CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Selebriti Filem & Drama Lihat artikel

Ramai Rakyat Malaysia Teringin Nak Masuk Squid Game

22-9-2021 08:46 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 26643| Komen: 198

Description: Squid Game kini bukan hanya menduduki tangga nombor satu senarai Top 10 perkhidmatan penstriman, Netflix bahkan siri popular Korea Selatan itu masih trending dalam Twitter sejak memulakan tayangan 17 ...
Squid Game kini bukan hanya menduduki tangga nombor satu senarai Top 10 perkhidmatan penstriman, Netflix bahkan siri popular Korea Selatan itu masih trending dalam Twitter sejak memulakan tayangan 17 September lalu.


Biarpun menyedari siri berkenaan sekadar fiksyen, ramai rakyat Malaysia yang menawarkan diri secara sukarela untuk menyertai pertandingan yang meragut nyawa tersebut andai permainan itu benar-benar wujud.

Terbawa-bawa dengan perjudian maut siri berkenaan ke dalam kehidupan realiti, ciap seorang netizen dalam Twitter: “Sembang nak masuk Squid Game, lepas peperiksaan Matematik Tambahan pun koyak.”


Foto: Netflix

Beberapa pengguna Twitter lain menciap: “Bagus (doh) Squid Game ini nanti aku nak masuk acara tarik tali.


“Siapa nak join saya masuk Squid Game. Duit berkepuk-kepuk sia masuk.”

Di sebalik ulasan positif dengan markah tinggi terhadap siri arahan sutradara, Hwang Dong-hyuk itu, tidak kurang, ramai yang mempersoalkan penamat atau pengakhirannya yang sedikit mengecewakan.

“Pengakhiran Squid Game sangat menyakitkan hati. Produksi boleh sahaja tamatkan untuk satu musim tapi saya rasa apa yang saya dapat daripada siri ini adalah watak utamanya seorang bapa yang teruk,” ciap seorang netizen.

“Squid Game patut diakhiri dengan penamat yang lebih bagus tapi entahlah. Perlahan sedikit kena banyak ‘skip skip’ (lompat dari satu babak ke satu babak lain),” ciap seorang netizen lain.

Squid Game yang dibintangi pelakon handalan Korea Selatan seperti Lee Jung-jae, Park Hae-soo, Jung Ho-yeon, Lee Byung-hun dan Gong Yoo menceritakan tentang 456 peserta dengan  masalah hidup tersendiri direkrut dalam satu siri permainan kanak-kanak yang meragut nyawa.

Antara permasalahan yang dihadapi peserta termasuklah hutang keliling pinggang, menjadi pelarian, mencari rezeki di negara orang dan permasalahan mental.

Hadiah kemenangan keluar hidup-hidup daripada pertandingan tersebut adalah wang tunai lumayan berjumlah 45.6 bilion won (RM161 juta). -CARI

Sumber: Kosmo

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote kucingitam 22-9-2021 08:56 AM
cuma nampak mata satu di situ...sekian..
Quote KamikuP 22-9-2021 09:17 AM
OO ingatkan simbol yg ada kat konsol playsatation tu
Quote Mini.Me 22-9-2021 09:50 AM
Even aku kipas susah mati lee jungjae, tapi masih tak dapat nak habiskan lagi cerita ni...4hari dah drag hmm
Quote nakkomenjugak 22-9-2021 09:56 AM
Best ke cerita ni?
Member kata best
Ahh dia pape pasal korea best
Nak dibandingkan dengan cerita megah holding ala2 marhaen dapat anak2 arwah nasa

Kalau okay, iol nak tengok nanti
Quote Ciktiekus 22-9-2021 10:05 AM
Ok la klo hidup dpt jota2..drpd battle royale hidop pn xdapat pape..{:smile
Quote meteorspeed 22-9-2021 10:10 AM
nakkomenjugak replied at 22-9-2021 09:56 AM
Best ke cerita ni?
Member kata best
Ahh dia pape pasal korea best

