CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Fokus Lihat artikel

Dengar Gadis Menangis Tepi Highway, Sekali Dia Munculkan Diri!

13-7-2021 08:20 PM| Diterbitkan: Cari-Azza| Dilihat: 6698| Komen: 30|Original author: Oleh: Cari-Azza

Description: Seram juga apabila dapat melihat dengan jelas seorang gadis sedang menangis di tepi lebuh raya pada awal pagi.



"2.20am, ada gadis menangis."

Seram juga apabila dapat melihat dengan jelas seorang gadis sedang menangis di tepi lebuh raya pada awal pagi.

Itu yang terpaksa dihadapi penunggang motosikal, Jaysee yang menceritakannya di platform Tik Tok. Dari Cyberjaya menuju ke selatan, dia berhenti seketika di lebuhraya Utara-Selatan (PLUS) untuk meminum air, lalu terdengar bunyi tangisan perempuan.

Setelah mencari-cari dan membesarkan imej, ternyata ada seorang gadis di dalam kebun sawit.



Foto :Tik Tok

Menurut portal mStar, Jaysee sebenarnya tidaklah seberani seperti yang dipaparkan di video, namun disebabkan dia yakin benda itu tidak akan menghampirinya kerana dia berdiri di kawasan terang, jadi dia meneruskan rakamannya.

"Selepas rekod, saya terus pecut motor. Tak pandang kiri kanan dah. Tengok lurus je ke depan. Dalam hati, tawakal, moga motor saya tak buat hal. Mujur takda apa-apa."


Foto :Tik Tok

Dalam video kedua pula, Jaysee turut menjelaskan perkara yang terjadi sebelum insiden di lebuh raya tersebut iaitu dia menghantar barang kepada rakannya.

Namun, disebabkan rakannya tidak mengangkat telefon dan lokasi yang diberikan oleh rakannya pula adalah kawasan perkuburan, maka setelah lama menunggu, dia membatalkan pertemuan tersebut.



Foto :TT

Anda mempunyai pengalaman hampir serupa? Kongsikan bersama kami. - CARI

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote doubleharmonic 13-7-2021 08:40 PM
[ig]https://www.instagram.com/p/CRGNOhihWsw/[/ig]
Quote doubleharmonic 13-7-2021 08:40 PM
[ig]https://www.instagram.com/p/CRI3qRmhn_j/[/ig]
Quote None68 13-7-2021 09:00 PM
Nak seram ke tak ni..
Quote sarah82 13-7-2021 09:04 PM
Mslhnya aku x nampak apa.
Quote gideoncross 13-7-2021 09:05 PM
X jelas posting mamat ni.
Quote SalenaGomez 13-7-2021 09:07 PM
Kelaka n comel pulak video yg kedua tu…tp betul ke kawan dia yg hantar location tu…lain mcm hantu zaman IT ni…huhuhuh…SG dulu penah kena jugak tahun 2018 kot..pegi PD malam2 nak makan tomyam…skali waze hantar kat kubur…puas pusing area tu mmg xde kedai tomyam…ingat ada laa kedai tomyam kena tutup ke or  tutup sbb off ke, tp memang xde langsung penampakan kedai ye…
Quote haifawehbe 13-7-2021 09:10 PM
ni sebelum ke semasa pkp?
Quote doubleharmonic 13-7-2021 09:11 PM
Quote doubleharmonic 13-7-2021 09:15 PM
[ig]https://www.instagram.com/p/BwkfWCIl6pB/[/ig]
Quote Skuau 13-7-2021 09:26 PM
Itu...puteri buloh betong...ke...puteri buloh kasap???
Quote ChildrenOfBodom 13-7-2021 10:13 PM
Acah2 buat lawak kat benda2 yg kebanyakan orang rasa seram kunun2 berani aar cool aar, poyo sial. Hang sorang ja laa nampak kami tak nampak apa satu pon...sapa pon boleh claim ada hantu segala , pastu rakam bideo kelam tak nampak apa
Quote Belibis 13-7-2021 11:08 PM
sarah82 replied at 13-7-2021 09:04 PM
Mslhnya aku x nampak apa.

Tu la pasal..seram kat tajuk jer..tgok bdeo terus fail..cuba lagi .
Quote Belibis 13-7-2021 11:10 PM
Skuau replied at 13-7-2021 09:26 PM
Itu...puteri buloh betong...ke...puteri buloh kasap???

A ahh..kalau hantu dia jerit ' help..help'..masdo
Quote nakkomenjugak 13-7-2021 11:18 PM
ada laa nampak sipi2... boleh la.
Quote sarah82 13-7-2021 11:56 PM
Belibis replied at 13-7-2021 11:08 PM
Tu la pasal..seram kat tajuk jer..tgok bdeo terus fail..cuba lagi .

Aku tgk byk kali.. Tak nampak apa pun.
Quote Ferr_Remy 14-7-2021 02:14 AM
Sore die sedap... Tp kdg2 ade iras sore suerobert ponen veterem dlm tiktok tu hahahaha.
Quote Tinot7 14-7-2021 08:31 AM
Mana dia tau pompan? Ntah2 laki?
Quote uda 14-7-2021 10:51 AM
sarah82 replied at 13-7-2021 11:56 PM
Aku tgk byk kali.. Tak nampak apa pun.

I ingat I sorang.
Quote kucingitam 14-7-2021 10:52 AM
ada je tu ha..boleh nampak..

Lihat semua komen(30)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

24-4-2024 11:18 AM GMT+8 , Processed in 0.276574 second(s), 48 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top