CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Pernah Jadi Anti Vaksin, Abang Siti Sarah Dah Berubah

29-9-2021 08:44 AM| Diterbitkan: Cari-Azza| Dilihat: 16417| Komen: 98|Original author: Oleh: Cari-Azza

Description: "Kalau dulu saya pernah kata buruk apa-apa, saya minta maaf pada frontliner."



"Kalau dulu saya pernah kata buruk apa-apa, saya minta maaf pada frontliner."

Pengakuan abang arwah Siti Sarah Raisuddin, Ahmad Firdous bahawa jangkitan Covid-19 ini sangat benar setelah mengalaminya sendiri mengejutkan banyak pihak.

Sementelah dia terlebih dahulu dikenali sebagai anti vaksin dan menganggap ia perkara biasa sahaja.

Ianya dikongsikan oleh seorang doktor yang berkongsi mengenai kekesalan Firdous ketika bergelar anti vaksin sebelum ini.



Bagi Firdous, bila dia mendapat jangkitan tersebut, baru lah tahu betapa frontliner sangat berjasa dalam kehidupan pesakit Covid-19.

"Saya memang respek frontliner, bayangkan nurse tu tunggu depan katil saya, kau kencing, berak, dia lah mengelap, macam mana kita nak hina dia lagi?"


Foto :Twitter

Walaupun sebelum ini dia antara yang kuat menentang suntikan vaksin, namun abang kepada Siti Sarah ini akhirnya akur dengan takdirnya.

"InsyaAllah bila dah sehat, saya akan ambil vaksin. sebab bila kena Covid walaupun level 1 atau dua, korang oleh jangkit pada orang lain."

Jadi, lupakan kisah lalu, kita buka lembaran baru. - CARI

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote mamichik 29-9-2021 08:50 AM
Alhamdulillah. Moga beroleh rahmat dari-Nya
Quote trexxxxxi 29-9-2021 08:54 AM
Alhamdulillah.. jadikan pengajaran hidup
Quote awex^returns 29-9-2021 09:04 AM
Alhamdulillah
harap2 yang antivaksin macam makcik rude, lanang noden dan sekutunya tu ambil iktibar
vaccine memang tak menyembuhkan
tapi kurangkan risiko kesan virus ni pada tubuh badan kita
wallahualam
Quote SANKURIANG 29-9-2021 09:09 AM
awex^returns replied at 29-9-2021 09:04 AM
Alhamdulillah
harap2 yang antivaksin macam makcik rude, lanang noden dan sekutunya tu ambil iktibar ...

Jangan lupa Acik Elly Jelly bini Azri kandar
Quote eely_shana 29-9-2021 09:28 AM
baguslah. alhamdulillah. apa yg kita nmpak, apa yg berlaku di sekeliling kita, apa yg pernah terjadi dlm episod kehidupan, jadikanlah ikhtibar dan pengajaran.
Quote awex^returns 29-9-2021 09:40 AM
SANKURIANG replied at 29-9-2021 09:09 AM
Jangan lupa Acik Elly Jelly bini Azri kandar

bukan nak doa tak baik
yang acah sombong sangat cakap antivaccine ni, semoga diberi ujian kena covid macam abang sarah ni
mungkin masa tu baru nak sedar kot

zul yahya, acik elly dan kawasan yang sewaktu dengannya
aku takmo mention artis 20 tahun bapak rohingya tu
yang tu boleh gi mamp terus

Quote Suchi 29-9-2021 09:47 AM
Dia gantung oximeter eh kat leher tu kan?
Biasa pesakit cat 4-5 ni bila dah kuar sepital pun spo dorang still bawah 95 tau ada yg 93-90 sbb peparu dorang kan dh rosak teruk.
Mcm abang arwah ni dia kata peparu rosak sebelah.Pastu sebelah lagi ada sikit kena gak.

Dia boleh amik vaksin kalau dah bebetul sihat  kecuali pesakit yg terima antibodi monoklonal anti-SARS-CoV-2 atau 'convalescent plasma' utk rawat covid hanya dibenarkan ambil vaksin sekurang-kurangnya 90 hari lepas tarikh pulih dari jangkitan virus.
Quote nakkomenjugak 29-9-2021 09:53 AM
Gitu la manusia. Kena terhantuk sampai benjol/berdarah dulu baru erti sakit.
Jadikan iktibar yach dan santuni mereka yang berkorban masa dan tenaga untuk selamatkan chouls.
Quote mdhelmi 29-9-2021 10:01 AM
"macam mana kita nak hina dia lagi?"

apa sebab sebelum ni hina frontliner?
Quote umbut 29-9-2021 10:08 AM
Bilalah cobid nak masuk lubang hidung sohai ngan papaya. Hari2 menghasut
Quote kechikchomel 29-9-2021 10:17 AM
iolss baru tau sorang sedara iolss ni anti vaks. mak iolss panggil dia datang rumah iolss, urutkan mak iolss. masa tu la baru tau. kalau tau awal2, iolss cakap kat mak iolss tak yah panggil dia.
Quote raxief 29-9-2021 10:18 AM
harap2 pengecat binatang pun sedar diri

@pengecatbintang

Quote lasagna 29-9-2021 10:26 AM
alhamdulillah dah sedar diri.. amik iktibar n pengajaran jgn mendabik dada lagi..
Quote ais_kosong 29-9-2021 10:51 AM
Semoga makin sembuh dan dapat educate orang lain dengan
pengalaman sendiri. Aku xkisah yang xmau vaksin tu. Hak masing-masing.
Tapi janganlah hina usaha orang lain yang ambil or hasut orang lain dengan zero ilmu korang tu.
Quote TomyamPuteh 29-9-2021 12:38 PM
@kakila sila hadap.
Quote Dolmat 29-9-2021 12:41 PM
Edited by Dolmat at 29-9-2021 12:43 PM

Lana Nordin jangan nak takbur bangga sangat di USA! Yg anti VAKSIN Elly Rita Dan sewaktu dgn nya... Sila tengok ni satu contoh..
Quote hareeeesah 29-9-2021 12:46 PM
Alhamdulillah, dah Allah berkehendak.. bukan kita bergantung pada vaccine, dah dihebah berjuta kali vaccine bukan jadi kebal terus, sekadar ikhtiar kita.. semoga kita semua sentiasa dalam rahmat Allah
Quote najib888 29-9-2021 12:58 PM
Aku nak tengok sangat komen presiden, setiausaha dan bendahari IVM kat forum ni, berkenaan hal ni.. sanggup tu kata KKM dok bunuh pesakit, FL bogelkan pesakit...

p/s- Lama pula presiden IVM ni senyap dari forum...
Quote Fazzbulous 29-9-2021 01:10 PM
Masih belum terlewat lagi...semoga cepat sembuh abg sarah...abaikan provokasi..

Lihat semua komen(98)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

11-5-2024 02:22 AM GMT+8 , Processed in 0.053387 second(s), 48 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top