CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Banyak Dapat Tawaran, Erra Fazira Tak Halang Engku Aleesya Nak Jadi Artis

28-9-2021 12:59 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 5558| Komen: 15

Description: Pelakon dan penyanyi, Erra Fazira, 47, mengakui anak tunggalnya, Engku Aleesya Engku Emran, 11, memang ada mendapat permintaan untuk terbabit dalam kerjaya seni termasuk berlakon iklan.
Pelakon dan penyanyi, Erra Fazira, 47, mengakui anak tunggalnya, Engku Aleesya Engku Emran, 11, memang ada mendapat permintaan untuk terbabit dalam kerjaya seni termasuk berlakon iklan.


Bagaimanapun, Erra atau nama sebenarnya, Fazira Wan Chek berkata dia kena terlebih dulu berbincang dengan bekas suami  bagi mendapatkan kata sepakat seterusnya 'lampu hijau' sebagai kebenaran.


Foto: IG

"Permintaan tawaran untuk Aleesya beraksi di hadapan kamera memang ada saja diterima. Ada yang berminat nak dia muncul buat iklan. Tapi, saya tak boleh buat keputusan itu sendiri tanpa berbincang dan mendapat 'lampu hijau' daripada bapanya.

"Sekarang, selagi Aleesya belum boleh buat keputusan sendiri, saya tidak akan membawa dia ke depan lagi. Biarlah dia yang menentukan apa minat dan kesukaannya, manakala saya akan menyokong saja," katanya kepada Harian Metro.


Menurut 'primadona' filem Melayu ini, dia tidak akan menyekat apa saja kerjaya diminati anak perempuan kesayangannya itu pada masa akan datang, meskipun mengikut jejak sebagai anak seni suatu hari nanti.



"Sebagai ibu moden yang berkerjaya, saya sejujurnya lebih selesa menyokong segala minat anak dan tidak meletakkan kerjaya tertentu untuk dipilihnya. Bagi saya, dia berhak buat keputusan mengikut apa minat dan kesukaannya.

"Untuk Aleesya, saya akan sokong semua yang dia minat dan tidak akan mengawalnya. Begitu juga jika dia berminat menceburi kerjaya seni suatu hari nanti, saya tidak akan menghalang tetapi memantau saja.

"Apapun setiap keputusan membabitkan Aleesya sekarang, saya dan bapanya kena berbincang dan mendapat kata sepakat. Sekiranya pihak sana (bekas suami) okey dan beri 'lampu hijau, saya tiada masalah," katanya lagi.

Terdahulu, Erra hadir pada majlis sidang media virtual di Google Meet drama Gerak Khas Undercover terbitan Skop Production yang akan ditayangkan TV3, mulai Jumaat ini, jam 10.30 malam.

Mengulas pembabitan untuk drama Gerak Khas Undercover, Erra berkata dia berterima kasih dengan Skop Production kerana masih mengekalkannya untuk beraksi bersama barisan pelakon lain yang rata-rata watak baharu.


"Saya melakonkan watak sebagai Deputi Superintendan (DSP) Jeslina yang banyak bertugas di pejabat saja. Dalam drama kali ini, saya masih belum terbabit dengan penggambaran di lapangan membuat 'undercover'.

"Apa yang pasti, saya berharap penonton akan memberikan sambutan yang baik terhadap drama ini kerana jalan ceritanya sangat berbeza. Kena tonton dulu tayangannya pada Jumaat ini," katanya.




Selain Erra, drama Gerak Khas Undercover membariskan pelakon seperti Erra Fazira, Datuk Aaron Aziz, Datuk Rosyam Nor, Salina Saibi, Raja Afiq dan ramai lagi. -CARI

Sumber: Harian Metro
1

Bagus
1

Marah
1

Terkejut
1

Sedih
1

Lawak
1

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote woven11 28-9-2021 01:04 PM
Rambut aleesya sebijik ikut mak dia
Quote fadz84 28-9-2021 01:12 PM
woven11 replied at 28-9-2021 01:04 PM
Rambut aleesya sebijik ikut mak dia

Rambut zmn sembilu.. sblm bergelar ratu wig..
Quote tootii 28-9-2021 01:18 PM
rambut sebijik mcm rambut mak dia dulu2 .. tak pe, nnti blh buat treatment ..
gigi tu tak lama lagi mesti buat jugak nnti bagi nmpk cantik sikit ..
tapi overall Aleesya ni cantik .. lembut je ngk dia  .. moga jadi anak yg baik
Quote bintangct 28-9-2021 01:37 PM
kali ni xnmpk vid alesya bonding2 ngn mak tiri masa mcm bella dulu eh
Quote nellyberry 28-9-2021 03:43 PM
Nampak dia insecure dgn gigi dia.
Rasanya baik betulkan gigi, buat treatment utk rambut.
So far, dia mmg dah cantik.
Quote Meiizu 28-9-2021 05:03 PM
Baik halang erra...belajar elok keje bagus2.
Ctnurhaliza pun taknak ..kalau boleh la
Quote norawestallen 28-9-2021 06:00 PM
Tak yah la erra. Protect anak ko dari dunia hiburan ni…
Quote makcun14 28-9-2021 10:08 PM
Sang ratu dah lupa ke betapa banyaknya gosip liar sheols zaman sheols mendunia dulu dalam industri? Harapnya EA dilindungi dari semua tu.
Apa pun kalau jumpa in real life ratu memang cantik  karismatik woo...  ada aura tersendiri dia selayaknya gelaran ratu. And murah dengan senyuman.
Quote Dewi2020 28-9-2021 10:48 PM
Kesian dia sembunyikan gigi dia mcm tu
Quote nakkomenjugak 29-9-2021 01:44 AM
Nokkkkk
Uol berani keee bawak doter uol masuk donya laghooo??
Uol dulu punnnn kemainnnn gosip zaman muda2 dulu
Tapi lantak laa
Mungkin mak dah makan asam garam, harap guide doter baik2 kalau masuk donya lagho penuh trap iteww
Quote Manjalalu 29-9-2021 02:17 AM
EA sebijik muka ratu masa muda2 duluu
Quote spy_caridotdot 29-9-2021 02:47 AM
Tunggu lah lepas betulkan gigi aleesya dulu.. kalau tak, kesian budak tu nak senyum pun tak kompiden!
Quote TomyamPuteh 29-9-2021 07:28 AM
Umo baru 11 tahun cutting dh mcm budak form 3.Cepat membesar betul budak2 zaman skrg.
Quote NFBZCantik 29-9-2021 04:37 PM
budak ni memang lawaa tapi tu laa kalau tawaran berlakon semata sebab lawa and anak ratu, mcm....

patut retis msia berlakon keras je, harap rupaaa
Quote boudinniA 30-9-2021 02:46 AM
Tak payahlah. Sayang je anak elok, pandai nak disua dgn dunia hiburan.
Tp sukati erra lah kan. Anak dia.
Dah nak masuk 50 dah erra.

Lihat semua komen(15)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

30-4-2024 11:11 AM GMT+8 , Processed in 0.061122 second(s), 44 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top