CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Wardina Dedah Pernah Bantu Benjy Di Penjara- "Was-Was Sikit. Takut Dia Beli Dadah"

12-7-2021 12:14 PM| Diterbitkan: Cari-Saiful| Dilihat: 23216| Komen: 104|Original author: Oleh: Saiful

Description: Wardia Safiyyah bersyukur kerana sebelum ini dia dah membantu tak tak pernah sesekali menyisihkan Benjy Ibrahim semasa Allahyarham menghubunginya sebelum ini.
Wardia Safiyyah bersyukur kerana sebelum ini dia dah membantu tak tak pernah sesekali menyisihkan Benjy Ibrahim semasa  Allahyarham menghubunginya sebelum ini.

Kata Wardina, dia sangat sedih dengan pemergian Benjy dan memahami kesusahan arwah yang menanggung derita bersendirian di penjara Indonesia.

Foto: IG

"Memang waktu dia hubungi saya untuk bantuan, saya ada was-was sikit. Takut dia beli dadah. Benjy tunjuk bil hospital. Sebab hospital sana tak bayar untuk orang bukan warga negara.

"Tak banyak pun sebenarnya. Benjy terpaksa pinjam duit tahanan lain dan kalau tak bayar ikut masa, dia dibelasah. Dia sangat terdesak. Bukan mudah nak mengemis pada orang.



"Saya taklah terkilan sangat kerana saya dapat juga bantu Benjy dan tidak sisihkan dia.

"Disebabkan itulah, dia cakap terima kasih kerana tidak sisihkan dia seperti orang lain. Sedihnya. Dia meninggal sendirian tanpa keluarga di negara lain. Moga Benjy tenang di sana," katanya seperti dipetik di Harian Metro.

Wardina juga ada berkongsi cebisan rasa tulisan Benjy yang sangat menyentuh perasaan.



"Cebisan rasa Benjy dalam penjara. Dia menulisnya dengan begitu baik. Penguasaan bahasa inggerisnya cemerlang. Itulah saya memilih untuk kekal mengingatinya.

"Saya kenal Benjy mula-mula masa berlakon bersama dalam telefilem Kepulangan arahan Subaimi Baba. Innalillahiwainnailaihirajiun. Allahummafirghlahu warhamhu wa'afini wa'fuanhu."

Al-fatihah untuk Benjy. -CARI

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote pearl.silver 12-7-2021 12:28 PM
Apa nk buat r. Dia dpt melambak2 peluang dah sebelum tu. Tp xpernah digunakan sebaik ya.
Quote nakkomenjugak 12-7-2021 01:04 PM
Aku gitau mak aku pasal berita arwah benjy ni meninggal semalam, terduduk orang tua tu. mak aku terkilan sungguh dengan tragedi hidup arwah ni. dia kata dia baca kat majalah mana entah, arwah azean bagitahu benjy ni selalu kemas rumah, masak, house chores la kalau arwah azean ni pergi shooting. potensi besar untuk jadik pengarah. tapi hanya Allah je yang mengetahui.
Quote Noraniza_Iblis 12-7-2021 01:36 PM
teringat watak jibek..Kerana cintaku saerah..
antara watak arwah yg terus melekat smpai bila2.
Quote love_warrior 12-7-2021 01:38 PM
Dia ada anak ke dgn ex wife... Cantik ex wife dia... Moral of story, jangan sekali terjebak dengan najis dadah...
Quote sharlenetexas 12-7-2021 01:40 PM
Family tak dapat tolong ke? Ada adik2. Ayahnya mmg tak menolong kot sebab dah uzur sangat.
Quote Sham143 12-7-2021 01:44 PM
Edited by Sham143 at 12-7-2021 01:46 PM

