CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Kenapa Beria Hentam Mia Sara Biar Doktor Lelaki Suntik Vaksin?

28-9-2021 01:55 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 12674| Komen: 59

Description: Mia Sara Nasuha Muhammad Ridhuan, 16, melahirkan rasa hairan apabila ramai mempersoalkan mengapa dia berurusan dengan doktor lelaki ketika mendapatkan suntikan vaksin semalam.
Mia Sara Nasuha Muhammad Ridhuan, 16, melahirkan rasa hairan apabila ramai mempersoalkan mengapa dia berurusan dengan doktor lelaki ketika mendapatkan suntikan vaksin semalam.


Menurut pelakon ini, perkara tersebut tentunya berada di luar bidang kuasa dan kawalannya.


Kredit foto: IG

Mia berkata demikian setelah menerima banyak komen berunsur kecaman di aplikasi media sosial Tik Tok yang hadir dengan pertikaian dangkal mengenai perkara tersebut.

Ada antara pengikut Mia di akaun tersebut menganggap Mia tidak sepatutnya membenarkan doktor lelaki melakukan suntikan vaksinasi terhadapnya memandangkan dia seorang gadis bertudung.



Kredit foto: Twitter

Selain itu, ada antara mereka tergamak menuduh dan menyindir Mia dengan kata-kata yang tidak sepatutnya.

“Kasihan, tak dapat free hair (tidak bertudung),” tulis DyanneTrsya_

“Kenapa tukang cucuknya lelaki? Jururawat tak tahu ke bahu seorang perempuan itu aurat. Mesti Kak Mia redha je ya,” tulis pengguna akaun St_jnniah.

“Pelik zaman sekarang. Doktor lelaki boleh cucuk tangan perempuan. Faham-fahamlah aurat tu kan,” tulis pengguna akaun fareed.

Terdahulu Mia berkongsikan satu rakaman video ringkas dirinya menerima selamat menerima suntikan vaksin dos pertama di Pusat Pemberian Vaksin Mega (PPVM), Dewan Tun Canselor, Universiti Multimedia, Cyberjaya, Selangor semalam.



Bagaimanapun, tinjauan Utusan Malaysia di ruangan komen akaun Mia Sara di Instagram agak berbeza dengan rata-ratanya dilihat lebih terkawal dan rasional.


Sumber: Utusan

Bagus

Marah
1

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote kucingitam 28-9-2021 02:01 PM
aduh yg hentam tu pon..bbnu ke apa..
Quote supermum 28-9-2021 02:06 PM
Ingat ppv ni tempat beranak private ke boleh pilih-pilih doc
Quote helicornia 28-9-2021 02:08 PM
Yg menghentam tu mesti budak2 hingusan
Bingai tkde keje
Dengki dgn mia la tu
Quote dino 28-9-2021 02:09 PM
bodohnya yg hentam tu haha
apa ko ingat boleh pilih2
Quote KIM.K 28-9-2021 02:17 PM
Suntik sinopam ingat nak pilih2 nurse, doktor, pengarah ppv bg jab ke
Quote greantea 28-9-2021 02:18 PM
kalo y lelaki, nurse pompuan cucuk x bising lak.
Quote cheezel 28-9-2021 02:21 PM
ni la jadi kalau budak dapat main medsoc. sakai semua benda nk komen. tergedik2 kt tiktok tak fikir halal haram plk
Quote Atata 28-9-2021 02:34 PM
Komen budak2 belum sunat pon nak dibuat thread..bahlul punya tt
Quote fadz84 28-9-2021 02:35 PM
Edited by fadz84 at 28-9-2021 02:37 PM
supermum replied at 28-9-2021 02:06 PM
Ingat ppv ni tempat beranak private ke boleh pilih-pilih doc


Hahaha... Igt byr ke apa nk pilih2 kan.. tempat I cucuk kat idcc shah alam aritu nasib sorg je petugas lelaki untuk cucuk tu.. akak belakang I siap request kat volunteer situ minta tukang cucuk pompuan.. senang nk selak2 katanya.. pastu budak volunteer tu ckp yg petugas cucuk laki tu xde tengah break untuk solat.. hehe
Quote slyfynx 28-9-2021 02:39 PM
Hish, jibraun betul video auto play ni
Quote orkid_amani 28-9-2021 02:53 PM
Boleh pilih la..sebelum masuk kat area cucuk tu bgtau petugas siap2 nk pmpuan. Aii dua x cucuk mmg awai2 lg mintak nk pmpuan
Quote angelawoosh 28-9-2021 02:56 PM
wow makin bodoh je bbnu skang ni. Jgn cakap korang x penah gi klinik jumpa doktor. Dah la miskin anjir plak tu. Bengap mcm ni boleh gi duduk dgn puak taliban sana
Quote dudaberhias 28-9-2021 02:58 PM
kesiannya manusia2 gigih nak bajet2 beragama tapi iq hanya 2 digit dan jahil tak tahu waktu2 perubatan macamni memang di izinkan atas sebab2.
malah doktor laki nak sambut baby lahir pun boleh...

tu la gigih sangat sibuk pasal aurat, sibuk tentang muhrim... tapi agamanya kosong...

toxic society agittew bukannya toksik je tapi now dah menjadi benak...
Quote trexxxxxi 28-9-2021 03:23 PM
Bbnu dan kecam berpisah tiada
Asal boleh sembang bagi nampak palatao
Quote JalaEmas 28-9-2021 03:36 PM
ala mia sara ni baru 16.. sah2 la pengikut2 die tu rmai budak2 terlebih bawah umur.. ghisau.. kdg darjh 3 pon da main ig.. pastu komen pon paham2 jela.. haihh.. donia..
Quote nakkomenjugak 28-9-2021 04:29 PM
Toksik mak pak dah berjangkit ke anak2
Oh well.
Quote Suchi 28-9-2021 04:32 PM
Mana bleh pilih2 tau2 depa bagi je bilik mana2 yg kosong.
Iols tak kisah pun misi mana yg cucuk janji ko reti cucuk tak kira la laki ke ppuan.
Tapi cucuk vaksin ni biasanya takde masalah sgt hat cucuk nak sedut darah kat lengan tu Ya Tuhan trauma dibuatnya.
Bukan sbb takut jarum ke apa masalah katanya susah nak jumpa urat.Bila dh cucuk tak kuar plak jd cucuk lagi dan lagi.
Ni biasanya bila doc la cucuk kalau misi ok selalu jumpa je urat.
Quote mijot 28-9-2021 04:45 PM
mana boleh pilih2..
alahai yg komen ni pun..
kt ppv aku, seb aik tukang cucuk tu sumer nurse perempuan..
pernah demam panas, yg cocok kt bontot aku doktor laki...tp ditemani yg oleh staff perempuan..kt klinik biasa..
Quote acikbajuhijau 28-9-2021 04:55 PM
Why la so stupid? Mind blown kadang dengan netizen bodo. Whyyyyyyyyy?

Lihat semua komen(59)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

28-4-2024 04:45 PM GMT+8 , Processed in 0.060607 second(s), 48 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top