CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Pendakwah Alami Gejala, Tapi Tak Nak Jalani Ujian Saringan Covid-19

14-7-2021 09:44 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 4370| Komen: 27

Description: Jakarta: Pendakwah terkenal Indonesia, Ustaz Abdul Somad (UAS) mendedahkan pernah mengalami gejala Covid-19 tetapi tidak menjalani sebarang ujian saringan.
Jakarta: Pendakwah terkenal Indonesia, Ustaz Abdul Somad (UAS) mendedahkan pernah mengalami gejala Covid-19 tetapi tidak menjalani sebarang ujian saringan.

Ia dilaporkan media tempatan negara itu termasuk CNN Indonesia.

Menurut UAS, apabila ada yang bertanya sama ada dia pernah dijangkiti Covid-19, dia tidak tahu mengenainya tetapi mengakui pernah mengalami gejala.

Foto: Sintoknews

Kata UAS, pada masa itu, dia kehilangan deria bau, sakit badan dan kepala selepas pulang dari luar bandar baru-baru ini.

"Saya tidak boleh bau durian, tulang-tulang dalam badan seperti mahu patah dan kepala saya seperti dihempap batu berat.

"Namun, saya tidak pernah pergi ke hospital untuk menjalani ujian saringan kerana bagi saya, sakit Covid-19 bukan satu hukuman. Setiap yang hidup pasti akan mati, jadi saya jalani hidup apa adanya," katanya.

UAS pernah mencetuskan kontroversi apabila mengecam tindakan kerajaan Indonesia menutup masjid di kawasan yang dikenakan perintah berkurung dan mengatakan agama dijadikan kambing hitam dalam perang melawan pandemik Covid-19. -CARI

Sumber: Harian Metro

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote salmon-suki 14-7-2021 09:48 AM
Ai xboleh dgn dia ni.. penunggang agama..
Quote batmana 14-7-2021 09:52 AM
Sib baik kt sna...klu masih disini jadi kluster plak
Quote ElizabedahTan 14-7-2021 09:53 AM
Buleh join Blastoff dan sekufunye.
Quote Suchi 14-7-2021 09:57 AM
Agamawang kat malaysia pun ada je yg mcm tak caya covid ni siap ckp zaman nabi mana ada solat jarak2 bagai ni.
Quote Megikari 14-7-2021 10:06 AM
Kalau dia kena kanser agaknya dia gi hospital tak ek? Ke, akan jalani hidup seadanya je?
Quote adeqbun 14-7-2021 10:29 AM
euwww alasan...
Quote prettyuglybabe 14-7-2021 10:34 AM
covid kan tak real..
buat apa gi hospital..
doa je la kat tuhan
Quote naina 14-7-2021 10:35 AM
Suchi replied at 14-7-2021 09:57 AM
Agamawang kat malaysia pun ada je yg mcm tak caya covid ni siap ckp zaman nabi mana ada solat jarak2 ...

Haha.asben iols pon tak suka solat jarak ni. Jadi dia memang takkan pergi masjid kalau solat cmni.
Quote Tinot7 14-7-2021 10:47 AM
Masa dia alami gejala, dia kuarantin ke dak?
Quote nakkomenjugak 14-7-2021 10:50 AM
yelaaa... kalau accident, hidup laa dengan tulang patah2 tu. mentang2 benda tak nampak....
Quote sarahmirza 14-7-2021 10:52 AM
Iyelah ustaz....doa aje la kat Tuhan..
Tak payah berusaha sebab semua org akan mati jua...
Tapi kalau sakit ko tu memudaratkan orang sekeliling...ko mati dalam keadaan mudaratkan org macam mana?

Quote alieyrina 14-7-2021 11:36 AM
Depa punya ceramah..bukan dia ni. Ustad lain. Mcm forum perdana kau.. himpit ramai2 x pakai mask..mcm takdak apalahh, duk mengata kat covid

Lani baru nak gelabah terpaling kat dunia. Kut x rasa apa lagi x tau lahh
Quote Decaffeinated 14-7-2021 03:34 PM
Aku macam nak setuju dgn ostad ni. Siapa kita nak halang orang yang redha nak mati? Cuma satu ja dia kena declare lah 'I can't smell durian' so that others boleh main jauh2.
Quote Nham22 14-7-2021 03:42 PM
Die kuarantin kan diri kene lame sikitla... Kalau dh tau ade symptoms.... Xbole keluar ke mane2x...
Quote renko 14-7-2021 04:57 PM
Megikari replied at 14-7-2021 10:06 AM
Kalau dia kena kanser agaknya dia gi hospital tak ek? Ke, akan jalani hidup seadanya je?

Kalau dia mati pucuk je baru menggelupur
Quote azurro 14-7-2021 05:13 PM
Inilah yang dinamakan 'keberkatan' hidup rajin berdakwah, Allah jaga dia..
Quote msxx 14-7-2021 07:17 PM
Ride la slagi blh tonggang.. dia ni mak aku la salah sorang pentaksubnya
Quote b^lady 15-7-2021 08:50 AM
Mentaliti sebahagian bsr indonesian...so sad..
Quote mamajawie 15-7-2021 12:11 PM
iollss x suka dia ni..dulu minat tapi bila dia ceraikan bini dia sebab nak kawen ngan cikki muda trus turn off..dasar penonggeng agama

Lihat semua komen(27)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

27-4-2024 07:32 AM GMT+8 , Processed in 0.165779 second(s), 48 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top