CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Ingatkan Selamat Buang Sofa Dari Tingkap, Nasib Baik Tak Terbunuh Jiran

22-6-2021 09:36 AM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 2280| Komen: 13

Description: Bukan hanya tiada kesedaran sivik, bahkan seorang lelaki Turki yang menghuni flat di Uskudar di bandar raya ini hampir sahaja membunuh seorang jirannya.
Bukan hanya tiada kesedaran sivik, bahkan seorang lelaki Turki yang menghuni flat di Uskudar di bandar raya ini hampir sahaja membunuh seorang jirannya.

Semuanya disebabkan tindakan dia mencampak keluar sofa lama daripada tingkap rumah disebabkan malas mahu membawa perabot itu turun dan buang di tempat yang betul.


Menurut laporan tempatan yang dipetik Daily Star, kejadian berlaku pada 9 Jun lalu selepas pemilik rumah dikenali Mesut Duran membeli sofa baharu.


Kredit foto: Daily Star

Malah, rakaman kamera keselamatan bangunan memperlihat dengan jelas detik sofa 'terbang' dan hampir mendarat di atas jiran wanita Mesut yang ketika itu sedang berjalan keluar daripada bangunan berkenaan.

Wanita itu yang terkejut, turut dilihat memandang ke arah rumah Mesut dengan muka marah dan menunjukkan isyarat tangan, sebelum berlalu pergi.

Bercakap kepada portal berita DHA, Mesut berkata, "saya melihat dulu ke luar tingkap dan tiada siapa pun di hadapan bangunan. Jadi saya fikir selamat untuk buang sahaja sofa melalui tingkap.


"Jiran saya keluar ketika saya sedang campak sofa itu dan ia hampir terkenanya.

"Dia kelihatan takut dan saya juga terkejut melihat dia tiba-tiba keluar," katanya yang memberitahu dia bersyukur sofa itu tidak jatuh di atas jirannya kerana berkemungkinan boleh membunuh wanita itu.



Difahamkan, pengumpul barang buangan mengambil sofa terbabit.


Sumber: Harian Metro
1

Bagus
1

Marah
1

Terkejut
1

Sedih
1

Lawak
1

Bosan

Friends Rank (6 people)

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote xpdckelate 22-6-2021 09:39 AM
perangai lahanat betul
Quote edayildiz 22-6-2021 09:44 AM
kt mesia takde ke kejadian gini?
Quote sarah82 22-6-2021 09:48 AM
Hanat dimana2 saja di atas muka bumi ni.
Quote lattehazelnut 22-6-2021 09:55 AM
edayildiz replied at 22-6-2021 09:44 AM
kt mesia takde ke kejadian gini?

Ppr belambak.. yang meninggal pun ada..
Quote edayildiz 22-6-2021 09:56 AM
lattehazelnut replied at 22-6-2021 09:55 AM
Ppr belambak.. yang meninggal pun ada..

yeke..bangsa apa selalu yg buat perangai buang bnda gini ? i terbayang geng kicap
Quote Kurex 22-6-2021 09:59 AM
edayildiz replied at 22-6-2021 09:56 AM
yeke..bangsa apa selalu yg buat perangai buang bnda gini ? i terbayang geng kicap

Leluhur yindon pun ramai selalu campak pampers dari tingkap
Quote AbukRokok 22-6-2021 10:00 AM
edayildiz replied at 22-6-2021 09:56 AM
yeke..bangsa apa selalu yg buat perangai buang bnda gini ? i terbayang geng kicap

kicap oyuz etugrul
Quote nazzse 22-6-2021 11:41 AM
edayildiz: kt mesia takde ke kejadian gini?

Dekat ppr ada kot
Quote Meiizu 22-6-2021 11:57 AM
Laaaa ingatkan di msia je
Quote nakkomenjugak 22-6-2021 12:46 PM
ghetto ada dimana2 yach
Quote any42 22-6-2021 12:56 PM
nk justify diri dgn bg alasan dah tgk xde org so bleh buang ape je mlalui tingkap. sofa kottt bkn pmbalut gula2
Quote sparkly 22-6-2021 01:59 PM
Ni paling bahaya nauzubillah
Quote NekNgah 23-6-2021 09:45 AM
Mesut tersenyum bangga kerana tidak terbunuh jiran secara tidak sengaja.

PBT tak saman ke?

Lihat semua komen(13)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-4-2024 09:32 AM GMT+8 , Processed in 0.258110 second(s), 58 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top