CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Selebriti Filem & Drama Lihat artikel

Daniel Craig Bengang Wanita Pegang Watak James Bond

22-9-2021 01:27 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 6650| Komen: 25

Description: Selepas tersebar khabar angin mengatakan pelakon Lashana Lynch akan memegang watak penyiasat Bond wanita pertama, bintang filem James Bond, Daniel Craig meluahkan rasa tidak setujunya.
Selepas tersebar khabar angin mengatakan pelakon Lashana Lynch akan memegang watak penyiasat Bond wanita pertama, bintang filem James Bond, Daniel Craig meluahkan rasa tidak setujunya.


Menurutnya, wanita sepatutnya diberikan peluang lebih baik untuk memegang watak yang dicipta khas untuk dijadikan ikon.


Kredit foto: Business Insider Australia

"Jawapan saya ringkas. Ada watak lain yang lebih baik untuk wanita dan pelakon bukan kulit putih. 

"Kenapa wanita perlu memegang watak James Bond sedangkan boleh dicipta satu watak yang sama hebat dengan James Bond, tetapi untuk wanita?" katanya.


Lynch yang juga bintang filem Captain Marvel bagaimanapun menafikan spekulasi dan khabar angin itu.

"Saya rasa, mereka hanya mencari orang yang sesuai dengan Bond, orang yang dapat bersuara dan kuat untuk mengendalikan diri sendiri dan tak menghiraukan orang lain," katanya.

Penerbit, Barbara Broccoli sebelum ini juga mengesahkan bahawa tidak ada sebarang perancangan untuk mencari pelakon wanita bagi memegang watak James Bond.


Kredit foto: 

"James Bond boleh dilakonkan mana-mana pelakon tak kiralah berkulit putih atau tidak, tetapi dia adalah lelaki.

"Saya percaya, ia akan lebih menyeronokkan sekiranya kami mencipta satu karakter wanita yang kuat. Saya kurang berminat sekiranya pelakon wanita melakonkan watak lelaki sebab saya rasa, wanita ada satu daya tarik yang lebih baik," katanya.


Sumber: Harian Metro

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote sharlenetexas 22-9-2021 01:36 PM
Jamilah Bond.

Quote nakkomenjugak 22-9-2021 02:04 PM
Nora Zain?
Jamsiah Bond?
Quote ellejo 22-9-2021 02:29 PM
entahnya. boleh je create satu watak ikonik utk pempuan.

lara croft tu pempuan.

ot: POC mmg suka hijack karya kulit putih atas dasar revenge whitewashing zaman hollywood golden age.

ot lagi: kulit itam angkat betul black panther tu lalu kutuk white people takde culture. mereka lupa yg create black panther itu adalah kulit putih.
Quote kotakominami 22-9-2021 03:04 PM
JAT...BOND JAT
Quote gideoncross 22-9-2021 03:24 PM
Sbb wtak James Bond mmg utk llaki, sdgkn bila Daniel C ni d pilih jdi James Bond pun ummah Briton bnyk yg x suka sbb characteristics JB dlm novels tinggi, & brambut hitam.
Quote She-Ra 22-9-2021 03:32 PM
si john wick jd james bond pun bolehhhhhhhhh
tapi paling sehsuwai sudeh tentulah org lama si pierce brosnan
tom kurus ke...

ini perempuan dh jd nora zain la hahaa
Quote kucingitam 22-9-2021 03:33 PM

hahahahah...jat bond..
Quote kotakominami 22-9-2021 07:16 PM
kucingitam replied at 22-9-2021 03:33 PM
hahahahah...jat bond..

Bang jat ckp dia ok jer...iye la bile lagi nak dapat Bond dua alam kan...si daniel tu memang takleh ckp ape lah sebab bang jat kire memenuhi kriteria....real life die pon duk cross border, kena buru, diugut bunuh lg....i sapot bang jat jadi Jat Bond
Quote kucingitam 23-9-2021 10:05 AM
kotakominami replied at 22-9-2021 07:16 PM
Bang jat ckp dia ok jer...iye la bile lagi nak dapat Bond dua alam kan...si daniel tu memang takle ...

hhh siap naik keretapi barang lagi kan...
Quote anakmak 28-9-2021 12:34 PM
daniel craig sexy
Quote mbhcsf 30-9-2021 05:45 PM
Edited by mbhcsf at 30-9-2021 05:48 PM

Hmm I want Tom Hiddleston tu jadi Bond...the smart ones...

anyways

tak kisah

sebab  i lebih suka watak Jason Bourne , I mean Bond okay je . biase lah British.
cuma i rasa reaksi Craig tu betul, tak payah lah atas dasar inclusivity samma rata , intipati keadilan tu diumbang ambingkan


i mean Bond is a guy  , so buat ape minah pulak pi ambik and dibayangi acuan elaki pulak, ciptalah watak spy wanita sendiri.

malulah sikit kat Jolie  sebab dia berlakon best ape dalam SALT.

haa tu SALT boleh pun cipta watak wanita spy sendiri...aduhai ...
Quote mat_arof 11-10-2021 02:05 PM
filem terbaru Bond...x best ,,,revieaw pun so so..

ranking filem bond lakonan daniel craig yang terbaik aku

Casino Royale
Skyfall
Quantom of Solace
Spectre
No Time To Die

*pelakon wanita yang berlakon watak madeline swan dalan spectre dan No time to die so annoying...membosankan.. nampak x de chemistry dengan bond..

aku suka watak Vesper lynd dan bond...eva green dan daniel craig nampak chemistry sangat dalam casino royale..tapi sayang watak vesper lynd mati..

harap ada lar nanti di buat Filem kisah hidup Vesper lynd pula..prequel sebelum vesper lynd jumpa bond...
Quote annehuda 12-10-2021 08:50 AM
aku baca artikel asal dalam bi takde pun craig ni ckp die bengang. cuma dia cadangkan, baik create watak baru untuk wanita yg seakan james bond dari jadikan watak james bond tu seorang wanita.  aku rasa aku setuju je sebab james bond ni pun bukanlah contoh idola yang baik sbb die pun suka mempergunakan wanita kot.
Quote brown_pupil 16-11-2021 03:28 PM
apa pun.. aku benci ending Bond dalam no time to die....!

Whyyyyyyyyyyyyyyyy!!!!!!!!!
Quote Radzor 16-11-2021 10:36 PM
Nano bots dlm nerve la utk eradicate people for better world. virus dari bunga yg boleh tersebar dan membunuh melalui sentuha la. last2 mati kena bom askar sendiri. Takleh lawan benda ni. Hidden hand power
Quote bedahmenjuyah 17-11-2021 04:12 PM
annehuda replied at 12-10-2021 08:50 AM
aku baca artikel asal dalam bi takde pun craig ni ckp die bengang. cuma dia cadangkan, baik create w ...

Tajuk nak kena gempak mcm style ponder timbang kati promo barang depa
Quote iolss 22-11-2021 02:42 PM
i sokong loki jd bond .. sesuai yactttt
Quote lurve82 25-11-2021 09:35 AM
brown_pupil replied at 16-11-2021 03:28 PM
apa pun.. aku benci ending Bond dalam no time to die....!

Whyyyyyyyyyyyyyyyy!!!!!!!!!

Best tak?
Quote brown_pupil 25-11-2021 10:14 AM

boleh layan...

this time bond macam tone down sikit.

Lihat semua komen(25)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

25-4-2024 08:01 AM GMT+8 , Processed in 0.080966 second(s), 48 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top