CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Isteri Paling Kedekut- Suami Kena Bayar Kalau Terlebih Makan

12-7-2021 10:25 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 3455| Komen: 21

Description: New York: Seorang isteri sanggup meminta bayaran tambahan jika suaminya makan berlebihan.
New York: Seorang isteri sanggup meminta bayaran tambahan jika suaminya makan berlebihan.

Itu sikap kedekut melampau seorang wanita demi memastikan wang simpanan mereka tidak terjejas.


Malah, Becky Guiles, 41, tidak kisah menggunakan salji untuk menggosok gigi.


Foto: Freakin Cheap

"Saya sentiasa hidup dan berjimat," katanya yang tinggal bersama suami Jay, 39, serta dua anak lelaki George dan Colden.

Dia berkata, sebaik melahirkan George, dia meninggalkan perniagaan yang dijalankan kerana mahu membesarkan anak.

Jadi dia mempunyai falsafah iaitu menyimpan wang adalah sama penting seperti mencari wang.


Becky menggelarkan dirinya sebagai 'ibu paling jimat di Amerika Syarikat' dan pernah menjana pendapatan AS$35,000 (RM166,677) setahun sebelum ini dengan menawarkan khidmat melatih anjing.

Pada tahun pertama, dia mengurangkan banyak perbelanjaan untuk menampung pengurangan pendapatan.

Dia juga turut membaiki sendiri peralatan rumah seperti lampu, meja dan menggunakan surat khabar terpakai sebagai bahan kalis bunyi.

Segala ubah suai di rumahnya juga dibuat sendiri tanpa mengupah kontraktor.

Malah, salji yang diambil di halaman rumah juga digunakan untuk mencuci.

"Air daripada sinki juga meningkatkan kos jadi saya ambil salji di luar rumah untuk digunakan.

"Anda boleh ambil apa saja di dunia ini dengan anggaran 80 hingga 90 peratus untuk digunakan, malah ada yang boleh digunakan percuma," katanya.

Suaminya, Jay juga akan dikenakan bayaran jika memakan makanan lebih daripada yang sepatutnya. -CARI

Sumber: Harian Metro

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote orkidorkido 12-7-2021 10:49 AM
Astaga ….
Quote CardiGans85 12-7-2021 10:56 AM
Air salji tu aku ok lagi..tp kalau laki sendiri kena caj sbb makan extra, cheapskate oooi
Quote Tinot7 12-7-2021 11:02 AM
Nak suruh suami diet le tuhh
Quote Supersirap 12-7-2021 11:15 AM
Macam-macam hal mereka ini
Quote ellejo 12-7-2021 11:42 AM
air salji tu kotor la. air salji kat hutan dan gunung yg tak kotor. dahla kedekut, pengotor pulak tu.

mesti deyols takpernah gi bercuti kan?
Quote ninja9 12-7-2021 11:56 AM
Tinot7 replied at 12-7-2021 11:02 AM
Nak suruh suami diet le tuhh

yap nak suruh diet.. lemak bergentayangan sebenarnya pembuziran .. tak perlu pun lemak berlebih tu, bukan boleh recycle... hahah iols pun dah bunyi mcm perempuan tu

Quote Tinot7 12-7-2021 12:02 PM
ninja9 replied at 12-7-2021 11:56 AM
yap nak suruh diet.. lemak bergentayangan sebenarnya pembuziran .. tak perlu pun lemak berlebih tu ...

Masalahnya, si suami paham ke idokk??
Quote NonaNaga 12-7-2021 12:04 PM
aku ada kenal kawan ...laki nya bagi belanja makan RM10 sehari jer....kalau dia makan lebih dari tu dia kena bayar.....sekali tu kawan teringin nak makan Beriani GAM BP kan dlm 20 lebih (dlm 7-8 tahun lepas)..laki nya bayar portion RM10 jerkssss.....
pastu dia ckp umah baru masuk tu kan tader langsir....(hint snupaya suami beli langsir) ... balik rumah suami tampal newspaper jer kat tingkap..istighfar dia

so dah cerai pun....padahal ex dia gred tinggi gomen
Quote _blackbird 12-7-2021 12:39 PM
NonaNaga replied at 12-7-2021 12:04 PM
aku ada kenal kawan ...laki nya bagi belanja makan RM10 sehari jer....kalau dia makan lebih dari tu  ...

hahaha.. aku pon ada kawan yg kedekut nauzibillah mcm perempuan dlm artikel tu. semua benda dia nak berkira & nak berjimat secara extreme, kalau ajak lepak pon dia siap kira berapa kilometer & kalau dia rasa tak berbaloi dengan petrol yg kena spend dia tukar lokasi yg jimat utk dia & asik ckp laki nya taguna. member2 semua dah nasihat jgn gitu nnt lakinya kahwin lain baru tau. alhamdullilah mmg laki nya dah kahwin lain pon & dah menjanda pon dia skang ni baru low profile sikit. dah lama tak tegur kawan2 malu sendiri lah tu
Quote DatinOneEmdibee 12-7-2021 12:40 PM
Sayangi suami anda macam sya sis.
Quote nakkomenjugak 12-7-2021 12:41 PM
ni macam cerita apa tu yang dok berjimat bagai. ada episod tu aku geli nengok. bath tub tu pasang air, pastu mandi ramai2 satu family air tak beganti sampai coklat air tu. yikessssss
Quote Jitu 12-7-2021 03:29 PM
aku cukup tak berkenan dgn org kedekut ni

Quote Potpouri 12-7-2021 03:33 PM
Dalam kedeks pun, gemuk juga lakinya tu
Quote umbut 12-7-2021 04:10 PM
Cam rancangan cheapskate.... Buruk benor kedekutnya.. Pengotor pun ye..
Quote DayangKirana 12-7-2021 04:40 PM
iols bab DIY tuh, ok je.. lagi2 kalau mmg ade skill, memang bagus.
tapi kalau dh smpai tahap compromise bab hygiene tu, memang too much la..
esok2 kalau jatuh sakit, end up lagi banyak kena spend for medical.
Quote mesmerize 12-7-2021 04:53 PM
ni la yang dikatakan kufur nikmat
Quote Buritan 12-7-2021 05:13 PM
NonaNaga replied at 12-7-2021 12:04 PM
aku ada kenal kawan ...laki nya bagi belanja makan RM10 sehari jer....kalau dia makan lebih dari tu  ...

Somi aku pun kata aku kedekut.. selagi aku boleh jahir.. aku jahit.. takat langsir puihhh aku aku takkan beli.. jahit sendiri jahh
Quote lasagnaklcc 12-7-2021 05:21 PM
Teringat akak i cite psl bos dia. Order air panas kosong dulu. Air dah sampai nnt mintak limau sket, gula sket. Mamak pon layan je
Quote igetso 12-7-2021 05:22 PM
Kalau nampak perempuan muka camni jangan buat bini.

Lihat semua komen(21)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

20-4-2024 01:40 AM GMT+8 , Processed in 0.095600 second(s), 64 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top