CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Antarabangsa Lihat artikel

"Saya Tak Terluka Pun Nama Tak Disebut Dalam Wasiat" - Anak Jackie Chan

28-9-2021 01:25 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 5242| Komen: 16

Description: Anak perempuan pelakon aksi lagak ngeri terkenal dunia, Jackie Chan iaitu Etta Ng mengaku tidak tersinggung apabila mengetahui namanya tidak tersenarai untuk mewarisi harta aktor tersebut yang diangga ...
Anak perempuan pelakon aksi lagak ngeri terkenal dunia, Jackie Chan iaitu Etta Ng mengaku tidak tersinggung apabila mengetahui namanya tidak tersenarai untuk mewarisi harta aktor tersebut yang dianggarkan bernilai RM2 bilion.


Menerusi buku memoir Never Grow Up yang diterbitkan pada 2018, Jackie ada menyebut bahawa mereka yang akan mewarisi pembahagian hartanya adalah isteri, Joan Lin dan anak lelakinya, Jaycee Chan sementara selebihnya akan disalurkan kepada badan amal.

Bagaimanapun, Jackie tidak menyebut nama anak perempuannya, Etta Ng yang merupakan hasil hubungan skandalnya dengan wanita bernama Elaine Ng sebagai penerima harta tersebut.

Bagaimanapun, seiring waktu, Etta mengaku dia tidak kisah andai namanya tidak tersenarai untuk mewarisi harta kekayaan bapanya kerana menganggap ia bukanlah urusannya.


Kredit foto: IG Jackie/uchux2

“Saya tidak menginginkan apa-apapun daripadanya. Saya tidak terluka pun kalau dia tidak menyebut nama saya. Itu bukan urusan saya,” katanya.

Selain itu, kata Etta, selama hidup dia juga tidak pernah bertemu dengan bapanya itu dan ia menjadi punca ketidakakrabannya dengan pelakon terkenal tersebut.

“Secara peribadi, bagi saya tiada yang baik atau yang buruk tentangnya di mata saya.

“Ini kerana saya tidak pernah mengenalinya. Memang prinsip diri saya tidak suka menghakimi seseorang tanpa mengenalinya dahulu.

“Ketika saya masih muda, mungkin adakala bersikap biadap tentang dia. Tetapi, sekarang saya jauh lebih tenang. Saya percaya setiap orang akan membuat kesalahan tapi kesalahan apa yang dilakukan dalam hidup anda, itu bukan urusan saya,” katanya.

Jackie dikatakan berselingkuh dengan Joan untuk bersama dengan Elaine Ng sekitar kontroversi yang berlaku pada era 90-an.

Elaine melahirkan Etta pada November 1999 dan tidak pernah diakui kewujudannya oleh Jackie menyebabkan hidup wanita tersebut dibelenggu tekanan.

Pada tahun 2002, Elaine melarikan diri dari Hong Kong ke Shanghai untuk menyembunyikan wajah anaknya daripada dikejar paparazi.


Sumber: Utusan

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote helicornia 28-9-2021 02:10 PM
Sian la pulak
Tp anak Jackie Chan ni sume tk.menjadi ye
Quote imransulaiman 28-9-2021 02:25 PM
Dia ada anak lesbian kan?
Quote Meiizu 28-9-2021 04:27 PM
Dah nama skandal..apa cara sekalipun memang rugi kat wanita skandal tu lah.
Tapi bagus anak dia tak harap apa.
meanwhile anak sah jackie pun kurengg menjadik
Quote Ciktiekus 28-9-2021 04:56 PM
imransulaiman: Dia ada anak lesbian kan?

Yg pompuan ni la..anak die dua je kan..
Quote nakkomenjugak 29-9-2021 01:36 AM
Kesiannnnnn
Kat sini pun ada jugakkk kes giniii
Tapi...
Quote norawestallen 29-9-2021 06:10 PM
Sebenarnya kesian pun ada jugak. Gatal nak skandal. Dapat anak tak reti pulak nk jaga, nk bagi support ke
Quote BlackOpium 29-9-2021 07:09 PM
Baru tau dia ni berskandal jugak. Ingatkan setia pada yang satu.
Quote dani-rox 30-9-2021 12:27 AM
kesian etta... tp sedikit sebyk mungkin terasa jugak, dia memang takmo harta tp ai yakin jauh di sudut hati dia mesti dia teringin bapak kandung mengakui kewujudannya.
Quote annehuda 30-9-2021 12:06 PM
jackie takmo ngaku etta ni anak sebab etta ni lesbo ke?  
Quote shida81 30-9-2021 06:35 PM
JC ni mmg kaki pompuan mase mudanya.. Agak liar... Jet li ak tgk menjadi skit.. Ank2 pun cantik
Quote putericahaya999 1-10-2021 01:11 PM
Shah rukh khan je setia
Quote hunters 8-10-2021 09:08 PM
putericahaya999 replied at 1-10-2021 01:11 PM
Shah rukh khan je setia

hahaha..srk tu x setia mna pn..klau x xda la  gossip dgn heroin film dia..and indian film industry always have open secret scandal with co-star..
Quote putericahaya999 8-10-2021 09:58 PM
hunters replied at 8-10-2021 09:08 PM
hahaha..srk tu x setia mna pn..klau x xda la  gossip dgn heroin film dia..and indian film industry ...

Alahai selain PC mn ada lg dah
Quote twins 9-10-2021 11:54 AM
norawestallen replied at 29-9-2021 06:10 PM
Sebenarnya kesian pun ada jugak. Gatal nak skandal. Dapat anak tak reti pulak nk jaga, nk bagi suppo ...

org lelaki kalau ada skandal dia mmg seboleh2 tak nak scandal dia ngandung... ni memang biasanya relationship w/o committment.
mungkin pompuan ni gatal2 pi ngandung kot sbb nak ikat Jackie .. Jackie terkenal kottt tahun lewat 90an tu... hensem pulak tu...
tiba2 bgtau preggy nak beranak... mesti la Jackie tak nak ngaku....  pompuan2 yg jd mistress ni kena la sedor diri... dorang ni "dibela" untuk main2 jer.. jangan2 gatal2 nak beranak...ko tanggung la sendiri.....
Quote twins 9-10-2021 11:56 AM
hunters replied at 8-10-2021 09:08 PM
hahaha..srk tu x setia mna pn..klau x xda la  gossip dgn heroin film dia..and indian film industry ...

dia kan pernah hampir2 bercerai... bini nya nak file cerai
masa tu dia ada scandal dengan si Priyanka Chopra
Quote alesandra 9-10-2021 02:06 PM
twins replied at 9-10-2021 11:54 AM
org lelaki kalau ada skandal dia mmg seboleh2 tak nak scandal dia ngandung... ni memang biasanya r ...

Hensem ke jackie? lebih pada duit dan fame je. aku rase cina xde masalah dgn anak skandal. cuma kena  anak lelaki. yg ini kes anak perempuan.. mmg lambat lahh nak mengaku

Lihat semua komen(16)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

27-7-2024 08:05 AM GMT+8 , Processed in 0.061142 second(s), 45 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top