CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Dahulu Punyalah Masyhur, Kini Terbiar Sepi

28-9-2021 12:00 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 10148| Komen: 76

Description: Teluk Intan: Lebih enam dekad lalu istana lama ini pernah menjadi singgahsana rasmi bagi Duli Yang Teramat Mulia (DYTM) Raja Muda Perak Darul Ridzuan di Teluk Anson yang kini dikenali Teluk Intan.
Teluk Intan: Lebih enam dekad lalu istana lama ini pernah menjadi singgahsana rasmi bagi Duli Yang Teramat Mulia (DYTM) Raja Muda Perak Darul Ridzuan di Teluk Anson yang kini dikenali Teluk Intan.


Bangunan istana lama yang dikenali Istana Raja Muda terletak di Jalan Syed Abu Bakar di sini menjadi tempat Raja Muda Perak yang pertama bersemayam iaitu Almarhum Raja Muda Abdul Aziz yang kemudiannya menjadi Sultan Abdul Aziz al-Mu'tasim Billah Shah Ibni Almarhum Raja Muda Musa, Sultan Perak yang ke-31.


Foto: Harian Metro

Dibina pada 1922, ironinya ia adalah sebahagian warisan sejarah Kesultanan Perak yang perlu terus dipulihara untuk tatapan generasi baru.

Pengerusi Jejak Warisan Teluk Intan Iskandar Zulqarnain Zaheruddin berkata, berdasarkan kajian dan pembacaannya istana berkenaan adalah istana rasmi bagi Raja Muda Perak Darul Ridzuan suatu ketika dahulu.


Menurutnya, sebagai sebuah istana bagi Raja Muda, Teluk Anson pada ketika itu juga digelar sebagai bandar diraja.

Katanya, antara aktiviti yang pernah diadakan di istana itu ialah menerima kedatangan Gabenor Jeneral Malayan Union, Sir Malcolm MacDonald ke Teluk Anson pada 1947 dan beliau diraikan oleh Sultan Perak ke-32 iaitu Almarhum Sultan Yussuf Izzuddin Shah yang ketika itu bergelar Raja Muda.


Foto: Harian Metro

"Antara perayaan terbesar yang pernah diadakan di sini ialah majlis perkahwinan pada 1 Ogos 1963 di antara Raja Aminah yang merupakan puteri kedua kepada Raja Muda Perak ketika itu iaitu Raja Muda Musa (Raja Muda Musa ibni Almarhum Sultan Abdul Aziz Al-Mustasim Billah Shah Nikmatullah) dengan Leftenan Tengku Ibrahim, putera kedua Sultan Pahang.

"Majlis berlangsung meriah dimulakan dengan 15 das tembakan meriam menandakan bermulanya letak kerja majlis yang diketuai oleh Kadi Teluk Anson, Haji Abdul Kahar Abdul Jabar.

"Majlis perkahwinan berlangsung meriah dengan ramai tetamu kenamaan daripada seluruh negara hadir bagi meraikan pengantin diraja," katanya ketika dihubungi Harian Metro, semalam.


Foto: Harian Metro

Iskandar Zulqarnain yang juga Setiausaha Persatuan Pencinta Sejarah Masyarakat Perak berkata, sepanjang penggunaannya bangunan itu turut menjadi istana untuk beristirahat buat Sultan Perak ketika melawat daerah Hilir Perak.

Katanya, Raja Muda Perak terakhir bersemayam di istana berkenaan adalah Almarhum Raja Muda Ahmad Siffuddin ibni Almarhum Sultan Iskandar sehingga kemangkatan baginda pada 1987.

Menurutnya, kemudian kediaman rasmi Raja Muda berpindah ke Istana Tetamu di Ipoh dan sejak itu, istana berkenaan ditinggalkan.

Jejak Warisan Teluk Intan pada 2020 juga membina sebuah papan tanda informasi sejarah bagi menerangkan sejarah istana berkenaan.


Foto: Harian Metro

Sementara itu, Yang Dipertua Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung (GPMS) Teluk Intan Aimy Nabilla Mohamad Yusof berkata, istana lama berkenaan sebahagian simbol pemerintahan diraja di Teluk Intan yang wajar dipulihara dan pelihara sebagai warisan negeri.

Menurutnya, istana lama berkenaan juga boleh dijadikan sebagai pakej pelancongan warisan seperti Menara Condong Teluk Intan yang sudah diisytiharkan sebagai Warisan Kebangsaan.

"Justeru pada pendapat saya istana ini boleh dijadikan sebagai lokasi pelancongan warisan, malah jaraknya dengan Menara Condong juga tidak jauh kira-kira tiga hingga empat kilometer (km) saja.


Foto: Harian Metro

"Malah, ia juga dapat membantu meningkatkan ekonomi setempat dengan penambahan produk pelancongan di Teluk Intan kerana pelancongan warisan juga mempunyai peminatnya tersendiri," katanya.

