CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Gaya Hidup Lihat artikel

'Kunci Rahang', Alat Turunkan Berat Badan Pertama Di Dunia Dicipta

30-6-2021 03:49 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 5656| Komen: 53

Description: Sekumpulan penyelidik dari New Zealand mencipta sejenis alat menurunkan berat badan dengan mengunci rahang pemakai daripada terbuka luas sekali gus menahan diri daripada makan dalam kuantiti yang bany ...
Sekumpulan penyelidik dari New Zealand mencipta sejenis alat menurunkan berat badan dengan mengunci rahang pemakai daripada terbuka luas sekali gus menahan diri daripada makan dalam kuantiti yang banyak, lapor akhbar The Sun semalam.


Digelar sebagai ‘alat menurunkan berat badan pertama di dunia’ peranti menggunakan magnet itu menghalang mulut daripada terbuka melebihi 2 milimeter.

Menurut perekanya, alat tersebut dapat mengehadkan amalan pemakanan kepada diet berasaskan cecair.


Alat tersebut menggunakan magnet yang dilekat pada gigi gigi. – Universiti Otago

Bagaimanapun, pemakai masih boleh bercakap dan bernafas dengan normal selain terdapat fungsi keselamatan yang membolehkan alat tersebut dicabut jika berlakunya serangan panik atau tercekik.

Menurut Pro-Naib Canselor Sains Kesihatan Universiti Otago merangkap ketua penyelidik, Profesor Paul Brunton, alat itu adalah selamat digunakan untuk membantu mencegah obesiti.


“Alat tersebut akan dimasukkan di sekeliling gigi oleh doktor gigi dan ia merupakan alternatif kepada  prosedur pembedahan yang tidak invasif, boleh dicabut, menjimatkan dan menarik.

“Tidak ada kesan buruk jika memakai alat ini,” katanya.

Menurut penerbitan British Dental Journal, enam responden yang mengambil bahagian dalam ujian pemakaian alat tersebut menunjukkan mereka hilang berat badan secara purata 6.36 kilogram dalam masa dua minggu.

Dalam pada itu, alat tersebut mencetuskan kontroversi di internet selepas ramai pengguna berpendapat ia tidak sesuai untuk digunakan.

“Saya rasa ia agak teruk dan menjatuhkan maruah,” tulis seorang pengguna di Twitter.

“Masalah kami, golongan berbadan gempal ini adalah kami tidak boleh menutup mulut kami (daripada untuk terus makan),” tulis seorang lagi pengguna. 


Sumber: Kosmo

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote kakikuDibibirmu 30-6-2021 03:56 PM
Macam kancing gigi jah
Quote exclusive_vvip 30-6-2021 04:01 PM
I percaya je alat ni x bahaya..sbb I penah je buat IF  x makan 24, paling max 36jam...takde mudarat...tapi i xde masalah kuat makan, i punya problem kuat minum nescafe susu @ teh tarik..
Quote makadek 30-6-2021 04:07 PM
exclusive_vvip replied at 30-6-2021 04:01 PM
I percaya je alat ni x bahaya..sbb I penah je buat IF  x makan 24, paling max 36jam...takde mudarat. ...

Sbb tu aku tk beli nes..
Nk pulak kedai jauh kira dptla kurangkn ketagihan
Quote Minami2013 30-6-2021 04:07 PM
Macam pakai braces lah kot bila ada bendasing dlm mulut jadi makan pun tak la selera sgt.
Quote haruslah 30-6-2021 04:10 PM
exclusive_vvip replied at 30-6-2021 04:01 PM
I percaya je alat ni x bahaya..sbb I penah je buat IF  x makan 24, paling max 36jam...takde mudarat. ...

Nescafe susu x helok ke?
I buat 1mug 250mlm nes+susu full cream+gula stgh sudu
Quote dua_chzy 30-6-2021 04:13 PM
This is torture.

