CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Maut Ketika Tunggu Rakan Ziarah Kubur

22-6-2021 08:52 AM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 2259| Komen: 2

Description: Seorang lelaki maut selepas keretanya ditimpa pokok tumbang di Desa Kukuh, Boyolali kelmarin.
Seorang lelaki maut selepas keretanya ditimpa pokok tumbang di Desa Kukuh, Boyolali kelmarin.

Lapor Tribunnews, ketika kejadian, hujan renyai serta angin kencang melanda kawasan berkenaan dan mangsa yang dikenali sebagai Cahyo Suryanto, 44, menunggu rakannya menziarahi kubur.



Keadaan kereta mangsa yang remuk akibat dihempap pokok tumbang di Boyolali, Indonesia

Angin kencang itu menyebabkan pokok dengan ketinggian 100 meter tersebut tumbang dan menghempap kereta yang dinaiki mangsa.

Jurucakap polis, Markojo memberitahu, kereta mangsa remuk akibat dihempap pokok tumbang tersebut, selain dua pejalan kaki turut cedera dalam insiden berkenaan.

“Penduduk yang cedera dan jenazah Cahyo sudah dibawa ke hospital untuk tindakan lanjut,” katanya.

Dalam pada itu, penjaga kubur, Surip memberitahu, Cahyo sebelum itu pernah memberitahunya dia ingin memebangunkan masjid berhampiran tanah perkuburan.


“Cahyo sudah meminta izin saya untuk bina masjid sejak sebulan lalu dan tidak sangka kejadian ini menimpanya,” ujarnya.



Sumber: Utusan

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Nenolen 22-6-2021 09:22 AM
Innalillah...
Quote Ciktiekus 22-6-2021 03:37 PM
Tinggi ny pokok

Lihat semua komen(2)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-4-2024 09:16 AM GMT+8 , Processed in 0.158701 second(s), 31 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top