CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Selebriti Filem & Drama Lihat artikel

Demi Wang Nyawa Jadi Taruhan, Drama Squid Game Jadi Fenomena Luar Biasa!

28-9-2021 09:27 AM| Diterbitkan: missroses87| Dilihat: 4064| Komen: 12|Original author: Oleh: missroses87

Description: Sebuah drama bersiri asli dari Netflix berjudul Squid Game menjadi bualan hangat sejak akhir-akhir ini. Baru sahaja release, namun drama ini sudah mendapat sambutan hangat. Manakan tidak, jalan cerita ...

Salah satu permainan yang dimainkan dalam drama ini. 

Sebuah drama bersiri asli dari Netflix berjudul Squid Game menjadi bualan hangat sejak akhir-akhir ini. Baru sahaja release, namun drama ini sudah mendapat sambutan hangat. Manakan tidak, jalan ceritanya memang terbaik dan kemas sekali. 

Hanya disiarkan 9 episod sahaja, namun drama Squid Game ini menyajikan kisah yang banyak pengajaran boleh diambil dengan berkisarkan mengenai sebuah pertandingan permainan popular kanak-kanak di Korea, seramai 456 peserta dihimpunkan di sebuah pulau rahsia. 


Antara peserta dan pelakon utama drama ini.


Kesemua peserta memiliki sejarah hutang sekeliling pinggang. Bermula dengan pertandingan 'Red Light, Green Light', peserta yang pada awalnya menganggap permainan ini hanya suka-suka mula ketakutan selepas ada yang terbunuh. Melihatkan perkara ini, mereka mula mengundi untuk dihantar pulang kerana tidak sanggup nyawa digadai. 

Bagaimanapun, penganjur mula menunjukkan hadiah wang tunai yang dimasukkan ke dalam bekas khinzir gergasi. Jumlah wang akan meningkat setiap kali ada peserta menjadi korban.


Nyawa jadi taruhan biarpun dalam keadaan terdesak.

Sehinggalah beberapa permainan dimainkan, dapat dilihat bahawa jangan mudah memberikan kepercayaan kepada orang biarpun sahabat baik sendiri. Tidak mahu cerita lebih, gusar ada yang belum menontonnya. Secara keseluruhan, drama ini menarik untuk ditonton biarpun ada babak yang agak perlahan dan agak sensitif. - CARI

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote opie5662 28-9-2021 09:31 AM
Aku je ke yg rasa cite ni beshe2 aje... Tak paham. Aku ade org kate sedih la, nangis la.... Ke deria rasa aku dh kurang... Hahhahahaha... Episod last tu ya ampunnn lembab sgt. Nape la aku terbuang masa tgk cite ni... Hahhahaha
Quote Levespa 28-9-2021 09:35 AM
bukan tered pasal ni dah ada ke
Quote Orix 28-9-2021 09:35 AM
Hunger Games berkoyan lg best
Quote ctaz 28-9-2021 10:40 AM
Orix replied at 28-9-2021 09:35 AM
Hunger Games berkoyan lg best

hunger games pun tiru jepun punya komik bangbattle royale...

drama squid ni...
aku pun tak paham...apo yg beshnye...aku pun tak tau....
sebab aku pun tak tgk...hahahaha

BBNU jer la yg melayan citer2 nih
Quote vee_zara 28-9-2021 11:14 AM
Bagi i yang dah tengok cerita ni. Hype je lebih.. tak best sangat pun macam yang digembar gemburkan
Quote KamikuP 28-9-2021 12:19 PM
Brp byk thread psl SG ni nak bukak deyy
Quote Thunderclouds 28-9-2021 05:12 PM
Dh cuba nengok. Tp xleh blah. Skip2 pn xmampu nk tgk perabih. Cepat la kluaq Alice in Borderland S2. Bosan naw tered pasai SG ni
Quote nakkomenjugak 29-9-2021 02:32 AM
Iol layan naked director jahhh
Quote cik_sssara 4-10-2021 12:41 PM
Thunderclouds replied at 28-9-2021 05:12 PM
Dh cuba nengok. Tp xleh blah. Skip2 pn xmampu nk tgk perabih. Cepat la kluaq Alice in Borderland S2. ...

Sama lah. Tengok skip sambil kemas rumah & selang2 masak. Ikutkan malas, but laki I nak tengok jugak sebab katanya tak faham bila orang buat meme. Sudahnya sampai episod 2/3 je mampu hadap, tak sambung dah sampai sekarang. Memang straight forward, tak mencabar minda langsung.
Lain sangat dengan tengok AIB. Setiap game tu memang thrill & excited gila untuk tahu strategy & trick dia. Tapi setiap game takde cheat, memang ikut logik dan terus solved no more debate, ikut algorithm dan cerita ni tak hanging or open theory.

Last game tu I menang teka siapa witch, laki i salah, so dapatlah bibik tak berbayar seminggu   

Aaa tak sabar pulak nak tengok S2, game baru.



Quote kakikuDibibirmu 8-10-2021 12:38 PM
nakkomenjugak replied at 29-9-2021 02:32 AM
Iol layan naked director jahhh

Ada scene naked-naked full frontal nudity tak? Akak suka cuci mata dengan Sex/Life dekat Netflix
Quote nakkomenjugak 8-10-2021 01:42 PM
kakikuDibibirmu replied at 8-10-2021 12:38 PM
Ada scene naked-naked full frontal nudity tak? Akak suka cuci mata dengan Sex/Life dekat Netflix ...

takat tutup di tempat where the sun don't shine gituuuu
Quote eddlisa_uyuk 14-10-2021 08:41 AM
THREAD CLOSE

thread tajuk dah ada
lagipun salah bod

sila rujuk thread dah ada ini

[Netflix 2021] SQUID GAME - Lee Jung Jae , Park Hae Soo - Asia & Latin Mania - Hiburan - Forum - CARI Infonet


Lihat semua komen(12)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

26-4-2024 06:31 PM GMT+8 , Processed in 0.063959 second(s), 41 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top