CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

"Nama saya sekarang ialah Zizan Rumma"

12-7-2021 04:10 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 5666| Komen: 22

Description: Gara-gara wajah seiras penjaga gol pasukan Itali, Gianluigi Donnarumma, Instagram pelakon Zizan Razak dihujani usikan pengikutnya yang mengucapkan tahniah atas kejayaan Itali menjuarai Euro 2020 menew ...
Gara-gara wajah seiras penjaga gol pasukan Itali, Gianluigi Donnarumma, Instagram pelakon Zizan Razak dihujani usikan pengikutnya yang mengucapkan tahniah atas kejayaan Itali menjuarai Euro 2020 menewaskan England. 


Lebih manis, kejayaan Itali dicapai menerusi kehebatan penjaga gol berusia 22 tahun ini yang berjaya menyelamatkan tendangan penalti sekali gus menghadiahkan kejuaraan buat pasukannya.

Kredit foto: IG



"Nama saya sekarang ialah Zizan Ruma. Semua orang kenal saya. Saya adalah penjaga gol Itali. Ramai yang ucap tahniah kepada saya," katanya menerusi sesi bicara langsung dibuat di Instagram, pagi ini.

Zizan yang kini dalam perjalanan ke Terengganu untuk sesi bantuan dengan kerjasama badan bukan kerajaan (NGO) Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia (Mapim) turut mengajuk gaya percakapan orang Itali sehingga membuatkan peminatnya terhibur.




"Hari ini saya berada di Terengganu. Persiapan sudah dijalankan. Ada beberapa buah rumah yang layak, bakal dikunjungi. Hari ini ada insan istimewa.

"Dia menerima kehadiran saya bersama pasukan Mapim. Kami nak buat sedikit bantuan. Tunggu update (kemas kini) saya yang seterusnya," katanya. 

Sesi bicara langsung Zizan di Instagram itu mendapat 43,000 tanda suka daripada peminat yang mengikutinya. 



Sementara itu, Donnarumma mula menjadi perhatian apabila beraksi cemerlang sepanjang kejohanan terbesar Eropah ini.

Dia semakin menjadi perhatian apabila membantu Itali mara ke pentas 'final' Euro 2020 menerusi penentuan sepakan penalti dengan kemenangan pasukannya mengatasi Sepanyol 4-2 di peringkat separuh akhir selepas kedua-dua pasukan terikat 1-1 hingga akhir babak permainan. -CARI

Sumber: Harian Metro

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote bulalof 12-7-2021 04:18 PM
peeegi dahh kauuu...
Quote Skuau 12-7-2021 04:27 PM
banyak makang ikang-Asdan.
Quote wasssup27 12-7-2021 04:33 PM
boseyy la woiiii
Quote chocobozhere 12-7-2021 04:34 PM
Busukkk je tengok
Quote ihtisyam1 12-7-2021 04:35 PM
walaupun orang ganu.. tapi aku dok pernoh rase dia klako...
Quote yondu 12-7-2021 04:41 PM
dia ni tah
Quote krustykrab 12-7-2021 04:44 PM
Hidung je sama
Quote nakkomenjugak 12-7-2021 04:45 PM
beso lagi idong jijang.
Quote nazzse 12-7-2021 04:53 PM
Untung ler dapat balik kapong pakai tiket ngo..
Quote kaseh80 12-7-2021 05:08 PM
Next boringgg
Quote lasagna 12-7-2021 05:41 PM
ishhh tak sama pun!
Quote exclusive_vvip 12-7-2021 05:46 PM
dedua x hensem..okbaiii
Quote mxsssgi81 12-7-2021 05:47 PM
Nk muntah dgn perasantan zizang..
Quote doubleharmonic 12-7-2021 06:06 PM
Quote doubleharmonic 12-7-2021 06:07 PM
Quote rain2169 12-7-2021 06:21 PM
ramainya muka macam zizang.....
or should I say.... ramainya hidung macam zizang....
Quote I.K.A888990 12-7-2021 06:32 PM
gedik bebenor
Quote pencintaABC 12-7-2021 06:49 PM
chocobozhere replied at 12-7-2021 04:34 PM
Busukkk je tengok

Kesian kan zizang ganu acah2 hot ni? Migha basic melepas..Maembong melepas.
Quote tikusmontok 12-7-2021 08:26 PM
doubleharmonic replied at 12-7-2021 06:06 PM

Ini baru sama

Lihat semua komen(22)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

25-4-2024 02:16 AM GMT+8 , Processed in 0.048931 second(s), 48 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top