CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

"Kalau aku kerajaan, aku humban aje manusia (pilih vaksin) macam ni kat Pulau Jerjak", - Micheal Ang

13-7-2021 06:05 AM| Diterbitkan: bubuk_bearbear| Dilihat: 5280| Komen: 23

Description: Beberapa hari lalu, pelakon dan pengacara sensasi, Ifa Raziah dikecam hebat netizen gara-gara bertindak membatalkan janji temu vaksinasinya di saat akhir kerana tidak mendapatkan Pfizer.


Beberapa hari lalu, pelakon dan pengacara sensasi, Ifa Raziah dikecam hebat oleh netizen gara-gara bertindak membatalkan janji temu vaksinasinya di saat akhir kerana tidak mendapatkan Pfizer.

Perkara itu turut menerima reaksi pengarah terkenal, Michael Ang, menerusi satu hantaran di Instagramnya yang mempersoalkan tindakan individu yang sudah menerima janji temu untuk divaksin namun menolak kerana memilih jenis vaksin.

Pengarah drama Angkara Cinta ini turut berseloroh membayangkan tindakan yang akan diambil olehnya (sekiranya menjadi kerajaan). Menurut Michael, individu yang menolak untuk divaksin disaat akhir kerana memilih vaksin perlu diletakkan di Pulau Jerjak dan disembur dengan virus Covid-19. 


"Salam semua. Setuju tak cara kita! Ha ha ha ha ha ha (gelak evil ok) anyway dia org tak nak Tak apa maka Ada la org yg nak@dapat Cepat sikit!"

Namun Michael baru menyedari bahawa Pulau Jerjak kini sudah jauh berubah dan telah bertukar menjadi salah satu destinasi pelancongan yang menarik.

"Luv u all n be safe! BTW Tak tahu pulak pulau jerjak dah Ada resort n cantik. Ingatkan tu Tempat dulu manusia tak Berguna Di humban kat sana" katanya.

Untuk info, suatu masa dulu, Pulau Jerejak digelar Alcatraz Malaysia berikutan pernah dijadikan penempatan tahanan perang, banduan yang dibuang negeri selain menjadi lokasi pengasingan bagi pesakit kusta dan tuberculosis (TB). 

Komen netizen :


Kelakar betul cadangan Michael tapi masuk akal juga, tak kan nak biar je individu yang sesuka hati membatalkan untuk divaksin disaat akhir sebab nak pilih vaksin? 

Bayangkan pula kalau ramai lagi buat perkara sama tak ke lagi menyusahkan "frontliners" dan orang ramai yang sedang menunggu giliran.

Jadi, korang setuju ke tak cadangan Michael Ang atau ada cadangan lain? - CARI




Bagus
1

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

Friends Rank (1 people)

  • Marah

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote tikusmontok 13-7-2021 06:14 AM
Baik antar pulau bidong
Quote BungaTepiMeja 13-7-2021 06:29 AM
Jgn lupa bawa sekali yg bising warga emas kena vak. Tapi jgn la pulau jerejak.. Pulau batu putih pun ok kot
Quote meah_kelabu 13-7-2021 06:40 AM
jangannn bg g pulau jerejak
dah cantek skrg
kang fefiling bercuti plak theyols
walauponnn bilik2 dkt situ masih ade unsur2 angker
huhuhu
Quote exclusive_vvip 13-7-2021 08:10 AM
I lagi 2-3 hari nak vaksin..tapi x kisah pun dpt memana vaksin..for me, yg mana I dpt, itu rezeki yg Allah dah tentukan utk I…lagipun xyah risau la bab2 x lepas gi europe ke apa…skrg ni je diorg acah2 x luluskan sinovac..kang 1 dunia dah bebas bercuti sana sini, korang ingat, europe sanggup ke nak sekat pelancong2 China tu? Rakyat China yg kuat melancong n spend duit mcm air..rakyat amerika plak,diorg kebanyakannya bercuti dlm amerika je..pulak tu, kalu melancong pun, stail2 backpackers je..rakyat China, mmg betul2 punya membeli belah..so,I percaya,sinovac akan diterima jugak 1 dunia..so jgn risau la bab dapat vaksin apa..
Quote Kurex 13-7-2021 08:16 AM
Tapi pulau jerjak dah cantik...
Kalau nak campak, campak tengah laut. Campak jizklongklong sekali. Ikat batu dekat kaki dia
Quote AshkieLa 13-7-2021 08:29 AM
blacklist je yg tolak saat akhir ni..
kalau dia mohon balik ade remarks...
letak nama dia as KIV antara orang last dapat vaccine nanti dan
setkan vaksin yg sama dia tolak hari tu
biar dia rasa rugi je tolak masa awal2.
kalau nak yang lain, kena bayar.

