CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

"Mungkin silap saya bercerita pulang beraya di kampung", Masya Masyitah ambil iktibar apa yang berlaku

16-7-2021 05:50 AM| Diterbitkan: bubuk_bearbear| Dilihat: 6021| Komen: 30

Description: Pada Mei lalu, polis menjalankan siasatan terhadap penyanyi Masya Masyitah,21, selepas kisah penyanyi itu mencuri perhatian netizen yang mempertikaikan kebenaran rentas negeri atas kapasiti pasangan j ...

Kredit foto : Instagram Masya

Pada Mei lalu, polis menjalankan siasatan terhadap penyanyi Masya Masyitah, 21, selepas kisah penyanyi itu mencuri perhatian netizen yang mempertikaikan kebenaran rentas negeri atas kapasiti pasangan jarak jauh antara ibu dan bapanya.

Masya atau nama sebenarnya, Siti Nur Masyitah Yusoff mengesahkan isu merentas negeri ketika menyambut Aidilfitri di Kulim, Kedah selesai selepas memberi keterangan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Serdang pada 16 Mei lalu dan berharap isu itu tidak diperbesarkan lagi.

"Saya hadir memberi keterangan pada hari raya keempat.

"Alhamdulillah, segala-galanya berjalan lancar. Sejujurnya, saya tidak gentar kerana bukan mencuri, menipu atau menggunakan orang dalam untuk mendapatkan surat merentas negeri.


"Ketika itu, polis masih meluluskan kebenaran merentas negeri bagi pasangan jarak jauh. Jadi, saya harap isu ini tidak diperbesarkan lagi. Semuanya sudah selesai," katanya kepada BH Online.

Masya diminta mengulas ketika ditemui pada majlis pelancaran single Mandarin solo pertama berjudul Jiu Meng Xin Su secara virtual, hari ini.

Masya fasih berbahasa Mandarin dan pernah menerima anugerah artis paling berpotensi di Asia Music Awards di Shenzhen, China.

Akuinya, dia tidak mampu mengawal mulut netizen yang terus membuat pelbagai spekulasi.

"Saya hanya mampu bersabar. Mungkin silap saya bercerita kisah pulang beraya di kampung.

"Jadi, apa yang sudah berlaku sebagai satu iktibar dan pengajaran berguna. Saya juga mohon maaf atas kekhilafan tidak terduga ini.

"Netizen zaman sekarang di luar jangkaan. Namun, saya sudah menjalankan tanggungjawab kepada pihak berkuasa. Jadi, saya tidak mahu ambil tahu soal ini lagi," katanya.

Terdahulu, kisah Juara program realiti kanak kanak, Ceria Popstar musim kedua pada 2014 itu membeli rumah keduanya pada Mei lalu turut mencuri perhatian dan mendapat pujian ramai. 


Pada 2019, pelantun lagu Hapus itu turut mendedahkan kejayaannya membeli kondominium bernilai RM300,000. Dia turut berkongsi video dekorasi dan hiasan kediaman tersebut di saluran YouTube untuk tatapan peminat.


Tahniah Masya, muda-muda lagi dah ada dua buah rumah hasil titik peluh sendiri, satu pelaburan yang bijak! - CARI

 

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Reira77 16-7-2021 06:02 AM
Dia dalam gambar nampak cantik. Macam kacuk. Tapi dlm video tunjuk rumah tu nmpk biasa biasa pulak.
Quote jajahoney 16-7-2021 06:05 AM
Reira77 replied at 16-7-2021 06:02 AM
Dia dalam gambar nampak cantik. Macam kacuk. Tapi dlm video tunjuk rumah tu nmpk biasa biasa pulak.


tak make up dan tak ada filter kot

tapi still peloles la kulit dia kalau tak make up pun cuma kurus sangat, kalau berisi sikit mesti lagi cun



Quote cmf_ctrl 16-7-2021 06:09 AM
tengok cover foto video lagu cina tu ingat kan uyaina love elsa
Quote nakkomenjugak 16-7-2021 06:17 AM
congrats beli dua rumah di usia muda
Quote akuMNdia 16-7-2021 06:57 AM
"Alhamdulillah, segala-galanya berjalan lancar. Sejujurnya, saya tidak gentar kerana bukan mencuri, menipu atau menggunakan orang dalam untuk mendapatkan surat merentas negeri.


"Ketika itu, polis masih meluluskan kebenaran merentas negeri bagi pasangan jarak jauh. Jadi, saya harap isu ini tidak diperbesarkan lagi. Semuanya sudah selesai," katanya kepada BH Online.


so tetap nak kata dia tak buat salah la yer?
kesian ko dik..
muda2 lagi dah bodoh.
semoga kebodohan ko tu luput seiring dgn masa.
Quote kaoru44 16-7-2021 07:03 AM
cmf_ctrl replied at 16-7-2021 06:09 AM
tengok cover foto video lagu cina tu ingat kan uyaina love elsa

Yup..lg satu sbb pmakaian dia sama mcm uyaina tu dlm love elsa tu..
Quote haruslah 16-7-2021 07:17 AM
'salah' sbb post kat socmed
Dan ade jugak yg 'salah' sbb positif kobid
Pdhal ramai yg buat
Tu la.  Lain kali nak post ape2 fikir dulu
Quote ajinomotonosuga 16-7-2021 07:19 AM
Dia try nk publisiti ..isu gitu tp tak jadiii

Sebab muke macam tempeh!!!
Quote bakingsoda 16-7-2021 07:33 AM
ko salahguna kebenaran rentas negeri pjj laki bini utk balik kg beraya dgn family la. elok org tak ingat ko ungkit balik kisah bimbo dengan statement bimbo
Quote rain_bow 16-7-2021 07:36 AM
tak kenal,,  
Quote KIM.K 16-7-2021 07:54 AM
Banyak scene bilik tidur
Quote ariellin 16-7-2021 08:08 AM
X suka dia bukak mulut… bingitt gileee
Quote olaoli 16-7-2021 08:12 AM
Eh bodoh nye. Ngaku je la kau salah. Yg ko nak kata netizen begitu begini dah kenapa. Hilang akal ke
Quote laksmanabentan 16-7-2021 08:13 AM
akuMNdia replied at 16-7-2021 06:57 AM
so tetap nak kata dia tak buat salah la yer?
kesian ko dik..
muda2 lagi dah bodoh.

lepas tu tak kena saman ker???
huntonggg laaa....


Quote akuMNdia 16-7-2021 08:40 AM
laksmanabentan replied at 16-7-2021 08:13 AM
lepas tu tak kena saman ker???
huntonggg laaa....

sabarrrr...
kita tunggu dan lihat.

yg aku tak paham tu..
hal ni dah senyap naper dia bising2 & pastu suruh anggap dah settle?
nampak gayanyer ada besar kemungkinan kebodohan dia melarat sampai ke tua.


Quote laksmanabentan 16-7-2021 08:52 AM
akuMNdia replied at 16-7-2021 08:40 AM
sabarrrr...
kita tunggu dan lihat.

strategi marketing biar nama up la tu kot...
hahahaha...
Quote mamajawie 16-7-2021 08:58 AM
da la bodo, pastu acah2 diri sndri btul..puihhhh
Quote AbukRokok 16-7-2021 09:06 AM
lainkali dpt untung...makan sorg2
zaman skrg org #dengkiletu
Quote Tinot7 16-7-2021 09:22 AM
Awat tudung dia buat mcm stail berambut?

Lihat semua komen(30)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

26-4-2024 09:03 AM GMT+8 , Processed in 0.059158 second(s), 48 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top