CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Jahatnya Grup Antivaks Ni Guna Berita Komplikasi Isteri Fitri Haris Ketika Bersalin

30-6-2021 04:25 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 7936| Komen: 24

Description: Penyanyi Dr Fitri Haris bengang apabila foto isterinya Fazilah Omar disalah guna oleh kumpulan anti vaksin di aplikasi Telegram dengan menyebarkan maklumat yang tidak benar.
Penyanyi Dr Fitri Haris bengang apabila foto isterinya Fazilah Omar disalah guna oleh kumpulan anti vaksin di aplikasi Telegram dengan menyebarkan maklumat yang tidak benar.

Menurut Fitri, 37, kumpulan itu menuduh komplikasi isteri ketika bersalin dan masalah yang dihadapi anaknya disebabkan pengambilan vaksin.



Kredit foto: IG Fitri

"Ada tersebar grup anti vaksin mengatakan seolah-olah apa yang berlaku terhadap anak saya adalah disebabkan isteri sudah ambil vaksin.

"Grup itu dia ambil gambar dalam instagram isteri saya padahal komplikasi isteri ketika bersalin tiada kena mengena dengan isu vaksin apa semua yang mereka cakapkan tu... ini dah jadi satu fitnah.

"Saya kena terangkan pada masyarakat supaya tiada mana-mana pihak yang salah faham sebab saya tengok dahsyat juga followers mereka, ada dalam lebih kurang 20,000 orang," katanya kepada mStar.


Menerusi laporan mStar pada Isnin lalu, isteri Fitri terpaksa menjalani pembedahan dan melahirkan bayi awal dari tarikh sepatutnya disebabkan berdepan dengan penyakit asma yang teruk.

Anak lelaki Fitri menghadapi masalah pernafasan selepas dilahirkan dan kini dipantau di Unit Rawatan Rapi Neonatal (NICU) Hospital Pakar An-Nur Bangi, Selangor.

Menyifatkan tindakan tersebut sebagai tidak berrtanggungjawab, Fitri akan mengambil tindakan undang-undang sekiranya perkara itu terus disebarkan kumpulan berkenaan.

"Saya akan ke balai polis untuk buat laporan dahulu dan minta nasihat daripada pihak berkuasa macam mana.

"Jika diteruskan (perkongsian), saya akan ambil tindakan mahkamah. Perbuatan mereka ini membuatkan emosi isteri terganggu sebab dia tengah recovering dan dengan keadaan anak lagi.

"Saya cuma berdoa mereka ini dibukakan hati serta mendapat hidayah daripada Allah SWT," ujarnya.



Bekas anggota UNIC ini mendirikan rumah tangga dengan pengurusnya, Fazilah pada Disember 2019.

Fitri pernah tiga kali menduda dan mempunyai seorang cahaya mata bernama Sofea Soleha, 16, yang menetap di Singapura bersama bekas isterinya.

Manakala Fazilah juga pernah mendirikan rumah tangga dan dikurniakan seorang anak lelaki bernama Qhalish Rayyan Adam, 10 tahun.


Sumber: mStar

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih
1

Lawak

Bosan

Friends Rank (1 people)

  • Lawak

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote belacan_gurl 30-6-2021 05:08 PM
Antivak pun melampau benor...korang xnak vaksin duduk diam sudahla...yg nak jadi penghasut buat apa ..nak mati .. mati sorg2 sudahla
Quote ninnamina 30-6-2021 05:33 PM
Geng ni memang xda keje lain ke eh. Dah la antivaksin. Sebar fitnah pulak tu..
Quote I.K.A888990 30-6-2021 05:39 PM
saman je antivaks ni. jgn bagi muka
Quote mzsnam 30-6-2021 06:00 PM
mcm mana nk report anti vaksin ig n fb ya. melampau tgk. org jd takot vaksin
Quote fadz84 30-6-2021 06:05 PM
Kerajaan menyediakan tiga akta untuk mendakwa individu atau kumpulan yang menghasut orang ramai untuk menolak suntikan vaksin Covid-19.

