CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Selebriti Antarabangsa Lihat artikel

Dah 8 Tahun, Ahmad Dhani Masih Sara Enam Janda

28-9-2021 10:35 AM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 4152| Komen: 12

Description: Demi rasa tanggungjawab, komposer Ahmad Dhani dan anak lelakinya, Dul Jaelani tidak mengabaikan nasib keluarga mangsa kejadian kemalangan yang meragut enam nyawa walaupun sudah lapan tahun berlalu.
Demi rasa tanggungjawab, komposer Ahmad Dhani dan anak lelakinya, Dul Jaelani tidak mengabaikan nasib keluarga mangsa kejadian kemalangan yang meragut enam nyawa walaupun sudah lapan tahun berlalu.


Memetik laporan Liputan 6, Ahmad Dhani mendedahkan bahawa dia masih berpegang pada janji untuk menyara enam wanita yang kehilangan suami ekoran kemalangan yang berlaku pada 2013 akibat kecuaian anaknya sendiri.


Kredit foto: IG Dul & Ahmad Dhani

Vokalis kumpulan Dewa 19 itu berkata, sepanjang lapan tahun dia berusaha sebaiknya untuk menanggung kehidupan enam wanita tersebut.

"Kalau masih ingat, dulu saya berjanji menanggung wanita-wanita yang kehilangan suami, meninggal dunia kerana dilanggar anak saya.


"Sehingga sekarang saya masih tunaikan janji itu," katanya.

Menurutnya, tanggungan itu adalah atas inisiatifnya sendiri dan bukannya tertakluk dalam undang-undang mahupun hukuman daripada kemalangan yang berlaku.

"Saya buat sebagai usaha untuk bantu mereka, lagi pun saya pernah berjanji sejak 2013 lagi.

"Mungkin saya akan menanggung mereka sehingga anak-anak mereka selesai pengajian masing-masing.



"Dul juga ada menyara salah seorang wanita, jadi saya menanggung lima lagi. Ketika kemalangan berlaku ada di antara mereka mempunyai anak yang masih kecil," katanya.


Sumber: mStar

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote nakkomenjugak 28-9-2021 11:27 AM
Kalau tempat lain, pandai2 hidup sendiri anak beranak si mangsa
Quote manehnya 28-9-2021 11:32 AM
Rasa bersalah la tuu... Salah sndiri sbb benarkan anak dia bawah umur drive pada waktu tu kan... Tp bagus la mcm tu...
Kt malaysia minta maaf pum tidak
Quote helicornia 28-9-2021 11:38 AM
dia pun mampu
jadi tkde masalah
tapi ramai je mampu tp takde tanggungjawab
Quote my_irina 28-9-2021 11:51 AM
good job dhani...bagi teladan yg baik kpd anak jugak
Quote matbad 28-9-2021 08:38 PM
helicornia: dia pun mampujadi tkde masalahtapi ramai je mampu tp takde tanggungjawab

ni sgt2 betol. kalau cerai berai nafkah ank pn ramai yg tak byr walaupn status kja pegawai. tmbah nak sara mcm ni mmg kirimsalam la hihi
Quote alesandra 28-9-2021 08:42 PM
baguslah. dia pun lebih dari mampu
Quote missus_meow 28-9-2021 08:58 PM
punya kemampuan ... bagus kerana masih ingat janji ...
Quote kaedahnya 28-9-2021 10:40 PM
kecuaian anak? kecuaian bokap benarnya.
maaf bang, gue tuh suka banget ama dewa19 & ama abang.
tapi bukan untuk perihal ini bang.
Quote Manjalalu 29-9-2021 02:21 AM
Baguslaa ada rasa btanggunjawab
Quote SweetRehan 29-9-2021 07:12 PM
Seronok baca berita cmni...
Quote exclusive_vvip 30-9-2021 09:01 PM
Ntah2 ada perjanjian utk sara balu2 tu supaya diorg tak dakwa anak dia..gituhhh i speku
Quote RainbowPink 2-10-2021 11:02 AM
Walopon xdpt mengembalikan nyawa yg telah pergi tp kurang2 dpt kurangkan beban yg masih hdp.

Lihat semua komen(12)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

27-4-2024 04:38 AM GMT+8 , Processed in 0.048539 second(s), 41 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top