CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Dayang Dah Bercinta? Bakal Dedahkan Kekasih

14-7-2021 09:55 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 13623| Komen: 54

Description: "Dayang dah bercinta? Untunglah siapa menjadi kekasih Dayang."
"Dayang dah bercinta? Untunglah siapa menjadi kekasih Dayang."

Itu antara komen dan persoalan warganet susulan hantaran tangkap layar mesej di aplikasi WhatsApp yang dimuat naik penyanyi terkenal Dayang Nurfaizah, semalam.


Menerusi perkongsian itu memaparkan mesej romantis daripada individu yang memanggil Dayang dengan 'Sayang'.

Foto: IG

Biarpun gambar profil pengirim mesej ditutup dengan emoji, apa yang membuatkan peminat berasa ingin tahu adalah nama pengirim turut menggunakan simbol hati.

"Sampai masa saya kongsi pada semua," kata Dayang ringkas.



Tindakan Dayang memuat naik hantaran itu turut membuatkan segelintir pihak tertanya-tanya kerana penyanyi lagu Di Pintu Syurga itu cukup dikenali dengan sikapnya yang tidak terlalu bercerita soal peribadi.

Ada juga beranggapan mungkin sudah tiba waktu Dayang berkongsi khabar gembira kepada peminat. 



Dayang sebelum ini pernah dikaitkan dengan beberapa artis lelaki antaranya Anuar Zain dan Hael Husaini.

Malah, hubungan akrab Dayang dan Hael juga turut menjadi perhatian warganet sehingga ramai menjangka mereka bakal bertunang.




Hantaran dikongsikan Dayang itu mendapat lebih 16,000 tanda suka dan lebih 400 komen. Bukan saja dalam kalangan peminat, tapi juga teman rapat dan rakan artis yang kebanyakannya tidak sabar mengetahui siapakah individu misteri di sebalik mesej 'Sayang apa khabar' itu. -CARI

Sumber: Harian Metro

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote exclusive_vvip 14-7-2021 10:05 AM
nak promote lagu baru kot? takkan lah dia excited smpi gedik nak tunjuk wassap..selama ni dia jenis relax je rasanya..
Quote aammyy 14-7-2021 10:12 AM
exclusive_vvip replied at 14-7-2021 10:05 AM
nak promote lagu baru kot? takkan lah dia excited smpi gedik nak tunjuk wassap..selama ni dia jenis  ...

And also the conversation tak pernah ada sblm ni. So kekasih dia baru install whatsapp ke?
Quote kelapaparut 14-7-2021 10:16 AM
dayang ni kalu pi europe, comform laku dgn kulit tanned dia tu, mmg taste2 prince harry gitu
Quote makneng 14-7-2021 10:25 AM
So kapal yg dilayari bersama2 kelempuk haelina dah karam ke dasar laut chenta?
Quote ElizabedahTan 14-7-2021 10:34 AM
siapaaaaa tu
Quote navyna 14-7-2021 10:35 AM
Lagu baru “apa khabar” mungkin
Quote melinda_kerr 14-7-2021 10:36 AM
Jgnla si misai tu….
Quote Tinot7 14-7-2021 10:40 AM
Lagu baru yachh?
Quote scrocth 14-7-2021 10:41 AM
Modus operandi sama dgn bella masa buat lagu pematah hati tu. Igtkan betul2 couple dgn aedy, rupanya gimik jarh
Quote putu 14-7-2021 10:47 AM
Skema nya soalan apa khabar..hihi
Quote ladyzens 14-7-2021 10:48 AM
pernah digosipkan dgn anuar zain dan hael husaini..
hahaha tergelak baca
Quote nakkomenjugak 14-7-2021 10:55 AM
ahhh pomot je ni... orang jenis chill tetiba buang tebiat tunjuk convo, ada ler tu
Quote Zirara99 14-7-2021 11:18 AM
Ke ntah ntah typo. D dgn S kan sebelah je. Btw body dia cantik sangat. Mcm supermodel dgn warna kulit apa semua. Love laa.
Quote imanjannah 14-7-2021 11:18 AM
suka sgt dayang ni
Quote alieyrina 14-7-2021 11:27 AM
Dayang bukan jenis mcm ni..so
Quote bakingsoda 14-7-2021 11:40 AM
mungkin remake lagu sayang apa kabar denganmu cobalah kamu telfon diriku
Quote Ritacomels 14-7-2021 12:26 PM
Dah 40 dah pun, cam geli je if saja2 nk tunjuk conversation wasap, ni mesti lagu baru nk kuar ni
Quote kiahbosan 14-7-2021 01:22 PM
Lagu baru Sayang apa Khabar atau Apa Khabar Sayang..hiihh!!!
Quote bedahmenjuyah 14-7-2021 01:40 PM
Mcm tak kena plak kalau share benda personal mcm ni. Dayang kan pvt. Plus bf tanya apa khabar hahahaha lawak weh

Lihat semua komen(54)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

24-4-2024 08:46 AM GMT+8 , Processed in 0.153925 second(s), 48 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top