CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Gali Semula Kubur Sebab Tak Percaya Isteri Maut Akibat Covid-19

30-6-2021 02:02 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 2274| Komen: 10

Description: Seorang lelaki sanggup menggali semula kubur isterinya yang didakwa meninggal dunia akibat Covid-19 selepas lima hari dikebumikan.
Seorang lelaki sanggup menggali semula kubur isterinya yang didakwa meninggal dunia akibat Covid-19 selepas lima hari dikebumikan.

Lapor Kompas.com, kejadian itu berlaku di kota Serang, Banten, pada Sabtu lalu selepas lelaki yang dikenali sebagai Zahroni itu tidak percaya isterinya, Aisah maut akibat koronavirus.




Sebelum itu, keluarga Aisah mendakwa wanita itu meninggal dunia bukan kerana Covid-19, namun dia dikebumikan mengikut protokol Covid-19.

Hal ini kerana, pihak hospital belum mengeluar hasil keputusan ujian saringan Covid-19 yang dilakukan terhadap Aisah sebelum dia meninggal dunia.

Dek kerana perasaan ingin tahu yang kuat dan ingin memastikan sama ada wanita itu meninggal dunia akibat Covid-19 atau tidak, lelaki itu menggali kubur isterinya.

“Terus terang saya katakan, kami satu keluarga ingin tahun jika isteri saya meninggal dunia akibat Covid-19 atau tidak.


“Anak-anak juga setuju kubur isteri saya digali semula agar kami tidak lagi tertanya-tanya dan keadaan menjadi jelas,” kata Zahroni.

Jelas Zahroni, isterinya meninggal dunia tiga hari selepas mendapatkan rawatan di hospital dan dimaklumkan maut akibat Covid-19.

Namun, hospital tidak mengeluarkan keputusan rasmi ujian saringan Aisah dan hanya mengeluarkan surat kematian.

“Ketika dimasukkan ke hospital, isteri saya mengadu tentang penyakitnya iaitu darah tinggi dan asma sebelum meninggal dunia,” ujarnya.

Sementara itu, ketua kampung, Ahmad Bazuri menyatakan pihaknya sudah menerima keputusan ujian saringan Aisah dan wnaita itu disahkan meninggal dunia akibat Covid-19.

Ahmad juga sudah memaklumkan mengenai perkara itu kepada Zahroni serta anak-anak mereka.


Sumber: Utusan

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak
1

Bosan

Friends Rank (1 people)

  • Bosan

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote helicornia 30-6-2021 03:09 PM
so kalau bukan kerana covid, dia nk buat apa?
Quote ImpianSeroja 30-6-2021 03:33 PM
Aduh...elok dah kebumi buat apa di gali balik.. semata2 nk sahkn yg meninggal sebab cobit atau x..pastu nk buat apa seterusnyer
Quote ImpianSeroja 30-6-2021 03:34 PM
helicornia replied at 30-6-2021 03:09 PM
so kalau bukan kerana covid, dia nk buat apa?

Ye kan.. tertanya tanya apa seterusnyer yg family diorg tu nak buat pas gali tu
Quote Decaffeinated 30-6-2021 03:36 PM
Lepas gali apa ko nampak ndon?
Quote shernazz 30-6-2021 03:38 PM
Nak.gali buat apa?bukan bolrj soh masak.nasik pung..
Dah betul.dia.meninggal..tunggunaje la.keputusan..
Kat mesia neh dia tak release selagi tak.tau.keputusan covid
Lepas tau keputusan baru release ikut sop..takdak covid..waris boleh amek..
Quote I.K.A888990 30-6-2021 06:38 PM
jgn la diseksa lagi arwah tu
Quote supernaturalee 30-6-2021 09:53 PM
Dh tu ko sndiri ke nk conduct post mortem bagai utk sahkan punca kematian


Quote naina 30-6-2021 09:59 PM
Uihhh tak seram ke gali balik mayat yang dah 5 hari tu..sure muka dah lain.
Biarlah ada sesetengah orang memang rasa ingin tahu dan tidak puas hati tu wujud. Jadi bila dah betol confirm baru rasa legaaaaa.
Quote Trumpettt 30-6-2021 10:01 PM
Mcm mcm diorang ni....speechless.
Quote jazaa100 1-7-2021 01:05 PM
Klu confirm mati bkn covid, blh hidup balik lah iya?....

Lihat semua komen(10)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

27-4-2024 03:28 AM GMT+8 , Processed in 0.073699 second(s), 39 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top