CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Dua Mati: Hapus Subjek Tak Penting, Universiti Digesa Kurangkan Beban Mahasiswa

12-7-2021 10:34 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 6236| Komen: 65

Description: Kesatuan Mahasiswa Universiti Malaya (KMUM) menggesa pihak universiti mengurangkan beban kerja mahasiswa dan memandang serius isu kesihatan mental membabitkan mereka yang kini menjalani kelas dalam ta ...
Kesatuan Mahasiswa Universiti Malaya (KMUM) menggesa pihak universiti mengurangkan beban kerja mahasiswa dan memandang serius isu kesihatan mental membabitkan mereka yang kini menjalani kelas dalam talian.


Ini katanya berikutan kematian dua mahasiswa universiti tempatan kerana dipercayai menghadapi tekanan akibat lambakan tugas, ujian dan peperiksaan yang terlalu berat.


Foto: Malaysiakini

"Pembelajaran atas talian yang telah dijalankan selama hampir dua tahun ini memberikan impak yang sangat membimbangkan terhadap kesihatan mental mahasiswa.

"Kesatuan berpandangan bahawa pihak pihak yang berkaitan perlu untuk tidak menidakkan suara mahasiswa yang mengutarakan isu ini. Mahasiswa berhak untuk menyuarakan isu yang kini melibatkan nyawa mereka sendiri," katanya dalam satu kenyataan semalam.



KMUM berkata, walaupun universiti mempunyai autonomi dalam membuat keputusan berkenaan tugasan, ujian, peperiksaan dan hal ehwal akademik, pihak Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) sebagai pihak yang lebih berautoriti seharusnya campur tangan dalam isu itu.

"Mendiamkan isu ini bermakna nyawa mahasiswa tidak dipedulikan," tegas mereka.

Sementara itu, Gerakan Mahasiswa Demokratik (GMD) dan Parti Ikatan Demokratik (Muda) juga menggesa Kementerian Pendidikan Tinggi serta institusi pengajian tinggi mengambil langkah meningkatkan kesihatan mental di kalangan pelajar.

Hapus subjek tak penting

Mereka mencadangkan bebanan kerja mahasiswa diminimumkan serta tiada tugasan atau ujian diberikan di saat akhir, selain masa rehat selama seminggu diberikan selepas setiap empat minggu.

"Tiada ujian, kuiz atau tarikh akhir penghantaran tugasan dalam minggu tersebut," kata kumpulan itu dalam satu kenyataan bersama yang dikeluarkan ketua penerangan GMD, Affan Nassruddin dan Pengarah Libat Urus & Mobilisasi Muda, Dr Mathen Nair.

Selain itu, mereka juga meminta tarikh akhir penghantaran tugasan dilanjutkan supaya pelajar mempunyai masa yang cukup untuk menyiapkannya tanpa tekanan berlebihan.

Katanya, subjek yang tidak penting juga perlu dihapuskan agar pelajar dapat fokus kepada subjek penting yang memberi impak kepada kebolehpasaran pelajar setelah bergraduasi.

"Mengambil kira situasi pandemik yang semakin kritikal melanda negara kita, pelajar tidak seharusnya diharapkan untuk meneruskan pembelajaran seperti tiada apa-apa yang berlaku di sekeliling mereka," katanya.

Terdahulu, media melaporkan seorang mahasiswa jurusan pentadbiran perniagaan dari sebuah universiti awam meninggal dunia di Hospital Sultan Abdul Halim, Kedah pada petang Jumaat yang lalu.

Mahasiswa berusia 22 tahun itu dilaporkan mengadu sakit kepala yang teruk dan muntah sebelum pengsan di sebuah rumah yang dihuni bersama seorang rakannya.

Seorang pelajar Diploma Kejuruteraan Awam dari kampus UiTM Jengka juga meninggal dunia di Hospital Sultanah Nur Zahirah, Terengganu, pada Sabtu lalu setelah dilapor mengalami kecederaan di bahagian belakang dan atas kepalanya hingga berlaku pendarahan dalaman. -CARI

Sumber: Malaysiakini

Bagus

Marah

Terkejut
1

Sedih

Lawak

Bosan

Friends Rank (1 people)

  • Sedih

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote KIM.K 12-7-2021 10:45 AM
Tak sangka belajar pdpr ni susah betul
Quote CardiGans85 12-7-2021 10:46 AM
High Blood Pressure la kot..Dulu zaman pre covid pun stress lg la ni PDPR.
Quote makneng 12-7-2021 11:00 AM
Contoh subject x penting noks?
Quote wirazam 12-7-2021 11:04 AM
makneng replied at 12-7-2021 11:00 AM
Contoh subject x penting noks?

Ko-k kot..ko-K boleh diganti dgn kelab/persatuan/sukan yg pelajar join....tak perlu nak wajibkan jadi kurikulum..
Pastu TITAS kot..
Quote kotakominami 12-7-2021 11:26 AM
Banyak subjek kt uni tk boleh apply pon bila kije.lastnye belajar ngan abg technician kt tempat kije 3 bulan mcm dpt ilmu 4 taun kt uni.....buang je lah subjek yg tak penting tu....kita yg kerja buat meeting zoom pon blur2..inikan pulak budak belajar..memang tak masuk....
Quote pxlbb 12-7-2021 11:27 AM
Pastu employers merempan sbb graduate manja sgt tak tahan stress. Sorry ye but sebelum pandemic pun ada je kes bunuh diri gantung dlm bilik asrama sbb stress. Minta maaf la kalau bahasa kasar but higher education is not for everybody. Dan tak semestinya takde degree tu x boleh berjaya dlm kehidupan.
Quote slyfynx 12-7-2021 11:43 AM
Mase aku kt Uxx dulu pun ade kes bunuh diri, gantung dalam almari seingat aku.
Lama dah la tapi.
Nk tulis nama U, tp nnt kene saman lak sbb kes2 camni dulu mmg disenyapkan
Quote msdummy.2018 12-7-2021 11:49 AM
Aku cuma nk ckp..kalo u pun xmampu..apatah lagi di alam pekerjaan..is even worst...so adik2 njoy waktu belajar..bukan waktu nk stress....kalo ko dh kerja esok mcm2 benda nk pk blum ckp pasal duit, kpi lagi, nk hdp member hansuang
Quote lyshafull 12-7-2021 12:03 PM
Sometime masa muda kne blaja kawal emosi sedih gak la menggal sbb stress blaja x hadapi lgi dunia luar mcm mna .. life has so much to offer ye adik2 iolss taw semua bersaing nk good pointer but blaja dulu kawal emosi .. its okay ade pointers yg biasa2
Quote Tunan 12-7-2021 12:11 PM
susah nak cakap la.. kesian diorg

