CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

"Masih Sensitif Walau Dah Bersalin, Sikit-Sikit Rasa Nak Menangis," -Tasha Shilla

12-7-2021 11:14 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 2571| Komen: 8

Description: Menerusi program bual bicara Wanita Hari Ini yang bersiaran di TV3, pelakon Tasha Shilla dan suaminya, Muhammad Atiq Idris telah diundang sebagai tetamu jemputan bagi membincangkan topik bertajuk ‘Se ...
Menerusi program bual bicara Wanita Hari Ini yang bersiaran di TV3, pelakon Tasha Shilla dan suaminya, Muhammad Atiq Idris telah diundang sebagai tetamu jemputan bagi membincangkan topik bertajuk ‘Seksa Berpantang Demi Siapa?’ bersama penonton.


Berkongsi cerita secara virtual, Tasha atau nama lengkapnya Natasha Sheila Abdul Razak antara lain turut berkongsi pengalaman menjalani tempoh berpantang setelah selamat bergelar ibu pada 24 April lalu.


Foto: IG

Menurut Tasha, dia sering alami situasi perasaan dan emosi mudah sensitif terhadap kebanyakan perkara di sepanjang tempoh kehamilan serta ketika berpantang.

"Saya berasa lebih sensitif, kalau ada apa-apa sahaja yang berlaku mesti saya akan rasa cepat tersentuh sebab ada naluri seorang ibu.


"Tambahan pula kalau bab anak, memang akan cepat sensitif sebab kita nak semua yang terbaik untuk anak kita. Perasaan sensitif tu masih ada walaupun dah bersalin, sikit-sikit rasa nak menangis,"katanya.




Malah, aktres berusia 34 tahun ini juga mengakui berasa sangat gembira dan seronok di sepanjang fasa kehamilan sehingga detik bergelar ibu.

"Sejujurnya, saya punya proses dari awal mengandung, bersalin dan berpantang saya berasa sangat gembira dan seronok.




"Saya bersyukur sebab suami saya banyak membantu saya dari segi untuk menguruskan saya dan anak saya. Dia sangat memainkan peranan sebagai suami, jadi saya punya perjalanan untuk menjadi ibu ni Alhamdulillah semuanya seronok," kongsinya lagi.

Imbas kembali, pasangan ini mendirikan rumah tangga bersama pada 28 Februari, tahun lalu.



Selepas itu, Tasha selamat bergelar ibu selepas melahirkan anak pertamanya yang diberi nama Raees Zander, pada 24 April lalu di sebuah pusat perubatan swasta. -CARI

Sumber: Media Hiburan

Bagus

Marah

Terkejut
1

Sedih

Lawak

Bosan

Friends Rank (1 people)

  • Sedih

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote pxlbb 12-7-2021 11:29 AM
Edited by pxlbb at 12-7-2021 11:31 AM

menguap







Quote umbut 12-7-2021 11:47 AM
Baguslah... Syukur dah kahwin dah ada anak... Nasib x kahwin ngan tomoi tatu dulu...
Quote slyfynx 12-7-2021 11:50 AM
umbut replied at 12-7-2021 11:47 AM
Baguslah... Syukur dah kahwin dah ada anak... Nasib x kahwin ngan tomoi tatu dulu...

Br nk sebut pasal laki Thai bertatu dulu
Quote Masukkeluar 12-7-2021 11:52 AM
bertuah dia ni dpt laki yg baik dan terima dia seadanya..

nama anak dia cantik.
Quote Buritan 12-7-2021 11:54 AM
umbut replied at 12-7-2021 11:47 AM
Baguslah... Syukur dah kahwin dah ada anak... Nasib x kahwin ngan tomoi tatu dulu...

Nmpk bahagia.. somi dia pun sayang dia..
Quote primarikey 12-7-2021 11:55 AM
Baca pasal dia mst tingat acik porem gelar dia "tetek senget" dulu...punca ape x ingat
Quote nakkomenjugak 12-7-2021 12:25 PM
primarikey: Baca pasal dia mst tingat acik porem gelar dia "tetek senget" dulu...punca ape x ingat

ohhh tekjuling
Quote nakkomenjugak 12-7-2021 12:26 PM
haaaa kan aman2 jahh kawen beranak bagai. tak payah nak bad boy sangat sampai ke sudah tak kemana

Lihat semua komen(8)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

3-5-2024 06:37 AM GMT+8 , Processed in 0.049427 second(s), 37 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top