CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

"Nak Aunty suapkan..." Rina Harun mohon maaf, perjelas tindakannya suap anak Fendy Caliph Busker

12-7-2021 02:13 AM| Diterbitkan: bubuk_bearbear| Dilihat: 6710| Komen: 35

Description: Tindakan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat iaitu Datuk Seri Rina Harun menyuap makanan kepada anak perempuan Fendy Caliph Busker ketika menyantuni keluarga terbabit di ibu negara pad ...



Tindakan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat iaitu Datuk Seri Rina Harun menyuap makanan kepada anak perempuan Fendy Caliph Busker ketika menyantuni keluarga terbabit di ibu negara pada Sabtu, mendapat kecaman ramai.


Kejadian itu mula tular dalam media sosial apabila Rina didapati tidak mematuhi prosedur operasi standard (SOP) seperti penjarakan fizikal malah menyuap anak Fendi, Nur Azaela Zafirah dengan tangan semasa kunjungannya ke kediaman pemain dram Caliph Busker itu pada pagi Sabtu.

Dalam satu kenyataan media, Rina menzahirkan permohonan maaf susulan tindakannya itu dan memperjelaskan kejadian sebenar.


"Pertamanya, saya ingin menzahirkan ucapan terima kasih kepada rakyat Malaysia yang sentiasa prihatin akan pematuhan SOP dalam usaha menangani penyebaran wabak COVID-19. Berikutan berita yang tular berkenaan tindakan saya menyuapkan makanan kepada seorang kanak-kanak OKU bernama Nur Azalea Zafirah, berusia 6 tahun yang merupakan anak kepada saudara Fendy Adlun, pemuzik Caliph Buskers.




"Saya memohon maaf andai kiranya tindakan responsif saya tidak menyenangkan mata dan menimbulkan persoalan dan kebimbangan kepada sesetengah pihak. Untuk makluman semua, kanak-kanak tersebut merupakan seorang kanak-kanak OKU penglihatan dan autisme yang mana anak ini berada dalam keadaan kurang ceria ketika ketibaan saya.


"Namun kanak-kanak tersebut beransur ceria dan tenang apabila dipujuk dan ditawarkan hidangan makanan yang saya bawa. Bapa beliau sendiri memaklumkan bahawa anaknya tidak mampu makan sendiri dan perlu dibantu dalam menyuapkan makanan kepada anaknya.


"Hati saya menjadi lebih tersentuh apabila kanak-kanak tersebut sendiri menyebut "Nak Aunty suapkan..." kepada saya. Untuk tidak menghampakan anak istimewa ini, saya terus menyuapkan makanan tersebut sebagai sebahagian pendekatan psikososial dlam menzahirkan rasa kasih sayang saya sebagai seorang wanita kepada kanak-kanak apatah lagi buat insan yang kurang bernasib baik ini," jelas Rina.


Tegasnya, beliau sentiasa mengamalkan kebersihan kendiri setiap masa dengan menggunakan sanitasi tangan sebelum dan selepas menyantuni kumpulan sasar memerlukan bantuan. Bagaimanapun, beliau turut menzahirkan ucapan terima kasih terhadap orang ramai yang sedia menegurnya bagi memperbaiki tugasan sehariannya.


Kunjungan itu turut dihadiri Timbalan Menteri Belia dan Sukan, Wan Ahmad Fayshal Wan Ahmad Kamal.


Tinjauan mendapati tindakan Rina itu mendapat reaksi pelbagai dari netizen.



Walau bagaimanapun, Fendy berpendapat tindakan itu tiada salahnya malah berharap orang ramai memahami keadaan anaknya yang cacat penglihatan dan mengalami masalah autisme.

“Anak saya ni buta dan autisme, dia ni mudah mesra dengan orang. YB Rina hanya menyantuni anak saya dan bagi saya tak ada salah pun.

