CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Amyra Rosli Promosi Durian Pun Kena Kecam, Disuruh Makan Sorok-Sorok!

1-7-2021 10:06 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 12207| Komen: 73

Description: Pelakon Amar meluahkan rasa kesal apabila niat murni isterinya, Amyra Rosli untuk membantu peniaga ketika sekatan pergerakan dilaksanakan menerima respons negatif daripada netizen.
Pelakon Amar meluahkan rasa kesal apabila niat murni isterinya, Amyra Rosli untuk membantu peniaga ketika sekatan pergerakan dilaksanakan menerima respons negatif daripada netizen.


Dalam perkongsian menerusi Instagramnya, Amar memuat naik tangkap layar gambar Amyra memegang sebekas durian yang dipromosikannya.


Foto: IG

Menerusi perkongsian sama, Amar turut memuat naik tangkap layar komen negatif daripada netizen yang mendakwa Amyra menunjuk-nunjuk sedangkan ramai yang tidak mampu membeli buah tersebut berikutan harga yang mahal.

“Makan sorok-sorok, usah tunjuk-tunjuk. Kasihan yang teringin tapi tak mampu,” tulis seorang netizen.

“Betul tu. Bukan negatif, kasihan kat orang yang teringin tapi tak mampu. Ramai artis kayangan yang tak sensitif dengan keadaan rakyat. Durian pun nak buat review ke?” soal seorang lagi netizen.





Tampil mempertahankan isterinya, pelakon drama Hati Yang Dikhianati itu berkata, tiada orang lain yang akan membantu melainkan kita sesama sendiri.

“Keinginan dan kemampuan adalah dua jalan berbeza. Berbelanja ikut kemampuan (keperluan). Kami pun banyak perkara yang diinginkan tapi tak mampu.

“Takde pula kami marah penjual Vellfire Royal Lounge. Kami beli Bezza saja. Janji boleh keluar cari rezeki, muat bawa keluarga. Syukur alhamdulillah,” katanya.



Pada masa sama, Amar mengambil kesempatan memberi sedekah buah durian yang dipromosikan Amyra kepada dua orang pengikutnya yang bertuah.

“Kalau teringin makan durian, belilah ikut kemampuan. Kan ada banyak jenis durian? Tak semestinya kena beli durian yang premium macam @dooran.dooran.co.




“Kami faham situasi sekarang yang agak tertekan. Harap semua tingkatkan kesabaran untuk sama-sama atasi masalah pandemik ini.

“Kalau ada yang betul-betul teringin nak rasa durian ini, saya boleh sedekah. Tapi tak banyaklah sebab saya pun tak mampu. Nanti saya pilih dua orang yang bertuah,” ujarnya lagi. – CARI

Sumber: Kosmo

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote msdummy.2018 30-6-2021 06:55 PM
Saper suruh batak sgt follow retis
Quote MontanaHannah 30-6-2021 07:01 PM
Amyra ni rupa lawa juga tp sebab xde value sebab tu hanya dapat Amar Baharin saja

kayap sungguh taste dia
Quote makadek 30-6-2021 07:12 PM
Nurtizen mohdzen dh mula nk kecoh2
Pasal apa yg patut dn tk patut
Hobi kita post pic makanan pn diorg nak halang
Sebagai tanda kita kena alert perasaan org lain

O whatever
Fbianz perangai mcm kmak memasing
Puih
Quote slyfynx 30-6-2021 07:19 PM
Dua2 aku x sokong.
Korang aku x sokong, netizen aku x sokong.
So leh lenyap dua2 sekali
Quote Perawankota 30-6-2021 08:11 PM
Amar pakai bezza?
Quote cha-cha 30-6-2021 08:17 PM
Dah start dahhhh...
Quote sleepandream 30-6-2021 08:22 PM
habistu kau register instagram kau nak tengok apa je?
tak suka butang unfollow/block ada...
bingai makan durian pun nak nyorok2...
Quote aammyy 30-6-2021 08:35 PM
Abaikanlah manusia macam ni. Mampos lah kalau nak kena jaga hati semua follower.
Quote ImpianSeroja 30-6-2021 08:50 PM
Rasanya nya bkn Amyra jer yang post durian ni kat socmed..ramai lg yg post sbb skrg mmg musim durian kan.
Kalau nak ikut kesian pada yg tak mampu time PKP nie..bkn durian sahaja yg tak leh post..byk lg Makanan lain yang x boleh post..senang citer semua makanan la x leh post baru betul kalau nk tegur.
Ntah la perkara ni bergantung kpd penilaian memasing..boleh jd perkara ni nampak baik..boleh jd nampak buruk.
Tp
Quote AbukRokok 30-6-2021 09:09 PM
makan durian kene sorok2
merentas negeri/daerah pun kne sorok2

nanti netijin emotional
Quote bankerpencen 30-6-2021 09:52 PM
MontanaHannah replied at 30-6-2021 07:01 PM
Amyra ni rupa lawa juga tp sebab xde value sebab tu hanya dapat Amar Baharin saja

kayap sungguh t ...

Tu la, lawa dia ni. Ingatkan carilah juga yang educated, family berada sikit (el kening ulat beluncas tu pun muka nan hado pun mampu dapat yang ok..) sayang dia ni terlepas kat si amar
Quote aderaderker 30-6-2021 11:05 PM
Yg tak mampu jaranglah dok scroll insta retis..

Nak topup pun takde duit.
Ni jenis nut-tizen bodoh semua benda pun tak kena..
Quote cikgojesss 30-6-2021 11:09 PM
takda edisi bebird berterbangan ker heols ni??
Quote bintangct 1-7-2021 07:58 AM
bankerpencen replied at 30-6-2021 09:52 PM
Tu la, lawa dia ni. Ingatkan carilah juga yang educated, family berada sikit (el kening ulat belun ...

dulu ex dia pun pelakun sendu juga si dazrin tu
agaknya dia mmg suka couple dgn artis kot
syg muka lawa
Quote Rogue98 1-7-2021 08:15 AM
Si suami asik sentap jer memanjang. Diam2 sudah...bukannye org ambik pot pun.
Quote Raline 1-7-2021 08:19 AM
slyfynx replied at 30-6-2021 07:19 PM
Dua2 aku x sokong.
Korang aku x sokong, netizen aku x sokong.
So leh lenyap dua2 sekali

mcm basic juga?
Quote AshkieLa 1-7-2021 08:32 AM
MontanaHannah replied at 30-6-2021 07:01 PM
Amyra ni rupa lawa juga tp sebab xde value sebab tu hanya dapat Amar Baharin saja

kayap sungguh t ...

sebelum tu lagi si dazrin.. pastu amar.
ntah... rasa mcm asal ade orang ngorat sangkut terus. gitewwww
Quote supermum 1-7-2021 08:36 AM
Betul la apa laki dia kata tu. Asal boleh kecam artis
Quote AshkieLa 1-7-2021 08:43 AM
makadek replied at 30-6-2021 07:12 PM
Nurtizen mohdzen dh mula nk kecoh2
Pasal apa yg patut dn tk patut
Hobi kita post pic makanan pn d ...

kan.. tengah sesak jangan main tenet..
simpan duit data tu. Jangan bazir.
Off dulu drpd main socmed...
ig tu memang utk up gambar kot...
yang gatal nak follow retis tu pasai ape...


Lihat semua komen(73)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

11-5-2024 01:47 PM GMT+8 , Processed in 0.059967 second(s), 48 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top