CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Fify Azmi Jadi Gadis Tomboi

1-7-2021 10:52 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 4308| Komen: 15

Description: Setiap karya akan memberi cabaran baru buat pelakon yang membintanginya.
Setiap karya akan memberi cabaran baru buat pelakon yang membintanginya.

Bagi Fify Azmi yang kini membintangi drama bersiri Ratu Ten Pin, cabarannya berbeza dan menjadi pengalaman baru buatnya.



Foto: IG

"Pembikinan drama ini memang sangat mencabar sebab saya tak pernah bermain boling secara profesional.

"Jadi, nak tahu mengenai peraturan dan sebagainya dalam sukan ini memang agak mencabar buat saya," katanya.



Menurut Fify yang memegang watak sebagai Reesz, untuk menguasai permainan dan fokus kepada lakonan, ia ada sesuatu yang mencabar keupayaannya.

"Kami semua menjalani latihan supaya nampak seperti pemain boling profesional. Namun, pada masa sama, kami bukan main betul-betul.

"Tapi, di depan kamera pula, kami perlu pastikan penghayatan lakonan itu menjadi. Memang mencabar untuk menyesuaikan semuanya," katanya.




Bagaimanapun, Fify bersyukur kerana mendapat bantuan daripada mereka yang berada di lokasi penggambaran.

"Pasukan produksi semua saling membantu antara satu sama lain termasuklah pengarah yang juga banyak memberikan tunjuk ajar," katanya.

Berkongsi mengenai watak Reesz, Fify menggambarkan watak itu sebagai gadis tomboi dan pada masa sama, penyayang.



"Reesz adalah gadis tomboi yang agak kasar. Tapi, pada masa sama, dia juga rapat dengan ibunya.

"Apa yang boleh saya katakan, watak kali ini berbeza dengan lakonan saya dalam karya terdahulu kerana kali pertama saya memegang watak sebagai gadis tomboi," katanya.



Selain Fify, drama Ratu Ten Pin arahan Jinggo itu turut dibintangi Elisya Sandha, Syaidatul Afifah, Hazeeq Dean, Nazim Othman, Sheila Rusly, Nasz Sally, Eizlan Yusof, Aleeza Kasim, Esma Daniel dan Lisdawati. -CARI

Sumber: Harian Metro

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote ImpianSeroja 1-7-2021 11:14 AM
Iolls suka dia berlakon sejak tgk dia dlm Ryan Aralin
Quote nakkomenjugak 1-7-2021 12:42 PM
iols nak buat rambut tomboi gituuu tapi mengenangkan iols rupa ahso jual kangkung, terpaksa lupakan. Btw sheols cute
Quote MarryPottet 2-7-2021 12:34 AM
Nyawa cyst terkini kah ini?
Pengganti jannah nik
Takmo gaduh2 macam yg lepas okeyh
Btw, masa shooting drama ni lah kan yg viral kes cyst & team solat terawih berjemaah kat bowling alley
Quote anony-mous 2-7-2021 01:54 AM
Dia ni lawa in real. Punya lah famous arnd 10y ago. Budak2 subang mesti kenal
Quote I.K.A888990 2-7-2021 02:02 AM
tapi mmg dia ni jenis yg comel ek.
ingatkan muda lagi
Quote oggy 2-7-2021 02:07 AM
Muka dia iras2 Noni besen. Tapi dia cute lagi lah. Dalam movie Wira dasat jugak dia fight. Nampaklah tomboy dan kasarnya.
Quote puanbintang 2-7-2021 04:17 AM
Comelnya muka  dia walaupun rambut pendek gitu.
Quote uori 2-7-2021 06:52 AM
aku rasa muka dia macam Shah rukh khan
Quote duri_durians 2-7-2021 09:26 AM
anony-mous replied at 2-7-2021 01:54 AM
Dia ni lawa in real. Punya lah famous arnd 10y ago. Budak2 subang mesti kenal

yg main futsal kat subang tu fify ke kembar dia?
Quote fadz84 2-7-2021 09:31 AM
Dia ni yg viral amek gmbar selfie ngn jenazah bapak dia kn..
Quote anilanil 2-7-2021 10:07 AM
Sejak shooting film wira tak panjang2 rambut si pipi ni. Tapi mmg lagi cute kot sheol berambut pendek.
Quote kukukatablog 2-7-2021 10:18 AM
wow syaidatul afifah pon dan jd pelakon ker...
Quote anony-mous 2-7-2021 01:01 PM
duri_durians replied at 2-7-2021 09:26 AM
yg main futsal kat subang tu fify ke kembar dia?

Both ada main futsal. So kena tgk dlu yg mana
Quote twins 2-7-2021 03:07 PM
Dia ni comellll sangat.... watak gurgurl pun sesuai... watak tomboy mcm wira tu pun sesuai...  suka tengok lakunan dia
Quote chekacheku 2-7-2021 11:29 PM
Muka bdl bandar betul dia ni

Lihat semua komen(15)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

11-5-2024 01:47 PM GMT+8 , Processed in 0.061139 second(s), 44 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top