dulu masa kita stress belajar.. boleh gak pg jalan2 bilik kawan.. lepas tu makan kat cafe.. gelak2
pastu pg library sambung study..

hilangla kejap stress tu..  
yg tak elok tu study last min penah gak buat sampai tak tidur.. mmg tak elokla ..
Quote ekselen 12-7-2021 12:25 PM
Pelik jgk coz masa i bljr dulu xde kedengaran kes2 meninggal sbb stress belajo ni...course2 yg diambil pun bknlah yg kritikal and tahap diploma ja...i guess maybe dia push diri dia out of limit kot.. ntah lah, maybe kena buat teknik belajar yg betul, cukup mkn, cukup tido...jgn terlalu push otak sgt... Kdg2 otak, bdn pun kena rehat... Apa2 pun adik2 kt luar tu amikla nasihat senior2, belajar tu belajar jgk tp kena sometimes ada masa utk aktiviti lain dan diri sendiri...just enjoy to be a student while studying... Jgn stress2 sgt...dan jgn pikir gagal sekali tu akan gagal selamanya... Semoga adik ni ditempatkan bersama para solihin...
Quote nakkomenjugak 12-7-2021 12:40 PM
aku pun terpaksa stop study sebab tak boleh keep up dengan stress, memandangkan aku ni pun senang dapat migrain. tapi alhamdulillah laa... asalkan ada kerja.
Quote monreyes 12-7-2021 12:55 PM
dpd blajar mende bodoh tu baik blajar presentation skills..buat slide lawo2..
dlm ramai2 kontrak staff kat tmpt aku..yg ada skill tu la yg dpt serap jadi permanent...
Quote anony-mous 12-7-2021 12:58 PM
msdummy.2018 replied at 12-7-2021 11:49 AM
Aku cuma nk ckp..kalo u pun xmampu..apatah lagi di alam pekerjaan..is even worst...so adik2 njoy wak ...

Zmn keje lg kejam noks. Yg gantung diri tu, i simpati, tp rasanya its about time. If dia habiskan belajar, dia akn gantung diri jugak bila masuk alam kerja. Zmn belajar, ko sekadar lulus pon x apa dah, zmn kerja, no such thing is bare minimum. Xboleh tido masa tgh kerja, rasa xnk pergi keje, kena pergi jugak. Belum lg wfh. Lg stress
Quote Zirara99 12-7-2021 01:01 PM
Banyak wei subject tk penting hahaha. Malas nak list. Diploma aku uni lain. Degree uni lain. Banyak bethol subject sampah kena hadap
Quote Thunderclouds 12-7-2021 01:22 PM
slyfynx replied at 12-7-2021 11:43 AM
Mase aku kt Uxx dulu pun ade kes bunuh diri, gantung dalam almari seingat aku.
Lama dah la tapi.
N ...

Eh. Same la nok! Tp budak batch i tu lari towards jalan sibuk. Kne lggar. Tp cedera je la. Patah2. Lg sorg batch i jgk tp xdan buat mak pak dia cepat take action anta terapi sbb kwn2 report dia dh manic. Budak straight As stressed nk dpt 4.0 every sem. both Muslim yach
Quote Decaffeinated 12-7-2021 01:25 PM
tadi aku ada tanya siapa yang dua mati tu but where's my post?

sah ada 2 thread.

Quote Thunderclouds 12-7-2021 01:28 PM
Tunan replied at 12-7-2021 12:11 PM
susah nak cakap la.. kesian diorg

dulu masa kita stress belajar.. boleh gak pg jalan2 bilik kawan ...

Kan? P tgk wayang,p main bowling. Kalo xde duit lgsg nk kluar mane2 pinjam cd cetak rompak member2 tgk movie je dlm bilik. Blakang kolej I dlu swimming pool,kdg2 ikut geng rotu p swimming. Eh..mmg bz ngn xde mase sunyi lah. Sian students time covid nih
Quote wirazam 12-7-2021 01:29 PM
pxlbb replied at 12-7-2021 11:27 AM
Pastu employers merempan sbb graduate manja sgt tak tahan stress. Sorry ye but sebelum pandemic pun  ...

Rasanya ada prof bgtau yg Malaysia nih too many ipt..patutnya kena bykkan politeknik dan kolej komuniti yg ajar hands on utk living..mcm skills buat jahit baju..masak..gunting rambut ..servis aircond..servis kereta motor..baiki paip..jubin bumbung...juruelektrik yg buat piping etc..buat/bina rumah...sektor pertanian, perikanan etc etc barulah Kita tak bergantung kat tenaga asing sgt

Lihat semua komen(65)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

27-4-2024 02:54 AM GMT+8 , Processed in 0.056678 second(s), 48 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top