tu ada.
Ko jangan....
Quote TomyamPuteh 29-9-2021 07:24 AM
Go Cik Nab go....
Quote bankerpencen 29-9-2021 09:06 AM
Popular tak semestinya bagus. Sampai sekarang aku tak faham kenapa dia boleh popular, dengan muka desa nan permai dan bakat yang tidak wujud ya. Pergi sekolah mana2 punya singing competition, confirm akan ada yang lebih berbakat daripada minah muka tepi jalan ni.
Quote mijot 29-9-2021 10:24 AM
Anugerah yg dah tak relevan..
ada fan base yg kuat, ko boleh menang..
Quote YomiuriLandMae 29-9-2021 02:31 PM
ABP dah x mcm dulu.. dulu sapa yg menang mmg btol2 layak.. ini asal fanbase kau kuat pakai booster bagai anything possible..

"untuk menjadi popular perlu menjadi terbaik"

Lihat semua komen(15)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

27-7-2024 07:53 AM GMT+8 , Processed in 0.053786 second(s), 44 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top