Tiga akta itu ialah Akta Hasutan 1948, Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 serta undang-undang di bawah Ordinan Darurat 2021.
Quote kembangbunga 30-6-2021 06:24 PM
Iols harap lepas settel program vaksin covid ni, gomen wajib kan semua permis business, hotel, resort, transportation, rumah ibadah & etc hanya terima org ramai yg lengkap 2 dose vaksin saja. Biar mereput geng antivaksin.
Quote slyfynx 30-6-2021 07:27 PM
Elok la.
Geng2 Ass ass ni.
Tolong cr diorang satu persatu, pindahkan di pulau yang sama.
And haramkan jejak ke tanah besar
Quote melinda_kerr 30-6-2021 07:34 PM
fadz84 replied at 30-6-2021 06:05 PM
Kerajaan menyediakan tiga akta untuk mendakwa individu atau kumpulan yang menghasut orang ramai untu ...

Dlm ni pun ada uols.. pastu suruh kita duduk diam2 takutkan kita yg vaccine kena blood clot. Apapun Beserah ajelah yg ptg usaha.
Quote imanjannah 30-6-2021 07:52 PM
berdosa golongan ni tau.. nyampah sungguh
Quote abadi84 30-6-2021 07:54 PM
Antivaks dan bangang mmg berpisah tiada. Gamaknya segala musibah dah dugaan yg menimpa dikata punca sbb vaksin. Kisahnya klu lps cucuk vaksin tetiba terkahwin dua pun salah vaksin sbb menaikkn hormon gatal
Quote dino 30-6-2021 07:55 PM
sejak bila plak antivac ni baik
tgk sohai donkey ina munga dua round tu sydah la haha
Quote ImpianSeroja 30-6-2021 08:55 PM
Dah xde kerja lain ke diorg nie..kot tak nak vaksin..jgn la hasut orang lain.diam diam suda
Quote Amigurumi 30-6-2021 10:02 PM
abadi84 replied at 30-6-2021 07:54 PM
Antivaks dan bangang mmg berpisah tiada. Gamaknya segala musibah dah dugaan yg menimpa dikata punca  ...

Adoi.. ini kelakar .

Nasib thread ni ada tulis penyanyi UNIC, i dari thread lagi satu dok tertanya sapo dia ni
Quote yondu 1-7-2021 09:35 AM
iols ada kenalan antivaks.benci i tgk dia. x pdnkn antivaks, jntn x guna, pakai duit bini, ramai betina, jln mngengkang tah pape, suara bingit nyaring mcm acey kinta kinte tu.

time kt ofis sebok dok promot antivaks dia tu. tp vaksin covid amik pulak.bodo betul
Quote hyunniesSS501 1-7-2021 09:56 AM
mana akaun antivaks tu aku nak tengok
tau la artis sendu mmg suka attention  seeker
Quote haruslah 1-7-2021 10:03 AM
I stuju saman je netz tu...netz skrg bitter sgt...pro vax xde pulak kaitkan yg mati sbb cov tu, antivax (ke ade?)
Pelik...antivax ni dah yakin vax x bkesan atau bg mudarat...tp suka sebar cerita org yg amik vax. Knp x cerita je alternatif/cadangan utk yg xnak vax....
I nak je baca keberjayaan antivax melawan cov...
(Antivax x sama dgn yg ragu2 nak amik vax cov)


Quote Managerara 1-7-2021 10:18 AM
Abang aku pun antivaxx..siapa yang dah vaksin dia suruh minum air kelapa dgn berbekam hahahaha bodoww.

Ko igt vaksin tu duduk kat bahu ke ko nak kuarkan
Quote Parit.Hilton 1-7-2021 11:10 AM
Managerara replied at 1-7-2021 10:18 AM
Abang aku pun antivaxx..siapa yang dah vaksin dia suruh minum air kelapa dgn berbekam hahahaha bodow ...

hahahha sorry uols abang uols tak cerdik. harap tak menurun kat adik dia

Quote matchstick 17-8-2021 08:15 PM
Dlm thread blastoff nun ada dak gmbr wife fitri nih..

Lihat semua komen(24)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

25-4-2024 06:37 AM GMT+8 , Processed in 0.048956 second(s), 48 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top