Alfatihah buat Benjy.. Semoga arwah digolongkan didalam golongan orang2 yg beriman.. Menyedihkan kisah hidup dia... Anyway, English dia excellent...
Quote kakakpositifker 12-7-2021 01:53 PM
Semoga roh arwah dicucuri rahmat, amin
Quote kiah_mai_pulak 12-7-2021 02:02 PM
sedihnyaa ya Allah…
Quote dua_chzy 12-7-2021 02:07 PM
Kakak tak sangka Benjy talented gila bukan setakat dalam lakonan, tapi juga dalam penulisan (walau tanda baca ke laut). Kau nak tau writing yang 'hidup'? Baca nukilan Benjy.
Quote tompie 12-7-2021 02:10 PM
Aku harap, arwah sempat bertaubat nasuha dan banyak beribadah masa dlm tahanan. Allah bagi dia ujian sebab Allah sayang dia. semoga Allah ampunkan dosa2 dia dan tempatkan roh dia di kalangan orang2 yang beriman.
Aamiin
Quote naina 12-7-2021 02:20 PM
dua_chzy replied at 12-7-2021 02:07 PM
Kakak tak sangka Benjy talented gila bukan setakat dalam lakonan, tapi juga dalam penulisan (walau t ...

Born to be artis..tapi salah pilih jalan.
Quote kiah_mai_pulak 12-7-2021 02:20 PM
dua_chzy replied at 12-7-2021 02:07 PM
Kakak tak sangka Benjy talented gila bukan setakat dalam lakonan, tapi juga dalam penulisan (walau t ...

arwah mmg berbakat besar. mana kan tidak, arwah mampu produce dadah sendiri hanya berpandukan video2 kat youtube je
Quote naina 12-7-2021 02:22 PM
Mak dia dulu sayang sangat bekap habis2 an..walau sakit berkerusi roda gigih pergi mahkamah bela anak. Tapi mana adik beradik dia..Ritu kata Zed Zaidi bantu dia kan..
Walau apa pon pengakhiran dia itulah yang terbaik. Mesti dalam penjara dia dh taubat nasuha,insaf..dia sunyi dan sakit. Apa lagi dia boleh buat kan..Allah bagi dia peluang terakhir yang sangat baik.
Quote imanda 12-7-2021 02:23 PM
kiah_mai_pulak replied at 12-7-2021 02:20 PM
arwah mmg berbakat besar. mana kan tidak, arwah mampu produce dadah sendiri hanya berpandukan vide ...

kiah, org dah meninggal xyah ler ckp2 gini lagi. kita xtau ade kebaikan yg dia buat diangkat Allah darjatnya. semoga rohnya tenang diSana. aamiin.
Quote kiah_mai_pulak 12-7-2021 02:26 PM
imanda replied at 12-7-2021 02:23 PM
kiah, org dah meninggal xyah ler ckp2 gini lagi. kita xtau ade kebaikan yg dia buat diangkat Allah ...

arwah baik orang nya.. pengakhiran hidup dia pun baik2 je.. sempat khatam al quran… alhamdulillah
Quote imanda 12-7-2021 02:27 PM
kiah_mai_pulak replied at 12-7-2021 02:26 PM
arwah baik orang nya.. pengakhiran hidup dia pun baik2 je.. sempat khatam al quran… alhamdulillah ...

alhamdulillah kalo gitu.
Quote kads 12-7-2021 02:44 PM
Stay away from drugs..itu je aku nak komen pasal hidup dia ni
Quote sharlenetexas 12-7-2021 02:47 PM
naina replied at 12-7-2021 02:22 PM
Mak dia dulu sayang sangat bekap habis2 an..walau sakit berkerusi roda gigih pergi mahkamah bela ana ...

Dulu ye lah adik2 tengah belajar lagi. Sekarang tentu dah kerja.
Quote lofar11 12-7-2021 02:51 PM
kads replied at 12-7-2021 02:44 PM
Stay away from drugs..itu je aku nak komen pasal hidup dia ni

setuju, klau tak dadah, dgn popularity pandai berlakon pulak, blh je buat2 kelakar mcm Bell ngasri tu, hbs2 meniaga ke jual makanan, klau dh dadah ni payah la, dlu maknya hidup, semedang dpt kuar penjara, mak ada contact kerabat kot, semedang terlepas, sekali tu jumpa mesin proses dadah ke apa ntah kt condo dia, tu pun lepas, tp lps mak dia meninggal, tak berubah jgk, itu lah pengakhiran.. moga tenang di sana

Lihat semua komen(104)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-4-2024 02:19 PM GMT+8 , Processed in 0.224990 second(s), 48 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top