CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

"Terkejut, macam mimpi", Siti Elizad terharu Raja Permaisuri Agong "call" beri kata semangat

1-7-2021 05:59 AM| Diterbitkan: bubuk_bearbear| Dilihat: 15277| Komen: 83

Description: Pelakon dan penyampai radio Sinar FM, Siti Elizad Mohamad Sharifuddin, 37, meluahkan rasa terharu apabila menerima panggilan telefon daripada Raja Permaisuri Agong, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskand ...



Pelakon dan penyampai radio Sinar FM, Siti Elizad Mohamad Sharifuddin, 37, meluahkan rasa terharu apabila menerima panggilan telefon daripada Raja Permaisuri Agong, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah, semalam.

Menerusi satu perkongsian di laman Instagram, Elizad sangat terkejut dan tersentuh hati apabila Tunku Azizah berkenan membaca kisahnya yang dituduh mandul oleh seorang netizen minggu lalu.


“ Terharu, terkejut, semua ada. Macam mimpi dapat bercakap dengan Tuanku Permaisuri yang saya sendiri jadikan idola dalam cerita perjalanan rawatan kesuburan in-vitro (IVF) saya."

“ Sungguhnya, Tuanku Permaisuri sangatlah prihatin dengan kisah saya yang bukanlah siapa2, " tulis Elizad.

Menurutnya lagi, Raja Permaisuri juga memberikan kata-kata semangat serta turut berkongsi pengalaman baginda yang menjalani proses rawatan IVF sebanyak 17 kali.

“ Tuanku berikan kata2 semangat, bercerita sendiri tentang pengalaman Tuanku sebanyak 17 kali tempuh perjalanan IVF. Memang menyakitkan. Hanya yang mengalami sahaja yang merasai. "

“ Tiada kata yang mampu saya gambarkan, terlalu gembira dapat berbual2 dengan Permaisuri yang disayangi semua. Sungguh2 keibuan, " 

“ Sempat juga Tuanku selitkan " Saya tgk drama awak sebelum2 ni , awak dah tak berlakon lagi ? " tulis Pelakon drama Jalan Sesat Ke Syurga itu.


Tambah Elizad, dia tidak berniat untuk menghebohkan mengenai penjalanannya menjalani proses rawatan IVF tetapi hanya berkongsi pengalaman kepada mereka yang berdepan masalah sama.

Terdahulu, Elizad yang sudah enam tahun mendirikan rumah tangga dengan Shamsul Baharin Rahman telah membuat laporan polis selepas dihina dan dikatakan mandul oleh seorang individu di dalam sosial


Apa-pun, Elizad memang sangat bertuah sebab Raja Permaisuri Agong sendiri yang telefon bertanya khabar disaat dirinya dalam kesedihan. Semoga terus kuat semangat ya Elizad. - CARI




Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote jajahoney 1-7-2021 06:13 AM
17 kali IVF?? omg tabahnya Tunku
Quote imransulaiman 1-7-2021 06:24 AM
Ada abang kat ofis kami ni isteri dia dah 2x try IVF... 1st try tak lekat. 2nd try sempat hamil 2 minggu. Masuk minggu ke3 keguguran

Sekarang mereka ambil anak angkat lelaki dari baby baru lahir. Isteri dia breastfeed.

Aku tanya abang tu proses IVF...dia cakap untuk part isteri dia tak boleh nak cerita...tapi part dia, dia cakap proses guna tangan je... Hehe hampeh abang tu!
Quote AKAZ85 1-7-2021 06:25 AM
Mulut orang yang cakap mandul tu memang sial la.. Orang yang mengalami je yg paham betapa strugglenye nak dapatkan anak sambil berdepan dengan mulut2 sialan masyarakat macam mangkuk yg kutuk elizad ni.. Kakyung sumpah family mangkuk ayun tu mandul laa ko pulak bagi xde keturunan bangang macam tu
Quote de_ikea 1-7-2021 06:50 AM
iols doakan mudah semua utk ijad. Ijad untung sbb ada support system ijad yang kuat, abaikan yg mulut puaka itu. Tuanku azmee mmg kuat utk 17 kali. Huuhu.
Quote Jiddin 1-7-2021 07:20 AM
TPA ni dulu teruk ke kena buli dgn royal Pahang time payah nak conceive dulu?

