CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Seronok Solo, Amelia Handerson Belum Teringin Bersuami

12-7-2021 12:02 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 8464| Komen: 31

Description: Perjalanan yang ditempuh pelakon Amelia Henderson selepas episod kegagalan dalam perkahwinan pada 2018 bukan satu perkara yang mudah untuk dihadam sekelip mata.
Perjalanan yang ditempuh pelakon Amelia Henderson selepas episod kegagalan dalam perkahwinan pada 2018 bukan satu perkara yang mudah untuk dihadam sekelip mata.

Namun, kematangan wanita berusia 26 tahun itu dalam mendepani setiap dugaan hidup perlu dipuji kerana berjaya keluar daripada segala perasaan duka dan kecewa.

Siapa sangka, jelitawan berdarah campuran Sri Lanka-Scotland itu kini bahagia melayari kehidupan solonya tanpa komitmen atau berdepan tekanan hidup.

Foto: IG

"Saya seronok melayari kehidupan sekarang sebab saya tak perlu nak fikir apa-apa masalah. Lagipun jadual kerja saya sentiasa padat dan ada saja perancangan baharu yang saya ingin lakukan.

"Masa yang terluang saya isi dengan perkara yang menyeronokkan seperti membuat panggilan video dengan rakan-rakan, bermain TikTok serta meluangkan waktu bersama keluarga.


"Saya gembira dengan kehidupan sekarang dan tiada sedikit pun perasaan sunyi. Saya ada kawan-kawan yang sangat menyokong dan akan memastikan saya berada dalam keadaan yang baik.

"Buat masa ini, saya belum terfikir untuk ada sebarang komitmen dengan mana-mana lelaki. Saya selasa dengan kehidupan solo ini," katanya.



Mengakui kehidupan yang dinikmati kini dipenuhi dengan kebahagiaan dan kasih sayang daripada orang sekeliling, Amelia juga seronok menyusun waktu terluang dengan melakukan perkara berfaedah.

Terbaharu, Amelia mula terbabit dengan aktiviti melukis sekiranya ada waktu terluang.

Biarpun melukis bukan minat utamanya, namun sejak arwah bapanya meninggal dunia tiga tahun lalu, dia cuba mengikuti jejak langkah bapanya itu.



"Sebenarnya saya tak pernah minat melukis, tapi sejak ayah meninggal tiga tahun lalu saya cuba belajar perlahan-lahan. Ayah saya sebelum ini adalah arkitek dan dia sangat pandai melukis.

"Melihat hasil lukisannya yang hebat, saya dapat inspirasi dan sekarang cuba belajar. Saya percaya dengan cara ini saya akan rasa dekat dengannya walaupun dia sudah tiada. Saya juga suka melukis setiap kali saya 'stress', ia akan membantu saya jadi lebih tenang," katanya.

Amelia turut berkongsi hasil karya lukisannya akaun Instagram khas iaitu artmeliath.



"Sejujurnya saya tiada perancangan untuk menjual lukisan yang saya buat. Saya belum rasa cukup berbakat untuk melukis. Saya akui kena banyak lagi berlatih dan membuat lukisan yang pelbagai sebelum nak fikir ke arah itu," katanya.

Biarpun kerjaya seninya terdedah dengan populariti dan glamor, namun Amelia tetap merendah diri dan mahu berbakti kepada masyarakat.

Baru-baru ini, Amelia berkhidmat membantu negara menangani penularan virus Covid-19 selepas berpeluang menjadi sukarelawan di Pusat Pemberian Vaksin (PPV) Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Bangi.

Amelia berkata, dia menganggap pengorbanan kecilnya itu sebagai satu tanggungjawab yang perlu dilakukan bersama-sama petugas barisan hadapan berjuang menghapuskan virus Covid-19 yang semakin meruncing ketika ini.



"Mulanya ada kenalan di PPV UKM ajak saya untuk jadi sukarelawan di sana. Sebaik saya tiba, ada pula kawan-kawan artis yang turut sama berbakti dan menghulurkan bantuan.

"Satu pengalaman yang sangat menyeronokkan kerana ini adalah tanggungjawab saya sebagai rakyat Malaysia untuk sama-sama membantu menangani Covid-19.

"Saya bakal mendapat dos kedua vaksin pada 14 Julai ini. Saya akan meneruskan aktiviti sukarelawan dengan lebih kerap jika diberi peluang lagi. Saya tahu yang PPV sekarang ini tidak cukup tangan. Mereka memerlukan bantuan untuk menguruskan proses pemberian vaksin," katanya.



Kata Amelia, ketika menjadi sukarelawan dia cuba mengambil peluang untuk menenangkan orang ramai yang hadir untuk menerima vaksin.

"Saya sangat menyokong pengambilan vaksin kerana langkah ini dapat membantu negara untuk kembali pulih.

