CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Israel Sumbang Dos Vaksin Pfizer Hampir Luput Tarikh Kepada Palestin

22-6-2021 08:43 AM| Diterbitkan: kp5x| Dilihat: 2262| Komen: 11|Original author: Oleh: kp5x

Description: Menerusi satu kenyataan dikeluarkan Pejabat Perdana Menteri Israel pada Jumaat, Israel akan memberikan lebih kurang sejuta dos vaksin Covid-19 kepada pihak berkuasa Palestin.

Kredit foto : NST, The New York Times

Menerusi satu kenyataan dikeluarkan Pejabat Perdana Menteri Israel pada Jumaat, Israel akan memberikan lebih kurang sejuta dos vaksin Covid-19 kepada pihak berkuasa Palestin.

"Israel menandatangani satu perjanjian bersama pihak berkuasa Palestin dan akan membekalkan sejuta dos vaksin Pfizer yang tarikh luputnya akan tamat di dalam tempoh terdekat dan sebagai tukarannya Israel akan menerima dos vaksin yang akan dihantar Pizer kepada pihak berkuasa Palestin", menurut kenyataan bersama Pejabat Perdana Menteri Naftali Benett dan Kementerian Pertahanan dan Kesihatan.

Menurut kenyataan sama, Israel akan menerima sejumlah dos di dalam kuantiti sama daripada Pfizer pada bulan September/Oktober 2021 yang mana dos vaksin tersebut sepatutnya diterima pihak berkuasa Palestin dan perjanjian itu dimeterai setelah didapati stok vaksin yang dimiliki Israel telah mencukupi.


Kempen pertukaran vaksin itu dilancarkan Israel selepas menerima jutaan dos vaksin Pfizer-BioNTech. 

Lebih 55% atau lebih kurang 5.1 juta rakyat Israel menerima dua dos suntikan vaksin manakala di Palestin hanya 260,000 penduduk sahaja yang selesai menerima dua dos suntikan vaksin.

Sejak Rabu hingga Khamis, 170 kes baru direkodkan di Tebing Barat dan Gaza menjadikan jumlah keseluruhan sejak pandemik kepada 312,000 dengan 3,540 kematian manakala di Israel 25 kes baru direkodkan sejak Khamis hingga Jumaat menjadikan jumlah kes keseluruhan kepada 840,000 kes dengan 6,420 kematian.

Pihak berkuasa Palestin yang berpengkalan di Tebing Barat masih lagi belum mengeluarkan sebarang kenyataan berhubung pertukaran vaksin tersebut.

Perkembangan terkini yang oleh The New York Times melaporkan pihak berkuasa Palestin telah menolak penghantaran pertama kira-kira 100,000 dos vaksin tersebut hanya beberapa jam selepas kenyataan Pejabat Perdana Menteri Israel itu dibuat.

Jurucakap pihak berkuasa, Ibrahim Melhem berkata spesifikasi dos vaksin yang dihantar itu tidak memenuhi syarat perjanjian dan tarikh luputnya sudah terlalu hampir dan dan tidak akan sempat untuk digunakan. Pihak berkuasa sebaliknya akan menunggu penghantaran 4 juta dos vaksin daripada Pfizer-BioNTech pada tahun ini.

Sementara itu, pegawai Israel yang enggan dikenali berkata penghantaran pertama dos vaksin tersebut tarikh luputnya pada awal Julai dan sepatutnya memberikan cukup masa kepada pekerja kesihatan Palestin untuk melakukan proses suntikan vaksin. - CARI


kredit foto: fpri.org, al Jazeera.com



Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote edayildiz 22-6-2021 09:50 AM
gaduh2 tp baik plak nk derma vaksin..
takut i vaksin yg yisrael bg..takut ada racun
Quote bloodyamuk 22-6-2021 09:52 AM
siapa tadah bahu memang bodoh la...sedangkan tanah ko pun die nak rampas...

kahkahkah siapalah percaya vaksin ni saviour memang sheeple
Quote LadyCarefree 22-6-2021 09:57 AM
Bagus Israel ni. Ye lah dari terbuang baik bg Palestinians. Hehe
Quote SedihPedih 22-6-2021 10:00 AM
israhel nk swap stok baru plaestin yg akan sampai sept nnt..bukan nk sumbang..

sumbang bg terus tanpa syarat..

Quote whadda 22-6-2021 11:41 AM
Siot je.. orang punya yg baru sampai nanti ko nak.. ko punya yg dah nak expired bagi kat orang
Quote whadda 22-6-2021 11:41 AM
Siot je.. orang punya yg baru sampai nanti ko nak.. ko punya yg dah nak expired bagi kat orang
Quote tumpanglalu74 22-6-2021 12:59 PM
edayildiz replied at 22-6-2021 09:50 AM
gaduh2 tp baik plak nk derma vaksin..
takut i vaksin yg yisrael bg..takut ada racun

Nak ambek buad ape?

Cek out my sign8ure:
https://t.me/covidvaccineinjuries
Quote sparkly 22-6-2021 01:58 PM
Zalim yahudi ni
Quote Nnasda53 22-6-2021 02:45 PM
Yahudi Zalim.
Quote Dwdrum 22-6-2021 02:57 PM
Actually tiada siapa tahu real expiration date vaccine... Label hanya manufacturer date... If vaccine di simpan elok depa tidak expire e en beberapa tahun selepas expiration date... Cuma perlu di uji sample dahulu sebelum di guna...

Somehow... if israel still vaccine israelis same expired date sekarang.. seperti depa bagi kepada palestine... Fair lah kan... if depa tidak guna... Memang teruk lah perangai...
Quote Ciktiekus 22-6-2021 04:30 PM
Tak payah ler tukor..bior ler die punya tu exp..sape suroh beli lebih dr keperluan..biar die rugi..dn xyah le pakai ayat sumbangan tu..

Lihat semua komen(11)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-4-2024 09:04 AM GMT+8 , Processed in 0.058115 second(s), 40 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top