“Dia sendiri minta suapkan makanan tu untuknya, budak autisme ni lain tau. Apabila dia selesa dengan orang dia nak macam-macam. Jadi kita tak boleh harap dia faham seperti mana kita faham,”
katanya.- CARI






1

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

Friends Rank (1 people)

  • Bagus

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote aduh2sayang 12-7-2021 04:03 AM

senangnya la buat salah minta maaf. kalau rakyat laju je kena kompuan..harap biar adil ya.salah tetap salah, kompaun tetap kompaun
Quote wnwa05 12-7-2021 04:26 AM
musim2 ni pun sibuk nak berkunjung ke rumah orang siap masuk dalam rumah ke? bagi bantuan depan pintu tak boleh ke. ni siap masuk rumah ngan cameraman pun ramai.  bersuap bagai aduhhh  

Quote I.K.A888990 12-7-2021 06:40 AM
next....
dia ni membosankan
Quote ImpianSeroja 12-7-2021 06:50 AM
Tak perlu la up kat socmed kot ye pun menyantuni..up bg sumbangan udah ler
Quote anilanil 12-7-2021 07:38 AM
Nak suap ke, nak dukung ke, nak peluk ke tak perlu nak ambik gambar la nek rina. Kan kena backfire acah2 good2 menyantuni rakyat. Bole la geng dgn mak mertua miwa basic si macik bawang tegakkan benang basah kluster kayangan.
Quote TomyamPuteh 12-7-2021 07:40 AM
Suap laki udah ler wahai acik Rina. Itu pun kalau ada ler.
Quote otai_g 12-7-2021 07:54 AM
ImpianSeroja replied at 12-7-2021 06:50 AM
Tak perlu la up kat socmed kot ye pun menyantuni..up bg sumbangan udah ler

Bg sumbangan x kan selesai masalah jangka pnjg. Umpama ko nak bg ikan atau bg joran. Kalo bg ikan kenyang takat ari tu je lah.
Quote umbut 12-7-2021 09:04 AM
Edited by umbut at 12-7-2021 09:06 AM

Tangan kau bersih tak acikk oooiii.. mengada nak tunjuk concern prihatin penyayang nak suap2 budak tu.. aku pantang org lain suap anak2 aku pki tgn musim2 pandemic ni... anak sendiri pun soh basuh tgn byk kali.. ko ntah dari mana..dtg pegang makanan pastu suap nak suap pegang plastik burger tu je pastu halakan ke mulut

Quote jiwarasa 12-7-2021 09:19 AM
Buta penyakit keturunan jugak ke?
Quote haruslah 12-7-2021 09:26 AM
Nak kena kompaun x ni?
Pagi td dengar citer fendi ni kat hotfm

Btw, harap netz x double standard yahhh
Lg seminggu tunggu la sebak sayu pulak
Quote doubleharmonic 12-7-2021 09:41 AM
Quote Tinot7 12-7-2021 09:45 AM
Jgn besok lusa ada kluaster acik nih udah lerr..
Quote doubleharmonic 12-7-2021 09:46 AM
Quote doubleharmonic 12-7-2021 09:46 AM
Quote doubleharmonic 12-7-2021 09:48 AM
Quote kotakominami 12-7-2021 09:57 AM
Mentang2 lah nak dkat election....laju nampak muka...kalau suh cuci jamban pon diorang sanggup puak2 ni...ingat pulak time banjir taun lepas...tak keluar puak2 nih...pkp katenyer..hmm
Quote nakkomenjugak 12-7-2021 10:02 AM
nexttttttt.
tal function langsung minah ni
apa dia buat sepanjang jadik menteri pun iols tak tau
Quote aotearoa 12-7-2021 10:20 AM
Ngada-ngadala eh. Nak suapkan pulak. Pegi bagi bantuan then balik boleh? SOP ke laut, lepas ok saya salah, mintak maaf. Senangnya ko/ Kalau marhaein hah  denda sbb  langgar sop..Phuiiih
Quote yondu 12-7-2021 10:51 AM
sape makcik gemok ni

Lihat semua komen(35)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

3-5-2024 05:44 AM GMT+8 , Processed in 0.054074 second(s), 48 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top