Tue la.. Kejap jer ker episode nyer.. Iols pun tak tgk lagi
Quote kechikchomel 22-9-2021 10:26 AM
iolss baru tgk sampai ep 3. tu pun half je baru


adik iolss tengok spoiler kat tiktok
Quote deathacker 22-9-2021 10:35 AM
Cita ni lbh krg mcm cita Alice in Borderlane yg Jepun punya tu. Jln cerita lbh krg sama je.
Game yg pertaruhkan nyawa demi hadiah wang berjuta2.
Even kwn baik sndri pun,ko akan khianat utk menang.
Quote kalchi 22-9-2021 10:39 AM
deathacker replied at 22-9-2021 10:35 AM
Cita ni lbh krg mcm cita Alice in Borderlane yg Jepun punya tu. Jln cerita lbh krg sama je.
Game yg ...

Konsep sama tp Alice lg bes
Quote cmf_premierleag 22-9-2021 10:42 AM
ms mula2 tgk citer ni mcm seram je sbb costume pink tu tak nmpk muka
Quote azimodin 22-9-2021 10:43 AM
Citer ni pace dia lembap & sangat predictable. Awal2 iouls dah agak dah siapa dalang & siapa yg ular dalam selimut sebab banyak sangat tengok citer jenis camni - saw, circle, liar game. Baik tengok filem korea yg Death Bell tu, 2 jam dah habis. Drama siam Girl From Nowhere lagi syok layan
Quote Fly_over 22-9-2021 10:45 AM
iols tgk cite ni sbb hero tu. dia blakon cite apa pun mmg best. ala2 liam neeson versi korea.
Quote Fly_over 22-9-2021 10:48 AM
Edited by Fly_over at 22-9-2021 10:50 AM
Mini.Me replied at 22-9-2021 09:50 AM
Even aku kipas susah mati lee jungjae, tapi masih tak dapat nak habiskan lagi cerita ni...4hari dah  ...


yey jumpa geng kipas mati jung jae.. iols tgk cite ni dlm 1 hari semua eps. smpi pukul 1am. dgn tok laki. hahaha.
Quote Mini.Me 22-9-2021 11:03 AM
Fly_over replied at 22-9-2021 10:48 AM
yey jumpa geng kipas mati jung jae.. iols tgk cite ni dlm 1 hari semua eps. smpi pukul 1am. dgn  ...

Yezza i suka giler jungjae even heols tak sehensem bff nya...most of his movies drama i tengok da...tapi squid game ni taktau nape byk kali i terlelap smbil tengok...9eps je pon puas nak abiskan huhuu...sbb draggy sikit kot...masa main game je yg best
Quote Fly_over 22-9-2021 11:18 AM
Mini.Me replied at 22-9-2021 11:03 AM
Yezza i suka giler jungjae even heols tak sehensem bff nya...most of his movies drama i tengok da. ...

iols ni xsuka layan drama berepisod sebenarnya. addicted nak melayan. sbb tu iols boleh abeskan 9eps 1 hari. sbb xboleh nk sabo tgk sambungan dia tu. hahaha.. haah helok sgt dua2 tu. iols suka ketinggian jung jae. hehehe
Quote kotakominami 22-9-2021 11:36 AM
Tak penah tengok..macam battle royal ke macam liar games.
Quote lifeline 22-9-2021 11:38 AM
2 hari aku spend nk habiskan 1 episode
tidak mampu ye
x seronok bagi entah la ke sbb aku x minat korea

tp dia punya hype sana sini duk bercerita pasal movie ni
Quote mamaneesa 22-9-2021 11:39 AM
bg aku best citer ni, cuma episod last2 time dia jmpa pakcik tua tu je mcm selow...
aku paling bengang dgn mamat yg khianat ali tu, huhu...
Quote hyie 22-9-2021 12:06 PM
perasan jugak ada orang post kat ig, pastu trending kat twitter...am gonna watch this layyy-errrrr

Lihat semua komen(198)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

20-4-2024 03:47 AM GMT+8 , Processed in 0.052541 second(s), 48 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top