CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

'Berbaris' Tunggu Giliran Sampai Ada Yang Kena Daftar Kelahiran Februari Depan

28-9-2021 12:05 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 4947| Komen: 34

Description: Pendaftaran kelahiran di bawah norma baharu mengkehendaki ibu bapa membuat temujanji secara dalam talian terlebih dahulu.
Pendaftaran kelahiran di bawah norma baharu mengkehendaki ibu bapa membuat temujanji secara dalam talian terlebih dahulu.

Namun, disebabkan jumlah urusan setiap hari dihadkan, keadaan itu menyebabkan orang ramai yang mempunyai anggota keluarga baharu perlu “berbaris panjang” untuk menunggu giliran.


Kwong Wah Yit Poh melaporkan, terdapat ibu bapa di Pulau Pinang yang perlu menunggu sehingga sebulan atau dua bulan, malah ada yang perlu menunggu hingga Februari tahun depan.


Gambar hiasan

Menurut akhbar itu, terdapat sepasang suami isteri cuba “berikhtiar” dengan membuat temujanji seminggu sebelum kelahiran anak pertama mereka, tetapi permohonan itu ditolak memandangkan anak belum dilahirkan.


Selepas kelahiran anak baru-baru ini, pasangan itu diberi tarikh 25 November, tetapi kemudian dimaklumkan bahawa tarikh temujanji diawalkan kepada 5 Oktober.

Jurucakap Jabatan Pendaftaran Negara Pulau Pinang memberitahu, pihaknya berusaha mengaturkan temujanji seawal mungkin termasuk menyusun semula slot yang tidak diisi kerana “mungkir janji” .

“Kami ada pegawai yang memantau keadaan pendaftaran dan akan menghubungi individu berkenaan sekiranya ada slot yang terluang,” katanya.

Wartawan yang menyemak sistem temujanji mendapati slot untuk September tahun ini hingga akhir Januari tahun depan sudah penuh.

Bagaimanapun, semakan kedua pada tengah hari juga mendapati terdapat slot yang terluang pada 23 September dan terbuka kepada temujanji.

Keadaan itu menunjukkan jabatan tersebut giat menyusun semula slot temujanji supaya orang ramai dapat melakukan pendaftaran kelahiran secepat mungkin. 


Sumber: MalaysiaGazette

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote helicornia 28-9-2021 12:44 PM
ramainye yg beranak
Quote kakikuDibibirmu 28-9-2021 02:06 PM
Baby pkp tersenyum sinis
Quote awanysss 28-9-2021 02:51 PM
baru aku bebel kat thread yg lepas..
buat je la pendaftaran online..
ni online nak, hardcopy nak..
padahal boleh je walk-in..
tak pasal2 tertangguh semua urusan..
Quote edayildiz 28-9-2021 02:53 PM
oh kalau jpn aritu mmg by appointment jer kan..on9 rasanya xdpt lg..aritu i hilang surat beranak pun ssh nk dpt date semua dah full
Quote Atata 28-9-2021 02:56 PM
awanysss replied at 28-9-2021 02:51 PM
baru aku bebel kat thread yg lepas..
buat je la pendaftaran online..
ni online nak, hardcopy nak.. ...

Entah...noyyinggg. Bila la malaysia ni nak proaktif mghadap situasi luar jngka. Nak jg guna sistem lama zaman2 pkp. Pastu kat sijil lahir baby bertulis -daftar lewat- pdahal bukan kita yg nak lewat.
Quote caprut 28-9-2021 03:06 PM
awanysss replied at 28-9-2021 02:51 PM
baru aku bebel kat thread yg lepas..
buat je la pendaftaran online..
ni online nak, hardcopy nak.. ...

Tu aku ckp siapa buat dasar2 kerajaan ni. PTD ke. Kalau PTD ko mmg pukimak. Klau bkn PTD apa function apa fungsi PTD sebenanrya
Quote berusjamban 28-9-2021 03:54 PM
caprut replied at 28-9-2021 03:06 PM
Tu aku ckp siapa buat dasar2 kerajaan ni. PTD ke. Kalau PTD ko mmg pukimak. Klau bkn PTD apa funct ...

Mmg. Nak2 yg dpt posting obersi. Mak oiii kat opis berkasta2 iya. Kalah royalties protocol dia
Quote harkktuih 28-9-2021 04:17 PM
iols gi walk in boleh jer? xde isu pun nak kena appointment bagai..
Quote n3ar 28-9-2021 04:18 PM
memang bodo dasar dorang ni...

aku hari tu pun nasib la register last slot kosong, tu pun lepas call cawangan ,dia kata ada 1 slot tu jer paling cepat, dekat sebulan juga la lepas bersalin.. tu pun dekat ceruk jauh kt kampung wife berpantang...


dekat bandar & lembah klang jangan harap la, memang full... senang staf JPN cakap, kalau lewat tak kena denda pun..dorang bg kelonggaran..

cuma kena g buat akuan sumpah utk nyatakan kita lewat sebab slot temujanji full...

dah menyusahkan orang awam pulak kena g pesuruhjaya sumpah bagai kena bayar lagi, walaupun bukan salah dorang...

