CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Anzalna Tak Terkesan Dengan Pandemik Tapi Sebak Teringat Orang Susah

1-7-2021 10:16 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 2979| Komen: 4

Description: Lain orang, lain situasinya.
Lain orang, lain situasinya.

Pandemik ternyata memberi kesan yang cukup kuat buat semua orang.

Biarpun tidak terjejas secara fizikal, pelakon Anzalna Nasir meluahkan, hatinya pasti terhimpit kesayuan memikirkan situasi golongan terjejas setiap kali melihat meja yang dipenuhi makanan.

Foto: IG

Kata bekas finalis Dewi Remaja 2009/2010 itu, perasaan tersebut hadir apabila menyaksikan banyak berita tentang kehidupan rakyat Malaysia yang kini berdepan pelbagai tekanan hidup kerana pandemik Covid-19.

Susulan itu, dia menyeru orang ramai yang berkemampuan terus menghulurkan bantuan kepada mana-mana pihak kini berada dalam kesusahan.


Foto: IG

“Setiap kali tengok meja yang penuh dengan makanan mesti terfikir akan mereka yang kurang bernasib baik. Dalam keadaan sekarang, jangan lupa mereka yang memerlukan kita.

“Sekiranya ada rezeki lebih, jangan lupa hulurkan. Jangan fikir tentang kandungan untuk media sosial sahaja! Sedekah dengan ikhlas akan menjanjikan ganjaran pahala buat kita,” katanya dalam InstaStory.



Dalam hantaran lain, Anzalna memberitahu pandemik Covid-19 tidak memberikan impak besar kepada kehidupan sehariannya kerana dia berpeluang menghabiskan lebih banyak masa bersama keluarga.

Ujar pemilik nama lengkap Nur Anzalna Md Nasir, 33, dia juga bersyukur kerana PKP tidak begitu menjejaskan aturan kehidupan sehariannya yang memang suka berada di rumah.



“Nasib baik saya memang sejenis yang suka duduk rumah dan bukan suka melepak, jadi tidak terasa sangat. PKP atau tidak, sama sahaja kehidupan.

“Ya, kehidupan saya kedengaran bosan sangat tetapi sebenarnya sangat seronok kerana boleh menghabiskan masa bersama keluarga,” ujar ibu kepada seorang cahaya mata lelaki, Mohamad Eidrees,2, itu.



Pelakon Memori Cinta Suraya itu turut melahirkan kerisauan terhadap angka 
|}>> dan kes bunuh diri yang semakin meningkat ketika ini.

“Sekarang ini risau lihat kes positif dan angka kematian mangsa Covid-19 meningkat serta kes bunuh diri bertambah kerana tekanan.



“Semoga kita semua dijauhi daripada penyakit berjangkit ini,” katanya.

Untuk rekod, kes baharu positif Covid-19 semalam dilaporkan sebanyak 6,473 manakala 107 direkodkan sebagai kes kematian baharu. – CARI

Sumber: Kosmo

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote nakkomenjugak 1-7-2021 12:48 PM
iols suka dia ni. lawa...
Quote tapirbiru 1-7-2021 02:12 PM
jmpa kt ikea ..mcm indon je..dgn pendek nya.. sis rasa tertipu sgt dgn artis
Quote slyfynx 1-7-2021 02:37 PM
thred Raline


Teeeeeeetttttt....
Thread dah ade
Quote jerukkedondong 2-7-2021 09:15 AM
nakkomenjugak replied at 1-7-2021 12:48 PM
iols suka dia ni. lawa...

kan......lawa sangat...humble dan peramah pulak tu....tapi rambut tu mcm langsuir..mmg lah hitam lebat....bagi curly sikit ok kot kan...hahaha

Lihat semua komen(4)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

12-5-2024 05:12 AM GMT+8 , Processed in 0.253310 second(s), 33 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top