Menurutnya, persatuan cakna dengan isu setempat dan berharap ada jalan penyelesaian terbaik untuk mengekalkan istana ini supaya ia tidak lenyap dan hanya tinggal sebagai catatan sejarah. -CARI

Sumber: Harian Metro

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote white_musk 28-9-2021 02:21 PM
jadikanlah tempat jalan2 atau tempat majlis perkahwinan
Quote adeqbun 28-9-2021 03:20 PM
msia ni mmg pemalas bab preserve bgnn2 berswejarah..
Quote KamikuP 28-9-2021 03:25 PM
Mesti masa dulu istana ni meriah kan? Mohon pelihara bangunan2 bersejarah kat Msia ni
Quote sharlenetexas 28-9-2021 03:29 PM
Mesti angker ni.

Quote kechikchomel 28-9-2021 03:37 PM
sayangnyaaaa...mesti cantik tu kan? iolss paling sedih bila dorg demolished Penjara Pudu!
Quote per706 28-9-2021 04:24 PM
Hurmmmm,jika byk duet...memang aku beli da..syg byk bangunan2 lama di Malaysia ni terbiar..retro classic mcam ni yg x kan ditelan zaman smapi bila2...
Quote jahcomel 28-9-2021 04:28 PM
kechikchomel replied at 28-9-2021 03:37 PM
sayangnyaaaa...mesti cantik tu kan? iolss paling sedih bila dorg demolished Penjara Pudu!

beto...syg sgt kalu tngok dr ats bentuk x gitu...
Quote edayildiz 28-9-2021 04:30 PM
mcm byk hantu bertelur je..nape dorg xjd kan muzium..i suka melawat muzium
Quote Meiizu 28-9-2021 05:07 PM
Biasanya ada penunggu tu pasal tade sebarang org nak ceroboh maka terbiar usang tumbuh pokok.
Mat pet pun tak berani buat port
Quote fatinandreanna 28-9-2021 05:31 PM
Pada tahun 1963, belangsung majlis perkahwinan puteri Raja Muda Musa iaitu Raja Aminah dengan Tengku Ibrahim, putera kedua Sultan Pahang.

Tengku Ibrahim ni father TCJ kan? Raja Aminah his first wife.
Quote meisapoya 28-9-2021 07:03 PM
Buatlah dewan majlis. Lawa tu bila dah buat landscaping.
Quote mimi_ayu 28-9-2021 07:12 PM
Dulu masa sek rendah mmg hari2 lalu dpn istana ni..masa tu elok lg bangunannya..
Masa tu br tinggal org xddk..
Skrg ni tgk dh menakutkan..
Quote nakkomenjugak 29-9-2021 02:06 AM
Edited by nakkomenjugak at 29-9-2021 02:09 AM

Ahhh dekat2 dengan kampung iol
Biasalahhh malayaaa
Mana reti preserve sejarah2 ni
Biar gituuuu jahhh
Pastu buat kondo yang even ummah pun tak mampu beli
Halahhhhhhh
Quote Lagubestbest 1-10-2021 03:36 PM
bagi McD sewa dan cantikkan kembali istana ni.
Quote gideoncross 1-10-2021 03:54 PM
sharlenetexas replied at 28-9-2021 03:29 PM
Mesti angker ni.

That's trueeee, iol pun trfikirkan bnda yg sma jugak.
Quote gideoncross 1-10-2021 03:56 PM
edayildiz replied at 28-9-2021 04:30 PM
mcm byk hantu bertelur je..nape dorg xjd kan muzium..i suka melawat muzium

Sdgkn rumah yg sminggu pun xde org, hntu boleh msuk. Ni kn lgi yg dh trbiar lbih dri 10 tahun.
Quote gideoncross 1-10-2021 03:57 PM
Lagubestbest replied at 1-10-2021 03:36 PM
bagi McD sewa dan cantikkan kembali istana ni.

Lagu tu suka lh hantu2 kat sna brkuntum hahahaha, tiap2 hri dpt nuggets free.
Quote gideoncross 1-10-2021 03:58 PM
Meiizu replied at 28-9-2021 05:07 PM
Biasanya ada penunggu tu pasal tade sebarang org nak ceroboh maka terbiar usang tumbuh pokok.
Mat p ...

Yg ni btul, nnti klau bru sntuh skit, ada plak yg mngacau.
Quote gideoncross 1-10-2021 03:59 PM
nakkomenjugak replied at 29-9-2021 02:06 AM
Ahhh dekat2 dengan kampung iol
Biasalahhh malayaaa
Mana reti preserve sejarah2 ni

Kat Brunei ni pun sma, ada jugak historic things yg x reti d jga. Mnyampah je tngok.

Lihat semua komen(76)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

27-7-2024 08:18 AM GMT+8 , Processed in 0.063881 second(s), 48 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top