Quote dua_chzy 30-6-2021 04:14 PM
exclusive_vvip replied at 30-6-2021 04:01 PM
I percaya je alat ni x bahaya..sbb I penah je buat IF  x makan 24, paling max 36jam...takde mudarat. ...

Ai boleh tahan tak makan 24 jam atau lebih, minum air ja. Tapi lepas tu bila dah setat makan, choiiiiii.
Quote insulin 30-6-2021 04:23 PM
Ini semua tak perlu dan merepak.
Quote MeghanK 30-6-2021 04:27 PM
exclusive_vvip replied at 30-6-2021 04:01 PM
I percaya je alat ni x bahaya..sbb I penah je buat IF  x makan 24, paling max 36jam...takde mudarat. ...


iols sama macam uols..iols tak makan dessert junk food cikedis segala tapi iols suka minum nescafe tarik dengan teh tarik..hasil nya iols ada pipi pau
Quote anony-mous 30-6-2021 04:29 PM
dua_chzy replied at 30-6-2021 04:14 PM
Ai boleh tahan tak makan 24 jam atau lebih, minum air ja. Tapi lepas tu bila dah setat makan, choi ...

Sep! Kita geng. Takat 24jam tu amatur jah. Tp klau paksa i mkn mcm dlm pantang tu, bg 3 kali sehari pon xlalu
Quote anony-mous 30-6-2021 04:30 PM
MeghanK replied at 30-6-2021 04:27 PM
iols sama macam uols..iols tak makan dessert junk food cikedis segala tapi iols suka minum nesca ...

I baru je hilangkan ketagihan terhadap nes ais. Nikmat sgt
Quote MeghanK 30-6-2021 04:32 PM
anony-mous replied at 30-6-2021 04:30 PM
I baru je hilangkan ketagihan terhadap nes ais. Nikmat sgt

iols sejak wfh ni buat rule segala tarik2 tu minum weekend je..hari keje bantai americano atau long black jah tapi teringin2 minum la jugak kopi 3in1 tu
Quote brego 30-6-2021 04:40 PM
Edited by brego at 30-6-2021 04:46 PM

gigih.
stop makan straight 2,3 hari dalam seminggu.
kosongkan perut dalam 48-72 jam.
buat tiap minggu sampai kurus.
IF masa weekday, weeken makan macam biasa.


[youtube]EX_kg6Nimbc[/youtube]


Quote brego 30-6-2021 04:40 PM
Quote suzycutegal 30-6-2021 05:11 PM
brego replied at 30-6-2021 04:40 PM
gigih.
stop makan straight 2,3 hari dalam seminggu.
kosongkan perut dalam 48-72 jam.

Bagusnya. Okay nak try buat lah. Thank u for the info
Quote lavendernovella 30-6-2021 05:12 PM
Kalau tersedak , terbatuk , gosok gigi tak ker susah?
Quote brego 30-6-2021 05:20 PM
Edited by brego at 30-6-2021 07:55 PM
suzycutegal replied at 30-6-2021 05:11 PM
Bagusnya. Okay nak try buat lah. Thank u for the info

good luck
boleh guna apps nih, fasting tracker
https://play.google.com/store/ap ... amp;hl=en&gl=US

untuk motivate diri n monitor fasting record,
jugak banyak bagi tips/info tentang IF



Quote dani-rox 30-6-2021 05:21 PM
one meal a day + clean eating + exercise
nescaya ko mampu turun berat badan dlm masa bbrp bulan jah.
nampak sgt ko ada masalah self control kalo dah tahap kunci rahang bagai.
Quote dani-rox 30-6-2021 05:26 PM
exclusive_vvip replied at 30-6-2021 04:01 PM
I percaya je alat ni x bahaya..sbb I penah je buat IF  x makan 24, paling max 36jam...takde mudarat. ...

ai pun tak boleh buang habit minum kopi, kes ai campur susu kotak low fat. bertabah je laahh

Lihat semua komen(53)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

17-4-2024 01:31 AM GMT+8 , Processed in 0.220550 second(s), 48 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top