CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

"Tak Payah Pujuk Janna Nick,"-Dini Schatzmann

30-6-2021 11:51 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 8215| Komen: 29

Description: Pelakon Dini Schatzmann merungkaikan salah faham netizen berhubung gurauan kekasihnya, Janna Nick yang disangka naik hantu dek penampilannya seperti wanita, baru-baru ini.
Pelakon Dini Schatzmann merungkaikan salah faham netizen berhubung gurauan kekasihnya, Janna Nick yang disangka naik hantu dek penampilannya seperti wanita, baru-baru ini. 


Katanya, Janna sedia maklum mengenai video yang dikongsikan malah kemarahan yang ditunjukkan dalam Instagram hingga mengundang persoalan ramai itu sekadar usikan sesama mereka.


Foto: IG

“Saya harap orang ramai tidak ambil serius berhubung video penjagaan wajah yang memaparkan saya berpakaian seperti wanita dalam hantaran berkenaan.

“Itu hanya hiburan untuk pengikut saya malah segala-gala yang ditunjukkan dalam video berkenaan bukan menunjukkan personaliti saya yang sebenar.

“Janna pun tahu pasal hantaran yang saya buat. Dia tak marah pun masa memuat naik beberapa ‘post’ di Instagram Story kerana pada masa sama dia juga bergurau.

“Kami sama-sama tahu, jadi tidak timbul isu kami bergaduh atau saya perlu memujuknya. Kami okey saja,” jelas Dini kepada Kosmo! Online.


Terdahulu, aktor muda berdarah campuran Jerman itu menimbulkan kerisauan netizen apabila memperlihatkan dirinya memakai persalinan perempuan di akaun laman sosial peribadinya.

Situasi menjadi lebih hangat apabila teman wanitanya juga pelakon popular, Janna Nick meluahkan rasa rasa seolah-olah kurang senang dan naik marah dengan perbuatan Dini yang dianggap memalukan.

Biarpun video itu difahamkan untuk mempromosikan produk kecantikan, namun segelintir netizen juga berasa bimbang tentang tahap kesihatan mental mereka memandangkan pelbagai tekanan boleh tercetus sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan bagi mengekang pandemik Covid-19.



Lebih membimbangkan, Janna sendiri pernah membuat pengakuan mengalami gangguan bipolar dan masih menjalani rawatan susulan bagi meredakan tekanan emosi yang dihadapinya sejak remaja itu.

“Tiada apa yang perlu saya jelaskan lagi sebab kami sama-sama tahu dan pada masa sama kami tak ambil serius dengan media sosial atau mengaitkannya dengan kehidupan peribadi kami.



“Ada juga yang cakap penampilan sebagai wanita itu juga adalah gimik untuk produk kami berdua nanti. 

“Buat pengetahuan semua, kami belum ada perancangan untuk lancar produk bersama pun buat masa ini,” katanya lagi.



Pelakon berusia 27 tahun itu mula mengenali Janna atau nama sebenarnya, Nurul Jannah Muner, 26, ketika sama-sama membintangi drama Bukan Cinta Aku dan serius sebagai pasangan kekasih sejak tahun 2019. -CARI

Sumber: Kosmo

Bagus
1

Marah
1

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Tinot7 30-6-2021 11:54 AM
Berita nih mcm dah pernah baca...
Quote Ferr_Remy 30-6-2021 12:01 PM
Muka ensem camni pakai White Pluffy je? X percaya aku hahaga
Quote nakkomenjugak 30-6-2021 12:21 PM
Perlu keee jadik drag bagai ni dek nonnnn... lantak ko lerrr
Quote slyfynx 30-6-2021 12:39 PM
Eh sape nk pujuk.
Xde sape heran pun.
Korang berdua masuk gaung pun orang x heran.
Pengsan tgh jalan pun orang kuis ngn kaki je
Quote fealefea 30-6-2021 12:43 PM
Dasar ye hari2 masuk berita org takde talent. Mesti reputs cari kene bayo cover cite bodo cam Neelofa,  Kemot n kakak, ni Janna and dini.
Quote Kurex 30-6-2021 01:09 PM
Sambung benang yg sedia tak boleh ke pal*t,???
Quote LadyCarefree 30-6-2021 01:36 PM
Tolowers je yg kisah
Quote sparkly 30-6-2021 01:38 PM
Weird couple
Quote 3480 30-6-2021 01:39 PM
Video dia tenyeh belakang kt meja tu mcm cruela
Quote NazRysha 30-6-2021 02:09 PM
dia nanti lama2 gila mcm awek dia
Quote ketupatnasi 30-6-2021 02:14 PM
sape jeh yang amek seruis?
Quote dudaberhias 30-6-2021 02:17 PM
who caresss... kosser nak pujuk si yenna mental tu... pandai2 la dia pergi makan ubat...

btw dini dah berubah arah ke menonggeng ke?
nauzubillah min zalik... tak sangka yach...

so kalau kahwin nanti dini yang dok menonggeng atas katil lah yer bukan yenna?

terbayang iols bila malam2 yenna dalam position menonggeng menanti di tusuk... rupa2 nya dini pun dok menonggeng sama...

last2 dua2 menonggeng kehausan hingga ke subuh menanti di tusuk...
habuk pun takde... in the end bangun sembahyang subuh dan tido balik jah...
Quote imanda 30-6-2021 02:34 PM
so kapel sepadan sama2 mental??
Quote Minami2013 30-6-2021 03:10 PM
Wah.. menarik betul cara dia promo. I ingat die sejenis kayu kayan. Tapi not bad rupanya. Cuba lah berlakon watak bukan lelaki macho lepas ni, maybe boleh pergi jauh.

I tgk janna komen tu pun dah tau usik mengusik je.
Quote fido_dido 30-6-2021 05:15 PM
takde org kisah pon semua dah tau korang ni dua2 mental lapar perhatian..sila berambus dr industri yach
Quote kiah_mai_pulak 30-6-2021 05:21 PM
bodoh mana lah yg kisah sgt dgn kesah ko 2 ekor ni????
Quote che-cikL 30-6-2021 05:26 PM
X leh sambung thread Janna pasal ni juga ke?
Quote TomyamPuteh 30-6-2021 05:29 PM
Janna Nick cantik.
Quote I.K.A888990 30-6-2021 05:34 PM
elok la kawen cpt dorang ni. boleh la bervideo berdua2 mcm tu plak kut naik viral ke nnt

Lihat semua komen(29)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

28-4-2024 03:32 PM GMT+8 , Processed in 0.157530 second(s), 48 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top