CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

9 Maut 20 Cedera Gaduh Isu Tanah Dalam Mahkamah

22-9-2021 02:33 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 2211| Komen: 1

Description: Sembilan terbunuh dan 20 lain cedera dalam tembakan antara dua kumpulan ketika menghadiri sesi Jirga (majlis komuniti) dalam mahkamah puak tempatan di daerah Upper Dir barat laut Pakistan pada Isnin.
Sembilan terbunuh dan 20 lain cedera dalam tembakan antara dua kumpulan ketika menghadiri sesi Jirga (majlis komuniti) dalam mahkamah puak tempatan di daerah Upper Dir barat laut Pakistan pada Isnin.


Kejadian berlaku ketika kumpulan itu berkumpul untuk menyelesaikan perselisihan faham mengenai jalan raya yang akan dibina di atas sebidang tanah, kata Laal Bahadar, pegawai polis di Barawal kepada Xinhua.


Gambar hiasan

“Semasa perbicaraan berlangsung, perbincangan semakin sengit antara kedua-dua kumpulan

“Keadaan tegang dan masing-masing mula memegang senjata dan melepaskan tembakan,” katanya.

Polis bergegas ke lokasi berikutan kejadian dan dalangnya masih dikenal pasti.

Lima daripada mereka yang cedera dilaporkan kritikal.

Polis mendakwa, penduduk di dua perkampungan itu, Sher Jan Kalay dan Sago Kalay, telah lama mempertikaikan pemilikan tanah berkenaan.


Pertikaian itu meletus setelah beberapa penduduk kampung saling bertengkar.


Sumber: MalaysiaGazette

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote nakkomenjugak 23-9-2021 01:31 AM
Fuhhhhh bukan main2 bersidang kat sana

Lihat semua komen(1)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

27-4-2024 06:33 AM GMT+8 , Processed in 0.041482 second(s), 30 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top