Sebab empati dia mmg tinggi bab ni.

TPA pun pernah bagi 'warning' layanan royals pada commoner consorts lain.

Adakah permulaan perkahwinan di Pahang sesuatu yang payah buat TPA?

Apapun, a nice gesture from her.
Quote rosannazmia 1-7-2021 07:23 AM
imransulaiman replied at 1-7-2021 06:24 AM
Ada abang kat ofis kami ni isteri dia dah 2x try IVF... 1st try tak lekat. 2nd try sempat hamil 2 mi ...

Syukur isteri dia blh breastfeed kan bb tu.. pada ahkak dah satu rezeki tu… mcm ahkak dua2 anak akak , akak kesal xdpt bg depa byk susu.. sudahnye susu lembus jugak diberi… sian anak2 akak begitula rezeki masing2 kan.. Allah tu adil
Quote Katanya 1-7-2021 07:29 AM
rosannazmia replied at 1-7-2021 07:23 AM
Syukur isteri dia blh breastfeed kan bb tu.. pada ahkak dah satu rezeki tu… mcm ahkak dua2 anak a ...

Kalau fikir, mmg stressed Kak... Blm lagi kena podok dengan pendapat BM vs FM... Blh jadi sasau..betul rezeki masing2
Quote depresio 1-7-2021 07:30 AM
Ivf ni proses yang menyakitkan bagi seorg perempuan

Sakit fizikal sakit mental dan sangat menggangu emosi
Quote Manjahati 1-7-2021 07:53 AM
Moga dipermudahkan utk elizad
Quote None68 1-7-2021 08:02 AM
Mak ai 17x...mmg betul2 kuat..sakit tuh
Quote Nana_Man 1-7-2021 08:10 AM
Semoga ada rezeki untk Elizad dan suami.
Quote sarah82 1-7-2021 08:22 AM
Aku baca ttg IVF utk wanita.. Aku yg rasa sakit gila.. Wanita2 yg berkali2 cuba IVF utk dptkan anak sememangnya tabah
Quote nakkomenjugak 1-7-2021 08:25 AM
Wowww. Strong woman!
Semoga dipermudahkan urusan deyols.

Sape mulut neraka panggil orang mandul tu????
Quote shernazz 1-7-2021 09:05 AM
Elok lah orang yang mulut cabul cakap orang lain mandul tu ..keturunan dia jadi mandul..
Padan muka..
Iols cukup tak suka orang yang judgemental neh..dia aje yang elok..orang lain tak elok...
Jatuh twrduduk baru tau langit tinggi rendah..
Quote kikuri 1-7-2021 09:06 AM
makin cantik elizad.. semoga segala urusan dimudahkan...
Quote airmineral 1-7-2021 09:18 AM
mmg teruk la mulut jantan tu
da kena saman togel ke belummmm
i doakan sapa2 yg tgh nak ada zuriat moga2 dikurniakan rezeki dpt zuriat dan bersabar serta sentiasa doa dan usaha
Quote twins 1-7-2021 09:27 AM
orang yg mengutuk Elizad tu... kalau dia bujang dia sndri belum pasti Allah akan kurniakan zuriat ataua tidak... mungkin dia termasuk golongan yg takkan ada zuriat... tambah bila mulut sedap2 menghina orang sedangkan zuriat tu anugerah Allah.. hak Allah nak bagi ke tidak.   Pada yg ada zuriatt & menghina jugak... mana tau.. anak2 korang tu nanti ada peluang ke tidak berzuriat ?..  sbb tu bila melibatkan anugerah Allah...hati2 bila berbicara... kot nanti  kena kat batang hidung sendiri....
Quote MoonRise 1-7-2021 09:36 AM
Bersyukur kita tak diuji begitu.
Tapi mulut, tak menahan nak mengata org jgk
Kalau tak ada benda baik nak cakap, baik diam ja
Quote BarbiePink 1-7-2021 09:39 AM
17x buat IVF omg tabahnyer
coz nak merasa ada anak sendiri
nak bagi laki zuriat bbinikan namanyer
hampeh dan bencikkkk
bila laki carik laen gak lepas tuh

Lihat semua komen(83)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

28-4-2024 08:04 AM GMT+8 , Processed in 0.056750 second(s), 48 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top