nyampah aku dgn org2 mcm ni..
ni spesis kalau susah dpt bantuan, nak brand mamypoko bagai laa ni....
Quote dino 13-7-2021 08:30 AM
humban rita mulut ayam tu skali
Quote umbut 13-7-2021 08:38 AM
Tapiiii.. Kalo bagi az pun aku xnak.. Byk kes menyeramkan.. Bagi sinovac pun aku terima kalo xdpt vaksin kayangan
Quote Tinot7 13-7-2021 08:55 AM
Tak pernah pi pulau jerejak.. best tapi angker ye?
Quote Normabaru 13-7-2021 08:59 AM
skrg dh sedar lom gol retis ni gol acah2 tpaling.. Poyo na mamps
Quote imanjannah 13-7-2021 09:06 AM
mna yg dtg pada kita tu, itu lah yg terbaik
Quote Megikari 13-7-2021 09:36 AM
Suh je yang ngengada ni queue balik, letak nama dia kat hujung2 lepas budak2 12 thn punya nama
Quote jiwarasa 13-7-2021 09:39 AM
Elok spesis camni dipenjara sampai pandemic habis
Quote lavendernovella 13-7-2021 09:47 AM
Artist2 malaysia ni byk mengomel jer . Hasil seni tarak. Panggil retis marah pulak. Iol
Quote AshkieLa 13-7-2021 09:57 AM
Tinot7 replied at 13-7-2021 08:55 AM
Tak pernah pi pulau jerejak.. best tapi angker ye?

solo ambush gi sana..
dapat 1 star je markah kasihan...
tapi dah cantik gak la pulau tu.. dah diwartakan as pusat pelancongan.

Quote Tinot7 13-7-2021 10:42 AM
AshkieLa replied at 13-7-2021 09:57 AM
solo ambush gi sana..
dapat 1 star je markah kasihan...
tapi dah cantik gak la pulau tu.. dah di ...

Voley la jjvm bila habis pandemik nnt.. takut kalau angker jahh.. tak suka angker2 nih..
Quote shida81 13-7-2021 10:46 AM
Ak ni plak x dapat2 lagi appointment... Jadah sungguh
Quote nakkomenjugak 13-7-2021 11:06 AM
Si retis tu menolak vaxx, aku sampai kesudah tak dapat appt. Ughhh hantar dia ke kawasan ghetto murica.
Quote biggirlduncry 13-7-2021 12:23 PM
Pulau Jerejak pun taknak dia...
Sila courier dia ke lautan hindi sana


aku setuju saper2 yg tolak vaksin atas alasan tak munasabahsarawak ni blacklist kan nama dia..
bagi orang lain yg belum dapat date ni selesai dulu..

aku ni hari2 tenung mysejahtera tu kot2 ada magik ka....
last2 aku tepuk bahu aku.....  big girl dun cry yeah.... big girl muda lagi....bagi la org tua dulu vaksin..

Lihat semua komen(23)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-4-2024 01:27 PM GMT+8 , Processed in 0.128493 second(s), 48 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top