"Jadi, saya akan pastikan rakan-rakan dan ahli keluarga wajib mengambil vaksin. Malah, ketika di PPV pun, saya cuba tenangkan orang ramai yang menunggu giliran kerana mereka kelihatan takut dan bimbang," katanya.

Dalam perkembangan lain, Amelia tidak sabar untuk kembali menjalani penggambaran drama bersiri berjudul Kisah Cinta Kita yang belum dapat diselesaikan sepenuhnya. -CARI

Sumber: Harian Metro


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Kurex 12-7-2021 12:21 PM
Nak gosipkan apa ni???
Quote nakkomenjugak 12-7-2021 12:43 PM
dia kira dulu masuk isle sebab nak cukupkan syarat kawen ke acane? kompius
Quote wickedwisdom 12-7-2021 12:54 PM
Masa kawen dulu muda betoi
Quote cicicumel 12-7-2021 01:13 PM
sri lanka patutlah muka mcm yindia..
Quote mamajawie 12-7-2021 03:09 PM
amboi jimah kemain terkengkang..
Quote chinta89 12-7-2021 04:29 PM
kini bahagia melayari kehidupan solonya tanpa komitmen atau berdepan tekanan hidup.


maknanya masa kawin tu byk komitmen dan hidup tertekan?

kawin kerabat ape yg susahnya bukan jadi maid pun. entahlah maybe rasa x bebas kot...
Quote ihtisyam1 12-7-2021 04:33 PM
cantik la dia ni
Quote rantaikendoq 12-7-2021 04:42 PM
Dia ni ke yg ade adek pelakon suara dlm boboboy kan?
hebat, kecik2 dah pandai cari duit, masyallah
Quote lyshafull 12-7-2021 04:59 PM
Tapi dia kahwin awal sgt x habis enjoy lagi
Quote mendeluk 12-7-2021 05:24 PM
cicicumel replied at 12-7-2021 01:13 PM
sri lanka patutlah muka mcm yindia..

Itulah. I tengok dia mix matsalleh tapi mix yang jenis biasa.
Quote 4cupcakes 12-7-2021 06:27 PM
Siapa suaminya.. Xtau pon dia ni miss J
Quote I.K.A888990 12-7-2021 07:06 PM
solo je la dik. lagi aman2 hidup
Quote dua_chzy 12-7-2021 07:10 PM
Tu la. Kawin awal sangat sebab ingatkan secure la kan bila dapat jerung (tak nsem). Tengok muda2 dah menjanda seperti parents muda di sekolah akak. Bagus la takda anak. Memang puas berjimba.
Quote Meiizu 12-7-2021 07:30 PM
Dia ni mesti serba salah..dulu masuk islam sebab nak kawin.ni dah cerai katalah ter in luv non muslim..susah gak oo dia nak istihar balik agama asal .law msia bagi ke?ke buat tak kesah jelah cam retis turki.
Tiberr
Quote bedahmenjuyah 12-7-2021 07:38 PM
chinta89 replied at 12-7-2021 04:29 PM
maknanya masa kawin tu byk komitmen dan hidup tertekan?

kawin kerabat ape yg susahnya bukan j ...

Rasanya kerabat tu yg dump dia. Dah ada bini lain now kalau tak silap. Sian amy. Habis madu sepah dibuang
Quote Carlalisk 12-7-2021 08:14 PM
bedahmenjuyah replied at 12-7-2021 07:38 PM
Rasanya kerabat tu yg dump dia. Dah ada bini lain now kalau tak silap. Sian amy. Habis madu sepah  ...

Yeke sis? Nape hubs dia dump her?
Quote 3480 12-7-2021 11:10 PM
Meiizu replied at 12-7-2021 07:30 PM
Dia ni mesti serba salah..dulu masuk islam sebab nak kawin.ni dah cerai katalah ter in luv non musli ...

Law mesia dh tentu x bg.. turki tu uu negara dpa boleh kot.. tgk drama pon minum2 tayang gitu ja.. tiberrr.. haha
Quote babycc 12-7-2021 11:16 PM
Dah agak die bakal bercerai masa die berlakon cite vampire ke hape tah kat tv3 dulu sebab x lama lepas tu tgk gambar2 ex- dah xde.. x lama nye lg lepas tu pulak die mengaku da divorce.. ada benang psl bau2 die nak cerai dulu.. tp teh x tumpah byk sgt pon masa tu..
Quote chinta89 13-7-2021 11:19 AM
bedahmenjuyah replied at 12-7-2021 07:38 PM
Rasanya kerabat tu yg dump dia. Dah ada bini lain now kalau tak silap. Sian amy. Habis madu sepah  ...

la yeke.

ex dia madukan atau dh lps cerai ngn amelia baru kawin baru? kena dump kenapa ye.. isteri baru org kerabat ke atau org biasa.


Lihat semua komen(31)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

15-5-2024 01:52 AM GMT+8 , Processed in 0.247500 second(s), 48 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top