Quote jalfa 28-9-2021 04:23 PM
Nak buat ic pon sama...anak aku bulan 5 ..dapat appointment bulan 11 takpalah. Mujur dpt jugak appointment
Quote rifaa 28-9-2021 04:40 PM
aku nak buat ic anak pon dapat date nov
Quote awanysss 28-9-2021 04:43 PM
Atata replied at 28-9-2021 02:56 PM
Entah...noyyinggg. Bila la malaysia ni nak proaktif mghadap situasi luar jngka. Nak jg guna sistem ...

aku call jpn utk set appt, dia boleh cakap kena online..
aku ckp kes urgent, nak cepat.. mati2 yg angkat tepon tu cakap paling awal boleh bg 45 hari lepas kelahiran..
bodoh sgt.. aku ckp dlm akta bg sampai 60 hari kan, siapa nak tanggungjawab kalau lepas tu..
bila cakap akta je terdiam la.. keje makan gajibuta.. mana tahu kata ofis sendirik..
Quote becir 28-9-2021 04:43 PM
Klinik gigi gomen utk check saja I dapat hujung bulan 10 appointment. Kalau rosak kena tampal ke apa lagi sebulan dua pulak
Quote awanysss 28-9-2021 04:49 PM
caprut replied at 28-9-2021 03:06 PM
Tu aku ckp siapa buat dasar2 kerajaan ni. PTD ke. Kalau PTD ko mmg pukimak. Klau bkn PTD apa funct ...

aku pun still tak tahu apa tugas PTD..
tp aku tgk kawan aku yg PTD stress.. rasanya mcm still kena dengar arahan org atasan..

pd pandangan aku la kan, gov staff ni jenis tanak tanggung risiko, buat semua asal boleh, asal part dia lepas..
setakat yg aku tgk, staff kesihatan je ada sense of urgency sikit, tahu apa yg penting apa yg tak.. sbb dorang libatkan nyawa..
nyawa lg penting dr lain2..
yg JPN ni semua, dia la terpaling penting konon2 nya.. so far aku enconter JPN pegawai baik2..
yg siel sikit yg reception/registration.. dia lah terpaling tahu segalanya..

JPN aku pergi, buku check up pregnancy tu, dia suruh photostat kulit ke kulit eh.. membazir duit aku photostat..
aku yg basic science ni pun tak lepas nak baca report semua tu, yg kau JPN nak buat apa buku aku tak tahu..
tu la aku rasa dorang jenis tanak take risk, even buku tak berguna pun nak photostat, asal lepas part keje dorang..
takde akal nak fikir penting tak penting bagai..
Quote awanysss 28-9-2021 04:49 PM
becir replied at 28-9-2021 04:43 PM
Klinik gigi gomen utk check saja I dapat hujung bulan 10 appointment. Kalau rosak kena tampal ke apa ...

klinik gigi utc tempat aku kosong..
sampai kadang2 doktor duduk kat kaunter saringan tempat nak scan mysejahtera tu
Quote zidane2011 28-9-2021 05:51 PM
Bukan jpn je, nak pegi mahkamah syariah pun jenuh nak dpt appointment. Iols register bulan lepas dpt appointment bulan 11 nanti. Aduyai. Dah la website tak efficient langsung. Lagi satu slot masa kenapa sikit sgt. 3 je. Dah tau keadaan skrg ni mcm ni, kena do something la bagi efficient sikit. Tak boleh mcm dulu lagi. Takkan dalam sehari nak attend berapa org client je. Itupun x semestinya org yg book tu datang. Yg dtg pun kdg document x cukup kena balik. Instead of appointment sejam, jadi 10 minit je. So baki masa 50 minit tu apa cerita? Bila kata lembab tau pulak marah, tapi dari dulu sampai skrg servis tetap takde improvement
Quote naina 28-9-2021 05:57 PM
Memang kena daftar dulu ke wei?
Aduii berapa bulan pregnant dah boleh daftar ni
Iols due date Januari.
Quote JunkMail 28-9-2021 06:48 PM
Aku nak ganti ic pun berjanggut tunggu tarikh appointment. Aku booking bulan 7, dapat slot bulan 11.. bantai je lah pakai ic yg dah terkopek2 tu
Quote Belibis 28-9-2021 07:14 PM
Angkara acik gomen seronok sangat wfh..nak idupkan roadtax dengan lesen memandu pun payah.kat pejabat pos pulak takde stok lesen.

Lihat semua komen(34)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

28-4-2024 04:23 PM GMT+8 , Processed in 0.057285 second(s), 48 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top