CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Raja Gelek Dah Selamat Dapat Dua Dos, Seru Orang Ramai Ambil Vaksin

12-7-2021 11:48 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 3292| Komen: 10

Description: Menghidapi pelbagai komplikasi kesihatan termasuk kencing manis dan masalah membuang air kecil tidak menghalang Raja Gelek, Datuk M. Daud Kilau, 83, selesai mendapatkan suntikan vaksin Covid-19.
Menghidapi pelbagai komplikasi kesihatan termasuk kencing manis dan masalah membuang air kecil tidak menghalang Raja Gelek, Datuk M. Daud Kilau, 83, selesai mendapatkan suntikan vaksin Covid-19.


Pemilik nama lengkap Muhammad Daud Kilau itu sudah selesai mendapatkan dua dos vaksin jenis Pfizer beberapa hari lalu.

“Saya sudah selesai mendapatkan dua dos vaksin pada tarikh 7 Julai di Dewan Dato Mohamed Jamrah, Sungai Sumun, Bagan Datoh, Perak Alhamdulillah, semuanya okey sahaja.

“Usia yang semakin tua tidak menghalang saya untuk cucuk vaksin. Orang muda, lagilah jangan takut,” katanya ketika dihubungi Kosmo! Online hari ini.

Foto: Kosmo

Pelantun lagu Cek Mek Molek turut berpesan kepada orang ramai segera mendapatkan suntikan vaksin masing-masing agar semua pihak dapat menikmati kehidupan seperti kehadiran virus Covid-19.


“Jangan takut ambil vaksin. Vaksin menyelamatkan nyawa. Saya yang berusia 83 tahun pun sudah selesai dua dos, anda yang masih muda, janganlah lepaskan peluang daftar vaksin.

“Kalau tak cucuk vaksin, kita tak boleh jumpa macam dahulu dan hidup berkurung. Saya nak tengok orang-orang muda gembira seperti dahulu,” katanya lagi.

Baru sahaja menyambut hari ulang tahunnya yang ke 83 tahun semalam, Daud Kilau kini menetap bersama isterinya, Rohani Awang Ngah, 64 dan anak lelakinya, Ahmad Zaini di Bagan Datoh.

Sebelum ini, kesihatan penyanyi veteran itu dilaporkan merosot sejak beberapa tahun kebelakangan kerana penyakit kencing manis, sakit pinggang dan jantung tidak stabil yang dihidapinya.

Penyakit tersebut turut menyebabkan dia mengambil keputusan untuk tidak lagi membuat persembahan pentas.

Untuk rekod, pada 12 November lalu, beliau pernah dikejarkan ke Hospital Teluk Intan akibat sesak nafas. – CARI

Sumber: Kosmo

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Skuau 10-7-2021 07:30 PM
masa kecik..ada jiran peminat Datuk ni...selalu mainkan lagu drp Datuk ni...terutamanya lagu...'Gila Judi'.
Quote little_sis 10-7-2021 07:45 PM
Semoga sihat walafiat
Quote sharlenetexas 10-7-2021 07:57 PM

[youtube]kWkV_Pc0Aic[/youtube]

Quote Mary_jane 10-7-2021 08:22 PM
Mana trademark raja gelek, baju liplap. Dah 80an rupanya dia. Moga sihat-sihat selalu.
Quote Raline 10-7-2021 08:57 PM
x laku sgt kan benang ni compare tu jolie rahman ice
Quote Tinot7 10-7-2021 09:14 PM
Tahniahh...
Quote Tinot7 10-7-2021 09:15 PM
Raline replied at 10-7-2021 08:57 PM
x laku sgt kan benang ni compare tu jolie rahman ice

Agak2 la.. rupa juli tuh muda2 lagi.. nnt tgk la bila dia berumo 80an, deme2 yg bbnu nih whoareyuskan juga..
Quote azimodin 12-7-2021 12:01 PM
Tahniah pakcik kerana bertanggungjawab pada diri dan orang disekeliling. Saya berharap ritrud x rengsa melihat pakcik disuntik
Quote nakkomenjugak 12-7-2021 12:15 PM
wahhh dah 80an rupanya
Quote eely_shana 16-12-2021 10:52 AM
Uzur nampaknya

Lihat semua komen(10)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

8-5-2024 04:43 AM GMT+8 , Processed in 0.050065 second(s), 39 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top